Hi followers ;)

Monday, May 12, 2025

Ummi Cuci Habuk Lama Tak Update Blog (fikir-fikir nak start dengan give away)

 Hi Assalamualaikum,

Lama sudah tak update blog since its hectic tru years. Macam rasa nak start active balik dalam dunia blog.

Tapi kalau ummi start dengan give away agak agak ada yang nk join tak? hehe..

Kalau ada 10 komen ummi bukak give away ;)


Sekian.

Thursday, June 9, 2022

Husin Fauzi Farm Kuala Selangor

 Salam semua,


Rasa macam lama dah tak menulis dan blogwalking di sebab kan busy betul kerja dan anak pula da masuk darjah 1 . Harap semua kawan2 sihat-sihat belaka.


Memandangkan sekarang kita semua sudah mendapat sedikit kebebasan untuk kesana kemari serta bercuti, syukur alhamdulillah masih di beri kesempatan nikmat kelapangan dan kesihatan.


Baru-baru ni ummi dapat jemputan kahwin kawan di Kuala Selangor. Kawan ummi ni ummi kenal dari lepas belajar, alhamdulillah ukhwah kami masih terjalin. Dari shah alam nak kesana dalam sejam je macam tu. Alang-alang kesana kami pun search la tempat2 untuk berjalan bawak Faiz. Tak sangka juga dalam selangor ni sebenarnya banyak tempat2 menarik. Lepas pergi kenduri, kami trus ke Hussin Fauzi Farm.

Husin Fauzi Farm ni milik orang Melayu dan dia punya environment macam Farm in the City tapi macam luas sikit Farm in the City. Tapi harga di sini murah lagi lah. Dari segi makanan dan tiket. Rasa berbaloi untuk hiburkan hati anak. Faiz pn suka sangat dapat datang sini.

Harga tiket berbaloi
Naik kuda. RM5 2kali pusing. 2kali faiz repeat naik kuda. Suka sangat dia. Nanti plan nk masukkn dia ke kelas kuda.








haiwan pn boleh pegang

Tempat makan, ade nasi ayam,sup, air dan sebagainya.
Selesa dan banyak tempat duduk

Video utube bawah ni ummi compile semua kenangan dekat Hussin Fauzi Farm.


Sekian terima kasih


Thursday, April 14, 2022

GIVE AWAY SR X MITCH MEMOIR KAMPUNG BOY

Salam semua,
Di hari Jumaat yang berkat ini, Ummi nk join GA dari Syazni.
Petang harini giveaway taman. Jom same join.


Blurb Memoir Kampung Boy - Ia mengisahkan tentang cerita kanak-kanak di zaman 1970 dan 1980-an di mana watak aku (Kenit) memaparkan aktiviti serta apa yang dialaminya ketika itu. Ketika zaman tiada gajet yang canggih, ‘aku’ dan rakan-rakannya bermain apa sahaja yang dapat menghiburkan hati mereka. Kisah ini bermula perpindahan dari Pekan, Pahang ke Johor Bahru (JB). Di JB, ‘aku’ mendapat sahabat karibnya bernama Rais dan Kajid yang memperkenalkan banyak permainan sewaktu zaman dulu, seperti main ‘gundu’, baling selipar, tarik upih pinang, permainan ‘cakar ayam’ dan sebagainya. Namun masa amat mencemburui persahabatan mereka.



Hari yang baik untuk kita semua. Sekian terima kasih.😉

 

Wednesday, February 2, 2022

Pengalaman Faiz Mohon SRAI Seksyen 19

Salam semua..

Harini ummi nk update tentang pengalaman Faiz memohon SRAI untuk kemasukan tahun satu 2022. Alhamdulillah Allah bagi rezeki Faiz berjaya dalam peperiksaan.

SRAI ni nama panjang Sekolah Rendah Agama Integrasi. Di mana sekolah ni under Jais dan hanya ada di sekitar Selangor di sesetengah kawasan sahaja. Sekolah ni ada akademi dan agama. Under Jais ni sebenarnya ada sekolah agama lain .tapi ummi tak sure kenapa SRAI je nk masuk ade exam.

Dulu masa bujang ummi keje di tadika sebagai kerani, ummi dengar dengar la parent dekat tadika havoc nk masukkan anak dekat SRAI. Sb nak masuk SRAI ni ade exam. So parent pn ade mintak cikgu2 tadika buat kelas tambahan untuk anak2. 

So since ade anak ni, ummi pn menanam impian nk hantar anak ke SRAI. Antara sebab nya ummi ade kekangan masa nk hantar anak kalau kne pergi ke SK lepas tu nk hantar sekolah agama pula. Memandangkan ummi and husband famili bukanlah dekat keliling, kami boleh di katakan struggle jugak kne berdikari dan ape keputusan atas kami berdua. dan kami juga kerja jauh dari tempat tinggal. Jadi kalau dapat SRAI ni amatlah membantu kami, dan menjimatkan masa akademi dan agama sekali satu skolah.Xperlu ade dua skolah. 

Sebenarnya setiap perjalanan, mmg Allah permudahkan dimulakan dengan niat kami hantar Faiz ke Tadika Dzuliman seksyen 2 shah alam. Walaupun ummi duduk di seksyen 8 tapi tergerak nk hantar faiz ke Dzuliman seksyen 2.. Di sekolah tersebut ummi pn tak sangka pengetua sekolah prihatin sangat dengan pelajar untuk ke tahun satu. Setiap info/link permohonan SRAI atau SK akan teacher tadika tersebut update dalam group. Jadi parent sentiasa aware sebab pengetua di sana sangat membantu. Terima kasih teacher Aini banyk share info. Tapi teacher Aini dah berhijrah ikut suami ke tempat lain.

Pengetua sekolah kat situ juga ade offer utk kelas tambahan, jadi bermulalah faiz ambil tuisyen tambahan dengan teacher sekolah dzuliman start dari ujung tahun masa dia 5tahun. Tuisyen tersebut dibuat hari sabtu selama 3 jam. 

Bagi ummi soalan SRAI ni sebenarnya sangat susah bagi level budak2 tadika. Tapi kalau jadi rutin inshaallah budak boleh tangkap. Ummi hantar faiz ke tusyen sebab kalau ummi yang ajar mmg melalak bnyk drama. Kalau cikgu die ajar,Allahu.. Alhamdulillah taat pada pendidik.haha..3jam sehari pn happy. Ummi rasa semua budak2 begitu. Dengan mak ayah mmg banyak peel. Kalau suruh mengaji asik nk mintak diskaun je. Kalau dengan ustazah 2 muke surat pn ok. mmg dari zaman dulu org anta anak2 berguru walaupn mak ayah mampu mengajar.

3jam tuisyen rutin teacher dia duk ajar cara jawab soalan. So setip minggu teacher akan bagi softcopy soalan spot untuk SRAI. dan jawab sama2 masa tusyen. Sb soalan SRAI sebenarnya ulang-ulang je dan sipi2. Dekat sini perlu ummi add expenses sikit lah untuk byr yuran tusyen die selain fee tadika.

Kadang-kadang ummi pn tengok2 jugak soalan yang teacher prepare tu dan ada masa ulangkaji dengan Faiz. Namun macam biasa, selalu revision kurang 10 min. die da buat drama. Menangis sana sini. haha 

SRAI jugak ade jual cth soalan exam tahun2 lepas. Ummi beli dari teacher Dzuliman jugak since diorg offer untuk parent yang nk beli. .Sebab ade kekangan nk ke sekolah untuk membeli. 

Sehari sblm exam kami pergi balik kampung dan masa exam ummi juga tawakal semoga dipermudahkan urusan. Allah lebih tahu ape terbaik untuk anak2 kite. Tawakal untuk prepare if tak dapat, masih kne bersyukur sebab Faiz da ada backup sekolah kebangsaan bandar anggerik. SK ni pn senang jugak, boleh jalan kaki je nk kesekolah dari rumah dan SK pn ade bahasa arab.. Cume ummi tak dapat lah nk anta Faiz ke sekolah agama, since banyak cabaran nya. 

Namun Alhamdulillah sentiasa bersyukur walau dapat mane2 sekolah skali pn. Lepas dapat keputusan sekolah SRAI, husband ummi pun pergi ke SK untuk batal pendaftaran di sana, so if ada murid yang buat rayuan untuk ke SK dapat tempat kosong tersebut.

Semoga persekolahan Faiz darjah 1 bulan 3 ini di permudahkan Allah. 

Semoga urusan ibu ayah yang lain juga dipermudahkan dan tak kira sekolah SK mahupun SRAI dua-dua sekolah pn terbaik. 

Aamiin.

Sekian dari Ummi.

Tuesday, February 1, 2022

Giveaway Awal Tahun 2022 Mamapipie

 


Salam semua pembukaan 2022 nak join give away awal tahun kak adda.
hehe.

Umtuk entry di blog mamapipie, saya suke search blog perlancongan.. Sebenarny teringin nk ke legoland. kak adda da ke sana 3 kali ye. heheh.. tengok entri pasal legoland mmg rasa teruja.
Bawah ni entri yg kali ketiga dari blog mamapipie. 

http://www.mamapipie.com/2019/02/pergi-legoland-malaysia-buat-kali-ketiga.html

smeoga ade rezeki nk kesana.. inshaallah.. sekian dari ummi.

Saturday, November 13, 2021

Bukit Liman Kati Kuala Kangsar

 Salam semua ,


Bulan lalu October 2021, kerajaan dah buat pengumuman bahawa kita boleh merentas negeri. Jadi anak2 perantauan mengambil peluang untuk pulan ke kampung masing2. 


Ummi mulakan hari merentas negeri dengan pulang ke kampung husban di terengganu. Manakala lepas 3 minggu pulang ke kuala kangsar perak.


Masa pulang ke Perak adik-adik ummi juga pulang sekali. Asal plan nk pergi pantai tapi tak jadi sebab musim angin monsun, so ombak kuat . kami pn ramai anak2 masih kecil jadi macam tak sesuai. Lepas tu nk pergi zoo taiping pn tak jadi sebab ramai sgt org.


Last kitog ke bukit lima kati dekat kuala kangsar,


Tapi orang besar jela ke sana. Budak2 adik ummi ade tempah kolam pelampung untuk mandi kat umah..


ade signboard ni nk masuk. Tapi liman kati sebelah camp ni.Mb nt kalau balik perak nk ke sini pulak
Nak ke camp ni kne naik kenderaan khas ,kne sewa.

Nak mendaki Bukit ni ambil masa 1 jam untuk sampai ke batu (checkpoint 1). Kalau nak sampai ke puncak sejam setenggah kalau korang xde stop2 . Asal bukit ni tanah orang cina. Diorang tanam pokok getah , dan pokok2 lain.tapi diorg open untuk orang riadah. Mmg nice. Tapi bagus jugak die open. So if pekerja2 naik untuk jaga pokok2, xdelah rs sunyi dan rasa lebih selamat.

kalau pergi pagi seronok sebab boleh nampak kabus dan sejuk.
Dari atas boleh nampak MRSM Kuala Kangsar (ummi baru tahu KK ade MRSM. Boleh la suruh faiz masuk MRSM nanti.hhihihi). Masa nak naik n turun tu kne alert ada motor2 pekerja turun naik. Hebat betul cemane diorg boleh naik bukit tinggi dengan motor. Dia punya tanah pn agak cerun.

Bawah ni video kitorang ke sana. Kalau sape2 yang duduk kuala kangsar boleh datang sini. 



Sekian terima kasih.

Friday, October 15, 2021

Netflix: Frontliner (2021)

sumber : www.imbd.com

Salam semua,

Dalam cerita netflix ni selalu ummi duk tengok cerita mat saleh je. Tapi sebenarnya cerita melayu pn ade yang best dalam tu. Contoh senario (mmg kelakar kalau tgk balik cerita tu). 

Haritu kami tengok cerita tajuk Frontliner. Rating dekat netflix pn 5 rate. 
Pelakonnya Farah Ahmad, Beto Khusyairi, Azhan Rani, Emma Maembong, Wan Maimunah, Achey,

Jalan cerita Drama ni membawa beribu erti pengalaman dan betapa struggle nya masyarakat masa mula2 pandemik Covid-19 terjadi.

Drama ni juga mencerita kan bagaimana kisah hidup fronliner di sebalik ap yang kita tengok mereka bekerja tanpa henti dan bagaimana mereka menguruskan kehidupan menjaga SOP sampai kat rumah pun mereka berjaga-jaga supaya ahli keluarga mereka tidak terdedah memandangkan pekerjaan mereka sendiri terdedah dengan virus.

Boleh kata ummi nangis jugak lah sebab perkara-perkara yang di cerita kan mmg berlaku dalam kehidupan kita. Terdapat konflik dengan ibu yang kecil hati dengan anak yang lama tidak pulang atas tugasan. Bagaimana tekanan yang di alami oleh si isteri kerana masalah perniagaan atas tidak mampu membayar gaji pekerja.

Pandemik ini menyebabkan ramai kehilangan orang tersayang. Semoga drama ini menjadi iktibar, ingatan dan penghargaan kita terhadapa frontliner dan pengalaman yang kita hadapi.

Sesungguhnya perjuangan kita masih belum selesai. 

Jom tonton!

Friday, October 8, 2021

Kek Tema Sonic Hari Jadi Faiz ke 5

Salam semua.

Harini ummi nk throwback hari jadi Faiz ke 5. Mcm nk kumpul2 koleksi ke pula ye. Hehe.mane tahu nt akan datang minat buat kek. Boleh usha2 design diorg ni.

Hari jadi faiz ni ummi order dengan bff ummi.. namun sekarang die kat johor. Hari tu kebetulan balik kg..die ade jugak dekat kg.. kat johor dia giat buat kek.. 


Masa tu ummi order pn rushing jugak.. masa 5 tahun faiz minat sonic. Masa 4 tahun minat spiderman. Tapi xde lah pulak gambar kek ny😅. 

Kawan ummi ni dulu belajar kejuruteraan awam.  Jurutera ni mmg kreatif ek.hehe

Meriah kek dia hias. 

Sekian dari ummi.

🥰


Thursday, October 7, 2021

Pantai Baru Morib Banting Selangor

Salam semua, Apa khabar? Harap-harap semua ny sihat2 belaka. Sekarang selangor dah benarkan rentas daerah. Sekarang takde sekatan tiga daerah Selangor, Putrajaya dan Kl. Merentas daerah ni sebenarnya memberikan begitu banyak makna kepada penduduk 3 kawasan ni. Sebab kita dah lama sebenarnya berjuang menjaga SOP dan berkurung dengan anak2. Dulu masa awal-awal PKP memang tidak begitu terasa duduk rumah. Anak pun seronok duduk rumah main henfon. . Bila da menginjak setahun, memandangkan kita da capai 80% penduduk dah dapat lengkap 2 dos vaksin, kerajaan dah longgar kan undang2. 

Anak ummi ni ramai kawan di bawah rumah flat kami ni. Sekarang pantang kawan tekan loceng. Shuu kluar. bukan main seronok ye. henfon pn dicampakny. Seronok tengok anak2 kalau diorg dapat hidup seperti biasa. Kita tawakal. Since kawasan rumah ummi semua jiran2 ummi alhamdulillah dah lengkap vaksin. Takde kengaran pula jiran yang antivaksin. Alhamdulillah..semoga anak2 juga terlindung dengan sistem imunisasi kelompok. Dan juga untuk orang berniaga, bila orang keluar mereka boleh menjana pendapatan. Semoga Allah memberkati kita semua

Vaksin ni bukan nk selamat kn diri sendiri je. tapi untuk selamat kan anak2 kecil kita ni yg xdapat suntikan. Kalau budak2 kne suntik entahlah. Mak2 kne suntik pn da mengglupur rasa. hahaha. Ummi tiap kali suntik.. Seminggu rs seram sejuk.lain macam betul.ni dgr nk cucuk kali ketiga ni seram jugak tp kite follow saranan kerajaan kerana mereka lah yg buat kajian segala..Inshaallah..taat kepada pemimpin tu wajib selagi xbercanggah dengan agama. Syukur sangat pada Allah. Demi merawat jiwa sendiri, suami dan anak. Kami akan pergi jalan-jalan jauh sikit. Haritu kami ke Pantai Baru Morib. Jangan tak tahu ye.. Pantai Baru Morib sebelah je Pantai Morib. Tapi pantai baru ni lagi sng nk turun. takde tembok. Sebenarny ummi pn baru tahu. hahha
Pantai kat selangor ni tak delah biru macam dekat ganu, kelatan, etc .tapi boleh lah nk menghibur hari di kala tak leh nk merentas negeri. Sebelah kanan ade paya bakau.. Ummi bertolak pukul 8. dari shah alam nk ke sana dalam sejam jugak. Maka sampai lah ke destinasi kul 9. Dengan sesat pergi parking dekat pantai morib. tapi situ ade benteng. lalu kitorg ke pantai sebelah pantai baru morib. Masa sampai tu air da surut. Sebanrny elok la datang awal.Xyah lah nak menapak dekat pasir.. kalau ikot masa pertama kali pergi macam ade selut.. tp kali ni ummi ke tepi skit sebalah paya bakau tanah keras dan xde selut.Atau sebab ummi datang lewat ke tak tahu. Mudah la nk menapak cari pantai.. macam anak penyu berlari2 cari pantai. haha..
                                                Seronok bukan kepalang dapat jumpa air...
Pukul 11.30 mcm tu baru naik utk makan. Hari dah panas faiz nk main pasir pn xboleh sb pasir dah panas. hehe.. Kalau bawak layang-layang pn best.. Kitorg cari layang-layang xde pulak kat pntai baru ni..kalau pantai morib sebelah tu ade jualan layang2. Kat sini ade kedai2 jualan. So kalau xsempat masak ade je org jual nasi ayam, keropok etc. Tandas awam pun bersih dan selesa.. Ummi husben yg masak sebab die diet.. kitorg kene makan makanan diet die laa.. Tapi xbanyak gambar sb excited nk bergembira.. hehe. oklah sekian saja celoteh ummi. terima kasih yang membaca semoga anda di murahkn rezeki dan kesihatan yg  baik.aamiin.. Video di bawah suasana pantai baru morib.


Friday, September 10, 2021

Giveaway #busyrakongsirezeki Wang Tunai RM100

 Salam kawan-kawan,


Harini hari last untuk pernyetaan give away oleh Busyra, 


Jom sertai. Sempat lagi kan.hehehe.


Tekan link di bawah banner


Satu entri yang menarik dari blog Busyra mesti lah tentang makanan. 

Resipi daging masak kicap

Tengok gambar saja pun da menarik. Resipi juga ringkas.


Sekian dari ummi


;)


Sunday, September 5, 2021

My Son Birthday : Kek Tema Among Us

Salam Kawan-kawan,

Mashaallah, Smlm tersalah pos give away yg sebenarnya sudah berlalu. 😆

Patut lah banner macam pernah nampak. Mujur ade yang tegur. Mekasih yang tegur and wish gudluck. 

Post tu ummi da delete untuk tidak mengelirukan sesiapa.


Bulan 8 adalah bulan kelahiran satu-satunya anak ummi setakat ni yang ada. 

Kek tema asal yang anak ummi minta adalah little nightmare. Hmm sape la nk buat kek camtu anak oi. Nak odar ngn kawan ummi pn segan.

Terseksa org nk deko kek tu nanti. Ummi sendiri pn seram ngn game tu. Sudah2 la. 😆

Maka memandangkan dulu die pernah minat among us, ummi pn suggest among us. Cadangan diterima.

Maka ummi pon jalan kan kerja mengoder. Kek ummi odar ngn kawan opis ummi yang buat kek hari jadi husband tema workout tu. Sng dengan kawan ummi tu. Cakap je nk tema ap. Die pandai je deko.

Taraaa dapat lah kek kat bawah ni. 


Tukang buat kek (kawan opis ummi) bagi gambar dulu incase nk tambah apa2. 

Kita odar domino. Dapat hadiah dari ayah die. Mak die xbg hadiah sebab dia da selalu odar barang mainan dr apps shoppee mak die. Cukup2 lah.. Sampai terpaksa uninstall shopee. Sebab maknye pn asik checkout je kejeny.👀Kalau kira2 setahun berapa dah jumlah belian dalam tu. Seram nk kira.

Kami sambut bertiga. Gambar dengan mak die yg da naik 10 kilo sejak pkp. Illusi kamera mengaburkn saiz sebenar. Hihihhi. 

Gambar ngn bapak die. same lah naik kilo sejak pkp. 

Tibe2 jiran datang tingtong. Bagi hadiah ikan laga. Yang toys among us ni dapat dari kek.

Ha kau boleh bukak.





Sekian mekasih. Di Doakan semua yang membaca sentiase di rahmati Allah dan berada dalam keadaaan sihat. Di lindungi dari penyakit merbahaya. Aaamiin

Saturday, August 21, 2021

Free Shipping Tapi Bila Nak Claim Option Tu Kelabu: Claim Free Shipping di Shopee

Lately banyak masalah bila nk beli barang, barang Free Shipping tapi bila nk claim Free Shipping option die kelabu. Bawah adalah cara untuk claim Free Shipping di Shopee.

Cara Claim Free shipping di Shopee.


1) Click Free Shipping.
 


2. Click all claims that available.


3. Try to buy again and check Free Shipping.

Sekian


Friday, August 20, 2021

Gastrik Semasa Pandemik

 Salam semua,


Apa khabar, macam dah lama xkeudara. 


Musim pandemik ni memang kita semua xbanyak bergerak dan duduk rumah. Tambahan pula yang memang work from home. Melekat depan laptop.


Musim pandemik ni Ummi sering di serang gastrik. 

Punca Ummi kena gastrik:

1) Kurang bergerak

2) Stress.

3) Tak jaga makan dan waktu makan. 

Gastrik ni lain orang lain simptom, ade yang pedih perut ada yang senak, ade kembung.

Untuk ummi gastik ummi ni semua rasa.. ada masa pedih, senak, kembung dan sakit perut.

Ummi pernah kena gastrik masa tahun 2018, lepas demam denggi, perut sakit senak sgt. Ummi ingat ade penyakit serius, pergi jumpa dua tiga doktor, makan ubat tak ok2 lagi. sampai 2 minggu. Ummi pn buat appoinment dekat hospital . Doktor suggest buat skop dan scan batu dalam hempedu. Ummi hanya daycare guna insuran company husband. So far mmg ummi di sahkn gastrik sebab doktor cakap ade merah2 di perut. 


Ummi pn di bekalkn ubat pantoprazole, buscopan dan ubat kapur


dalam tiga2 ubat ni, ummi suka telan ubat kapur bila rasa sakit perut. sebab die bagi relief cepat. Selain tu ummi elakkan makanan pedas. Makan makanan berkhasiat.

Ummi alahan dengan ubat panto sebab lepas makan ummi akan rasa sakit perut.bila consult dengan doktor, doktor suruh stop makan ubat tu. Maybe xserasi. 

Sejak pandemik ni mmg ummi jadi balik gastrik ny dan ubat kapur ni mesti ade dekat rumah.. 
Untuk elakkan gastrik ummi slalu set fikiran kena selalu positif. Jangan stress2.. dan kalau ada peluang pergi ronda2 kawasan naik motor. Mendekat kan diri dengan yang Esa.. Dan latihan pernafasan penting untuk org yang ada masalah perut. 

Untuk pengetahuan pembaca, bukan ummi je mengalami gastrik,kawan kerja ummi juga mengalami keadaan sama. Duduk di rumah mmg anxiety pn kadang2 menjengah.


Sekian kisah dari ummi. Take care semua. Di doakan kawan2 dan keluarga blog ummi di jauhi dari jangkitan covid 19 . Stay healthy =)

Wednesday, May 26, 2021

His Birthday: Kek tema workout/gym

 Hi semua,


Semoga sihat sihat belaka.. mungkin ade yg da dapat sutikan vaksin atau masih menunggu giliran suntikan vaksin.. ummi da daftar cume belum di pggl lagi.. harini ade open utk pendaftarN vaksin astrazeneca . Dalam sejam je da penuh orang berebut nk daftar. Yg tak berjaya tu kite tunggu lagi bile die open. Sementara tu kita self lock down sb kes sgt banyak. 


Harini harijadi husband ummi..ummi nk share kek yg ummi tempah. Ummi teruja sb design kek sgt cantik. Ummi bg tema je dan cth gambar kek.. yg buat kek ummi tu kawan kerja ummi. 


Cntik die buat.. 😍. 


Monday, May 3, 2021

Paip meter rosak

 Salam kawan kawan,


Salam Ramadhan. 

Harap semua org sihat2 belaka.


Harini entry ummi adalah nak bercerita tentang paip rumah yang rosak.


Hari ahad lepas, ummi bercadang nk ajak sepupu datang berbuka di rumah. Dalam pukul 3, datang anak jiran panggil faiz nk main turun bawah. Faiz taknak turun lalu mereka pun bersembanglah di luar rumah. Tibe2 tengah sembang, kebetulan ummi menjenguk, budak tu terpijak selipar jatuh dekat meter paip air selangor, trus patah memancut air keluar. Husbend ummi trus tutup paip utama. Habis banjir depan rumah. 

 

Nak memasak pun tergendala. Kitorg mmg tak reti nk tukar2 paip. Pastu sempat lagi search2 cara nk tukar paip.baca plak ada satu blog tu, duk nk repair sendiri last2 tapi malangny menambahkn lagi kerosakan😅.blog tu pn cerita call air slgr mkn masa 2 3 hari dan kontraktor air slgr boleh buat n cas rm60o apo 😅.bertambah plak kos nk baiki. Husben ummi try jugak nk tukar sendiri tapi ketat dan xde alat. Bawah ni gambar paip tu. Yg kne plaster putih tu la tempat patah..patah betul ye. Mmg kne ganti paip. Paip biru ni patah trus.


 Trus call sepupu cakap xjadi nk ajak buka..pospone sb air pn xde kat umah.masak pn xsempat. Ummi pn cari inisiatif cari plumber dr internet. Cari2 jumpelah yg bnyk org bagi positif komen.  Org tu boleh dtg hari isnin pagi. Yg wan ahmad tula..tgkap gambar wasap paip n die letak harga rm270.ummi pn xtaulah berpatutan ke x..tp hasil.kerja die mmg kemas..punctual n ikot masa kite.. 




Nila dua org tu. Abis die bukak n tukar. Pastu siap ckp dekat husben, paip biru yg rosak tu mmg xthn. Paip biru tu under air selangor yg tukar..baru je tahun lepas.. sb sblm ni air under pkns.. so seingt ummi setahun je riwayat paip tu.sblm patah ni pn da leaking sikit. Brother tu ckp air slgr mmg pasang paip yg paling murah je sb money dapat pn sikit. So faham la kitorg. Patut la kawan faiz yg kecik tu jatuh je patah trus. 

Brother ni tukar paip yg tahan sikit.. mujur tuan rumah bg kitorg sewa murah rm500 je..so klu kos rosak kitorg tggung..Masa masuk pn benda2 bnyk dah lame. 

Maka tutuplah cerita pasal paip. Plumber ni servis ummi bg 5 bintang.cepat reply n update..


Sekian


Sunday, April 4, 2021

Bukit Jelutong Eco Community (BJEC) Park

 Salam Semua,


Since kita ni masih di fasa pemulihan dan masih tak boleh merentas negeri, ummi memang cari tempat dalam selangor untuk pergi bersiar2 sambil bawak anak jalan2. Nak balik kampung mmg xboleh. Sebenarnya kalau betul2 kita perhatikan selangor ni banyak jugak tempat menarik untuk kita berjalan.. Selain pergi makan2. 


Dua minggu lepas kawan husbend ajak husband ke eco park dekat bukit jelutong.mula2 husben pergi. Then minggu lepas husband bawak ummi n kami ajak jiran pergi sekali. Memandangkn tempat ni sebenarny dekat je dengan rumah ummi. 



Apa yang best dekat sini. Masuk percuma!:p 

1) mcm farm in the city. Ade ayam itik angsa kambing.cume haiwan xde la.meriah macam farm in the city dekat bangi tu. Tp boleh bawak anak2 merasa suasana kampung. Tapi di sarankan pergi awal ye.. sb tempat haiwan ni tutup pukil 8.30 sb pekerja die nk bg haiwan makan.kami sampai sne 7.30.sempat sejam awal..

2) Ade hill. Boleh daki klu orang minat nk buat aktivit lasak. Faiz yg baru 6 tahun pn larat naik kepuncak dan turun.boleh bayang la xtinggi mane bukit ny😂.   

3)ade tempat makan sinki, so korang bawak siap² mknn boleh berkelah situ.. 

Bawah ni antara gambar2 dekat sne.. tapi tak berapa tersusun. Sb ummi tulis blog ni pn gune hanphone je😅
















Video 

Sekian

Sunday, March 7, 2021

Pengalaman Pendaftaran Darjah 1


 Salam semua,

Rasa macam dah berhabuk blog ummi. Haha. Sejak komputer desktop husben rosak ni. Tak sempat dan takde idea nk update blog. Ni pun menaip dalam henfon.

Harini baru settle hantar borang pendaftaran darjah 1 faiz untuk sesi 2022. Tinggalkn kenangan dekat sini.

Faiz ,ummi daftar online mgu lepas..elok 1/3 kelam kelibut la ummi isi. Memandangkn tahun lepas ummi xisi. So klu anak 5 tahun elok la isi sesiap.takut kelam kelibut macam ummi anak tahun depan nk darjah satu br la nk isi....web sistem pendaftaran sekolah awal2 agak buffer.

Lepas daftar online trus anta dokumen harini. Tapi episod nya dua kali naik sekolah sebab dokumen no 2 tu ummi potostat bil air rumah sewa ummi so dalam bil mesti nama owner kn..so die xterime.. pejabat tu bgtahu ummi untuk bagi sekali surat agrement sewa rumah if nk gune bil letrik nama owner..atau pn klu xde agrement boleh bg bil tm unifi/ telefon yg ade alamat rumah dan nama kita atau husben..mujur lah ummi ade bil tm unifi..atas nama ummi. Berpeluh jugak blik dari sekolah print bil tersebut dan pergi blik sekolah unttuk selesaikan memandangkan harini ummi halfday je cuti.

List kat atas wajib kne bawak yg mana berkenaan. Untuk ic asal tu klu ibu yg hantar cukup ic ibu je...xcompulsary kne dedua kne ade.

Ummi nk higlight benda yg perlu prepare seblm hantar dokumen kat skolah:

1) isi online printout segala dokumen dan pastikan dokumen2 dalam senarai yg kite print tu ade. Lampiran asal paling penting surat beranak

2) sampul saiz a4 dan stem rm1 ( tahun 2021 klu tahun depan xsure kne brape.klu xdan mcm sekolah ummi daftar ni kata boleh buat bayar rm1 dekat kerani je)  

3) potostat buku cekup anak yg bahagian imunisasi shj. 

4) bil air/api/telefon make sure atas nama kita atau husben. Kalau atas nama owner rumah potostast skali agrement sewa.


Ok tu je.. klu ade perbezaan yg ummi higlight dgn anda mb atas sekolah kot.. sb mcm no 4 tu ade kawan ummi ok je hantar bil air nama owner..hehe. 


Sekian












Friday, November 20, 2020

Rancangan Netflix Yang Boleh di Tonton : Kelakar, miniseries dan seram

 Salam semua, 

Apa khabar? korang buat masa masa pkpb ni? Husband Ummi masa 11.11 dia pegi beli Android tv box. Kalau ada benda ni boleh la nak tengok you tube, netflix ataupun astro dari sini.

Selalu kami layan Netflix. Ada beberapa cerita ummi dah tengok tapi macam bosan. Bawah ni antara yang boleh ummi kata best.

Kategori ada unsur komedi

1) Boboiboy Movie 2

Movie ni misi boboiboy macam biasa mencari power spera. Tapi dalam pencarian tu mereka menghadapi masalah dengan kewujudan makhluk yang mengatakan kuasa yang boboiboy tu asalnya kepunyaan nya. Dalam movie ni macam-macam terbongkar. Siapa pemilik asal kuasa boboiboy dan boboiboy ni bukan anak yatim. Dalam cerita ummi boleh kata cerita yang bermisi dan mmg tak boring sebab sentiasa nak tau apa jadi. Di tambah adegan kelakar,  Faiz pun sampai ketawa tengok gelagat Gopal dan Cikgu Kebenaran.  

2) Johnny English Strikes Again

Sumber gambar: en.wikipedia.org

Kehidupan Johny lepas bersara bekerja sebagai agen jadi cikgu Georgraphy. Walaupun cikgu geography tapi budak-budak kelas suka dia sebab banyak ajar cara jadi agen. Bab dalam kelas pun ummi da ketawa. Tapi sebab ada kekacauan pengodam Johny kena panggil untuk bantu kerajaan cari bukti orang menggodam. Sepanjang misi memang kelakar. Johny selalu menimbulkan masalah namun misi dia tetap berjaya.

3) Pasal Kau ! (All because of you)


Cerita Aiman lakonan Khairul Azrin dan Jane lakonan Janna Nick. Diorang dua ni kerja dekat sebuah hotel tepi pantai. Aiman ni bendul tapi Jane ni minat lame dah dengan Aiman. Jane banyak kali cuba luahkan perasaan tapi sebab Aiman ni bendul, susah dia nak pikap perasaan Jane. Jadi punca masalah adalah setiap kali Jane nak luah perasaan ada je masalah timbul. Sampai la berlaku satu tragedi menyebabkan Aiman sedar dia suka dekat Jane.
Jalan cerita nya best dan kelakar dan tak boring. Lakonan Janna dengan Khairul nampak natural dari mata Ummi lah. Start je dah kelakar.

Kategori miniseries

1) The Queen's Gambit

Sumber gambar: imdb

Miniseris 7 episod. Dimana Beth Harmon menjadi yatim lepas mak dia mati dan duduk di rumah anak yatim. Beth ni pendiam dan pemerhati. Semasa di rumah anak yatim tu dia nampak sorang pakcik macam mentenan dekat rumah anak yatim tengah main satu permainan di basemen. Jadi Beth ni suka turun ke basemen dan tengok pakcik tu buat apa. Pakcik tu perasan Beth ni duk perati lalu pakcik tu pn ajak main skali iaitu chess. Dari sini Beth ni jadi minat dengan chess dan dia perasaan dia ada keistimewaan dalam permainan ni. Boleh kata die gifted la sebab dia boleh berimaginasi untuk latih diri dia dalam mainan chess. Sebab apa dia guna imaginasi? sebab Beth ni takda chess dan tak da duit nak beli. Jadi dia hanya guna imaginasi sebelum tidur untuk berlatih chess. Beth ni ada satu perangai baran dan dia tak suka kalah. 

Sampai satu hari dia di ambil sebagai anak angkat. Dari situ la permulaan dia mula masuk banyak pertandingan. Tapi setiap perjalanannya ada liku-liku susah yang dia perlu lalui. Sebab keluarga angkat dia pun bukan lah kaya. Nak beli chess pun xmampu. Hidup pn kena jimat. Tapi mak angkat dia baik. Dari situlah Beth bergantung pada diri sendiri untuk terus bejaya dalam dunia chess.

Lepas tengok cerita ni Faiz hari2 ajak main chess 😂. Tapi ikot peraturan dia lah.

Kategori miniseries

1) Pusaka

Sumber: hmetro

Pelakon Mimi Lana Shafiq Kyle. Mimi lana dan shafiq kyle ni kembar. Shafiq kyle angggota polis tapi mimi lana ni terlibat dengan dadah sebab kurang kasih sayang.Mak ayah dah takde.Shafiq kyle pulak busy. Sampai satu masa Shafiq Kyle handle satu kes yang melibatkan ilmu hitam. Oklah sampai sini jelah.

Maaf kalau ada nama watak ummi dah tak ingat..heheh. Sekian terima kasih kerana sudi singgah.