Hi followers ;)

Thursday, October 31, 2019

Scammer

Scammer ni apa sebenarnya? Scammer ni maksudnya penipu dan paling famous orang yang menipu untuk mendapatkan duit.

Zaman sekarang ramai orang sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan duit..

Jadi kite kena beringat- ingat jugaklah supaya tak terkena.. Kalau bab duit ni Ummi hati-hati sikit.. Yela nak menyimpan nye pn asik di korek2 je.. hehehe.. kalau guna untuk sedekah ke ataupun untuk kegunaan harian tidak lah rasa ralat sangat..

Antara cara yang diorang guna untuk perdayakan orang ada jugak melalui pengalamnan sendiri dan orang lain..

1) Melalui perniagaan online. 
Yang ni Ummi pernah nak terkena.. Masa tu baru berjinak2 nak berniaga online lah kononnya.. tapi serius xde masa nak fikirkan strategi macam mana nak buat.. Sekali tu ade dapat mesej orang berminat nak beli tungku baby.. mesej nya seperti di bawah. So kita pn excitedlah nak msj die berdasarkan no phone yang die tinggalkan. Wasap punye wasap sampailah ke part bayaran, die tetibe cakap gune oversea punya banking and sangkut. Die mintak tlg bukak email. sebab bank ade email something dekat Ummi untuk proceeed payment.. mmg taklah Ummi nak layan.. trus blok nombor die.. mmg something fishy awal2 tu.. bila da macam tu mmg betul fraud . So yang berniaga online berhati2 lah. Kalau ada pelanggan, buat dalam sistem online tu je.. jangan personal2 macam bawah ni. nanti masak di buatnye. hehe. Die punye trend penipuan memang guna bahan, duit sangkut since guna oversea transaction. Hati2 tau u all.


2) Melalui email
Email ni kadang-kadang mcm pelik-pelik je sila ignore. tambah2 nak suruh klik apa-apa..

3) Melalui phone call
Rasanya yang ni ramai pernah dapat panggilan hangit ni..hehhehe.. diorang call bagitau korang ade hutang bukan seringgit dua.. beratus ribu hengget.. mak aiii... Ummi pn pernah dapat panggilan, katenya mahkamah panggil sebab ade hutang rm100k dengan bank.. kalau nak settle luar mahkamah diorang nak sambung kan ke polis ke ape ntah.. So Ummi cakap lah, 'xpelah nt sy cek dgn bank sendiri' . trus off..

4) Mesej hanphone/facebook
Kate kita menang peraduan la apelah.. Yang paling bijak ade Ummi baca boleh pulak berlakon anak/mak/bapak/sedara mara untuk tipu orang yang berkaitan.. kata nak pinjam duitlah ape lah.. Nenek Ummi dekat kampung pernah kena. Dapat panggilan telefon dapat hadiah. Bila pergi untuk tuntut hadiah, kena buat bayaran dahulu. 

5) Ejen pelancongan
Pengalaman Ummi masa ni tengah beli belah kat Plaza Alam Sentral Shah Alam.. Kebetulan ade orang bukak booth satu meja kecik je..tawarkan pakej bayaran murah kalau kita register under syarikat pelancongan dia.. Contoh ny untuk pakej rm400 , kita bayar dlu nt die bagi kad.. lepas tu nanti bila da decide nak ke mana2 dalam atau luar negeri, boleh call diorang.. nanti diorang akan arrange so dapat lagi murah dr yg beser2.. harga yang diorang cakap mmg menarik.. husband Ummi dah nak bayar.. tapi Ummi jenis susah nak percaya bab2 benda tak ada kepastian.. Yela syarikat die pn kite xcek betul berdaftar dan boleh dipercayai ke tidak.. So balik rumah bincang lagi.. Call kawan2.. Sudah nya kawan2 kata xpayah.. sebab kampeni macam ni biase bila kite da daftar and decide nak ke mana2, kita call diorang susah nak jawab.. Ada kawan Ummi hangus duit, call2 xdapat2.. Nak buat cemane.. satu hal plak nak report polis kan.. Kalau nak murah pergi Matta Fair/ pergi syarikat trus... Trusted..

6) Ejen tarik kereta
Yang ni paling kena hati2.. Sebab biras Ummi pernah hampir terkena.. Ejen tarik kereta datang rumah, bagitahu kereta 3 bulan da tak bayar, so bank nak tarik kereta. Mujur, biras pandai, die mintak surat bank. Terus brother tu lari.. So yang ada kereta sendiri.. even korang tengah pinjam kereta orang tetibe orang datang nak tarik kereta better berhati2 jangan terus je bagi kunci. Periksa dulu kesahihan.

Jadi apa2 pn sebarang berkaitan dengan kewangan, janganlah terlalu lekas percaya dengan keuntungan yang belum pasti..
Inilah serba sedikit pengalaman Ummi dan pengalaman orang2 terdekat Ummi berhadapan dengan Scammer

Semoga kita semua dijauhkan dari kancah penipuan.
Aamiin

Friday, October 25, 2019

6 aktiviti melibatkan ibu bapa semasa Hari Sukan Tadika


Pengalaman ni Ummi dapat masa kerja di salah satu tadika di Shah Alam.  Aktiviti ni melibatkan ibu bapa. Objektifnya adalah untuk meraikan dan menggembirakan ibu bapa yang turut hadir di Hari sukan.


1) kupas bawang putih/bawang merah. (ayah)
Sesi ni untuk ayah2 sebab nak tengok jugak ayah2 ni pantas ke tak di dapur.  Kalau mak2 kita da biasa tengokkan. Mula2 ayah akan lari. Lepas 3 meter kena pakai kain pelekat. Lepas 3 meter lagi ada port untuk kupas bawang putih. So tengoklah bapak2 mengupas bawang putih/bawang merah. Masa ni mmg kelakar.sebab macam2 gaya bapak2 buat. Ada terkangkang, ada bersila. Keputusan di buat berdasarkan bilangan bawang yang berjaya di kupas.



2) Anak solek mak. (anak dan mak)
Anak di kehendaki menyolek mak. Dan keputusan di buat untuk solekan yang paling cantik. Ada juri dan borang untuk permarkahan.

3) Belangkas. (ayah dan mak)
Mak dan ayah kena ikat sebelah kaki masing2 so jalan guna 3 kaki. dan belon di letakkan di tengah2. Kena kepit guna badan, tangan tidak di benarkan pegang belon.  Berjalan sampai garisan penamat. So pandai2 lah jaga belon. Siapa cepat dia menang.

  4) Mengenal ibu masing2 ( anak dan mak)
Anak di tutup mata dan berjalan mencari mak masing2. Anak boleh menyentuh wajah mak untuk memastikan betul2 mak dia.

   5) Makan2. (ayah dan mak)
Mak dan ayah di beri sebekas buah tak di kupas. So sape paling cepat habiskan dia juara.

6) Kupas epal (ayah/mak)
Pengupas kulit epal secara memusing untuk pastikan kulit tak putus dan panjang. Masa selama 1 minit. Kulit epal yang paling panjang di kira pemenang.

Thursday, October 24, 2019

Maleficent Mistress of Evil


Maleficent Mistress of Evil.. Gambar dari laman web disney . Tak sempat nak ambik gambar kebetulan tengok wayang pn tergesa2 dah 1030 pagi, lepas bli kopi costa dekat shell dengan member ofis.  Depan ofis ada TGV so 2 3 minit sampai lah wayang. heheh. Kalau nak berdating dengan husband mmg xdapat lah sejak ada anak ni.. sebab ade citer best kite rehat tenangkan fikiran kejap..

Maleficent yang pertama 2014, so ni kire ni sambungan cerita 5 tahun kemudian. Siaran 2 jam.. Sepanjang 2 jam tu ada plot2 penting.. Puteri pn da besar dan cantik.. Maleficent muka mak2 sangat, cantik dan tegas maklumlah Angelina Jolie kan.huhuh.,

Summary cerita ni, Ummi bagi 5 bintang sebab masa Maleficent pertama nangis, yang ni lagi nangis.. Sedih sebab ada nilai2 kekeluargaan. Maleficent ni cuba nak selamat kan anak angkat dia (puteri) dari kahwin dengan Putera Philip even dua orang ni suka sama suka.. Punca Maleficent tak restu sebab mak Putera Philip ni ada niat jahat.. 

Puteri tak percaya bakal mak mertua dia ada niat jahat dan berlakulah sedikit perselisihan faham antara Puteri dengan Maleficent.

So bila berlakulah peperangan. Paling sedih masa babak Maleficent mati sebab nak selamat kan Puteri kesayangannya.

Stop sini tak boleh crita lebih..kalau nak tahu... boleh tengok wayang..heheh. kang Disney marah crite lebih2..

Jalan cerita tidak mengecewakan..


Saturday, October 19, 2019

Pusat Akuatik Shah Alam

Pusat Akuatik ni terletak di Seksyen 13 Shah Alam..
Di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam..

Sekarang dia da upgrade tempat mainan kanak2 untuk pengunjung..lame sebenarnya Ummi tunggu tapak tu nak siap.. So happening la sikit.. budak2 da tak terjun kolam yang tinggi tu..

Untuk pengunjung syarat nak masuk wajib pakai baju renang.. 

Ummi bli baju renang dekat Shopee je.. kebetulan harga murah RM70 camtu..

Di sana ade jugak kelas untuk weekend. Masa Faiz 3 tahun pernah cari kelas untuk Faiz, rm80/4 kelas sebulan macam tu.. Syarat nak masuk kelas renang untuk budak adalah budak kena faham apa yang kita orang dewasa cakap baru boleh daftar.. Since masa tu Faiz belum boleh
faham masa tu pospone lah sampai ke hari ini..hehehe.. tahun depan baru plan nak hantar.

Bawah ni harga untuk masuk. Dan klik dekat dari sesawang MBSA untuk lebih detail.

harga dari sesawang MBSA


Pusat Akuatik Shah Alam

Duduk Shah Alam ni best semua benda dekat dan menarik.. 

Saturday, October 12, 2019

Bukit Cerakah /Taman Botani Shah Alam

Seminggu adik tolong jaga faiz..

Kita bawak dia pergi jalan-jalan.. release stress terperuk kat rumah.. bukit cerakah ni dekat je dengan rumah saya.. belakang rumah je.. nak pergi hari2 pn boleh sangat.hehehe.. tapi tidak la sampai begitu kan..

Pergi bukit cerakah ni best jugak.. macam2 aktiviti ada.. masuk rm3 untuk dewasa dan rm 1 untuk kanak2..

Mula2 masuk kitorang pilih naik kenderaan yang di sediakan. free je.. tapi boleh naik motor letrik atau basikal yang ni kena cas.. tapi kalau saya naik basikal mmg semput..hehe..

Bas memula bawak sampai ke hujung.. so boleh benti bila die nak patah balik.. tempat pertama kitorang singgah  

Perkampungan Budaya

dari depan

muke gembira seorang adik. (tudung purple)

berlari anak teruna

Taman Haiwan




boleh pegang kuda

Bagi rusa makan

Taman Padi


Siput sawah

orang yang flying fox


makan ice cream sebelum balik


sekian..

Homeschooling : Kentang senyum

Lepas 3 minggu faiz kuarantin sebab demam campak, taska di rumah faiz kene ttup sebab anak pengasuh pulak kene demam campak.. mmg kena tutup seminggu.. semua anak2 pn cuti.. maklumlah musim demam campak.. saya da 3 minggu workfromhome dan bergilir dengan husband jaga..memandangkan minggu taska kene tutup tu minggu ke empat terpaksa lah import adik untuk jaga seminggu. mujur dia baru abis belajar dan tengah tunggu nak konvo..

Nilah aktiviti dari dia.. boleh la buat idea untuk homeschooling sebab comel sangat kejadian nye..

Bahan2:

1) kentang
2) tepung gandum
3) garam
4) tepung jagung (tak letak sebab takde)

Cara2:

1) rebus kentang dan lenyek2
2) masukkan tepung gandum, garam dan tepung jagung.
3) adun sebati dan boleh di bentuk. dan di goreng.
Gigih menggolek

proses buat bulat


proses buat mata
okay da siap.hehe

rupa lepas di goreng.

sekian...