Salam sahabat-sahabat Ummi,
Minggu lepas adalah minggu pertama anak-anak masuk sekolah/tadika. Ada juga yang mula sesi persekolahan minggu ini.
Untuk anak-anak yang pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah pasti ada macam-macam pengalaman yang ibubapa lalui. Perasaan mak ayah mesti teruja, sedih, seronok dan macam-macam perasaan. Tapi itu perasaan makayah. Kalau anak-anak pula macam mana. hehe.
Hari Khamis lepas, hari pertama Faiz masuk tadika. Guess what? Dia taknak pergi sekolah. Pagi tu kejutkan dia bangun pukul 7.30pg. Malam sebelum tidur da pesan kat dia esok kena pergi sekolah. Pagi bangun je terus peluk kaki taknak pergi sekolah. Haha.. Drama pagi bermula. Dari pagi sampai ke depan pintu tadika duk nangis. Ingat kan Faiz sorang je nangis. Sampai depan tadika rupanya ada geng-geng menangis juga. Macam Ummi dulu-dulu pun nangis juga nak pergi sekolah. haha. tu yang tak heran sangat Faiz menangis. Lepas hantar terus tinggal, tanpa pandang belakang. Sebelum sesi sekolah teacher dah pesan ibu bapa tak perlu ambil cuti, dan tak di benarkan tunggu di luar tadika. Sebenarnya pesanan teacher ni membantu anak-anak untuk lebih biasa dengan tadika tanpa mak ayah dan teachers lebih senang nak handle anak-anak. Sememangnya anak-anak kalau nampak makayah depan mata manja lain macam, lagi susah teacher nak handle nanti.
Begitulah juga hari Jumaat ada drama menangis. haha. sampai jirang bawah pn dengar. maklumlah drama air mata ni bukan biaser-biaser. kaw-kaw die bagi sampai selesema jugalah. alahai susah pulak hati Ummi. Sampai rasa nak tukar tadika dengan kawan satu pengasuh dia sebelum ni. Tapi husband Ummi suruh tengok dulu minggu kedua. Pergi sekolah je nangis balik happy pulak. Mmg something sangat budak-budak ni kan.haha
Dalam kepala Ummi tak benti fikir cemana nak bagi dia semangat. Sampai hari ahad, husband ummi outing dgn kawan. So Ummi pun dating dengan budak bijak ni. Dia request nak beli toys plants VS Zombie lagi. Sebenarnya toys tu memang lama dah dia mintak tapi Ummi bagi syarat kena baca Iqra ingat sampai 'ya' baru dapat. So kepala Ummi keluar mentol. Kot boleh pujuk pergi tadika dengan toys tu.
Ummi cakap dekat dia, kalau ummi beli toys tu jangan nangis-nangis pergi tadika ya. Dia kata ok (ummi ulang soalan ni banyak kali untuk makesure tiada perubahan jawapan.huhu) . So bila dia ok Ummi pn beli online mur-mur je macam kat bawah ni. Since banyak pilihan, Ummi suruh dia pilih sendiri.
 |
| Plants VS Zombie toys |
Tengoklah betapa seronoknya dia main. Dan minggu ni memang senang dia bangun dan bersiap. Semangat lain macam. Alhamdulillah. Syukur. Salah satu yang menyumbang pada semangat nya pun sebab teacher kelas dia baik pandai tackle budak-budak. Tak pernah dengar Faiz cakap teacher marah-marah. Sabar betul teacher tadika ni kan. Thankyou sangat teacher Dzul Iman seksyen 2.
Harini dia request nak pergi tempat salji dekat I-city pulak.. Ummi pn tak tahu,dia tahu dekat mana i-city ada tempat salji.
Sekian.