Hi followers ;)

Thursday, October 31, 2019

Scammer

Scammer ni apa sebenarnya? Scammer ni maksudnya penipu dan paling famous orang yang menipu untuk mendapatkan duit.

Zaman sekarang ramai orang sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan duit..

Jadi kite kena beringat- ingat jugaklah supaya tak terkena.. Kalau bab duit ni Ummi hati-hati sikit.. Yela nak menyimpan nye pn asik di korek2 je.. hehehe.. kalau guna untuk sedekah ke ataupun untuk kegunaan harian tidak lah rasa ralat sangat..

Antara cara yang diorang guna untuk perdayakan orang ada jugak melalui pengalamnan sendiri dan orang lain..

1) Melalui perniagaan online. 
Yang ni Ummi pernah nak terkena.. Masa tu baru berjinak2 nak berniaga online lah kononnya.. tapi serius xde masa nak fikirkan strategi macam mana nak buat.. Sekali tu ade dapat mesej orang berminat nak beli tungku baby.. mesej nya seperti di bawah. So kita pn excitedlah nak msj die berdasarkan no phone yang die tinggalkan. Wasap punye wasap sampailah ke part bayaran, die tetibe cakap gune oversea punya banking and sangkut. Die mintak tlg bukak email. sebab bank ade email something dekat Ummi untuk proceeed payment.. mmg taklah Ummi nak layan.. trus blok nombor die.. mmg something fishy awal2 tu.. bila da macam tu mmg betul fraud . So yang berniaga online berhati2 lah. Kalau ada pelanggan, buat dalam sistem online tu je.. jangan personal2 macam bawah ni. nanti masak di buatnye. hehe. Die punye trend penipuan memang guna bahan, duit sangkut since guna oversea transaction. Hati2 tau u all.


2) Melalui email
Email ni kadang-kadang mcm pelik-pelik je sila ignore. tambah2 nak suruh klik apa-apa..

3) Melalui phone call
Rasanya yang ni ramai pernah dapat panggilan hangit ni..hehhehe.. diorang call bagitau korang ade hutang bukan seringgit dua.. beratus ribu hengget.. mak aiii... Ummi pn pernah dapat panggilan, katenya mahkamah panggil sebab ade hutang rm100k dengan bank.. kalau nak settle luar mahkamah diorang nak sambung kan ke polis ke ape ntah.. So Ummi cakap lah, 'xpelah nt sy cek dgn bank sendiri' . trus off..

4) Mesej hanphone/facebook
Kate kita menang peraduan la apelah.. Yang paling bijak ade Ummi baca boleh pulak berlakon anak/mak/bapak/sedara mara untuk tipu orang yang berkaitan.. kata nak pinjam duitlah ape lah.. Nenek Ummi dekat kampung pernah kena. Dapat panggilan telefon dapat hadiah. Bila pergi untuk tuntut hadiah, kena buat bayaran dahulu. 

5) Ejen pelancongan
Pengalaman Ummi masa ni tengah beli belah kat Plaza Alam Sentral Shah Alam.. Kebetulan ade orang bukak booth satu meja kecik je..tawarkan pakej bayaran murah kalau kita register under syarikat pelancongan dia.. Contoh ny untuk pakej rm400 , kita bayar dlu nt die bagi kad.. lepas tu nanti bila da decide nak ke mana2 dalam atau luar negeri, boleh call diorang.. nanti diorang akan arrange so dapat lagi murah dr yg beser2.. harga yang diorang cakap mmg menarik.. husband Ummi dah nak bayar.. tapi Ummi jenis susah nak percaya bab2 benda tak ada kepastian.. Yela syarikat die pn kite xcek betul berdaftar dan boleh dipercayai ke tidak.. So balik rumah bincang lagi.. Call kawan2.. Sudah nya kawan2 kata xpayah.. sebab kampeni macam ni biase bila kite da daftar and decide nak ke mana2, kita call diorang susah nak jawab.. Ada kawan Ummi hangus duit, call2 xdapat2.. Nak buat cemane.. satu hal plak nak report polis kan.. Kalau nak murah pergi Matta Fair/ pergi syarikat trus... Trusted..

6) Ejen tarik kereta
Yang ni paling kena hati2.. Sebab biras Ummi pernah hampir terkena.. Ejen tarik kereta datang rumah, bagitahu kereta 3 bulan da tak bayar, so bank nak tarik kereta. Mujur, biras pandai, die mintak surat bank. Terus brother tu lari.. So yang ada kereta sendiri.. even korang tengah pinjam kereta orang tetibe orang datang nak tarik kereta better berhati2 jangan terus je bagi kunci. Periksa dulu kesahihan.

Jadi apa2 pn sebarang berkaitan dengan kewangan, janganlah terlalu lekas percaya dengan keuntungan yang belum pasti..
Inilah serba sedikit pengalaman Ummi dan pengalaman orang2 terdekat Ummi berhadapan dengan Scammer

Semoga kita semua dijauhkan dari kancah penipuan.
Aamiin

15 comments:

  1. zaman sekarang ni manusia nak dapat duit cara mudah je, malas usaha tapi tahu nak menipu je. Kadang bila tak dapat nk perdaya kita yang orang muda2 diaorang beralih suka try kat orang tua-tua di kampung, dana selalu pesan kat mak, kat atuk pasal benda alah ni... jangan percaya, apa- apa rujuk pada kami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu hidana.. diorg pandai kenakan org yg berumur. Mmg kne pesan kt mak ayah.licik cara scammer..pandai cari sasaran

      Delete
  2. zaman makin maju, otak manusia pun makin ligat menipu. kan? :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul umi..bila terdesak atau tamak nk kaya cepat..org sgup buat apa apa sj.. mmg kne berhati2 zamannskrg ni..

      Delete
  3. Yg pertama tu ada beberapa kali kena. Dia punyalah marah kita tak percaya dia..haha! Yelah, konon silap transfer kat kita. Barang tak sampai 100, tersilap tekan 1000, mintak kita bayar balik kat dia.

    biasanya kena sebab akak up iklan kat mudah.my.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo akak ujie berniaga jugakke..pandai kn kak nk menipu .padahal xmasuk pn duitny kat kita..ape2 pn better refer dekat bank trus klu berkenaan dgn bank..klu berkaitan dgn polis,polis xkn sewenang2 nya call org awam..kdg dgr pasal pihak berkuasa org ketar lutut kn..tp kne waraskn fikiran

      Delete
  4. Terima kasih atas peringatan nie... Semua method tu pernah kena kat teman... Alhamdulillah, setakat nie belum lagi la terjebak...

    Kalau yang gores dan menang tu consider scammer jugak tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gores dan menang tu klu dpt hadiah xpe free.klu tetibe mintak duit dlu tu kire scammer lah tu aisy..jrg org bg free2 melainkan masuk pertandingan ke

      Delete
  5. Scammer sekarang macam-macam skill dorang guna. Mekar pun dah terkena dengan dorang ni hm

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah Mekar.. yang penting kita kena hati2.. tambah berkenaan dengan duit.. ;)

      Delete
  6. Skang ni ada banyak kategori scammer. Makin canggih zaman sekarang, makin canggih jenis scammer. Kena berhati-hati. Apapun semoga kita dijauhkan dari scammer ni. Aaminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Fizah. kreatif kadang2 tak sangka begitu bijak diorg menipu..

      Delete
  7. Nasib baik ummmi orang yang bijak..

    kalau tidak dah lama juga kena sembelih oleh Scammer yang zalim ini..

    mana tidaknya sanggup menganiya orang lain untuk kepentingan diri sendiri

    ReplyDelete
  8. Ejen pelancongan susah skit nak detect. Haishhh.. Yg lain nmpk sgt menipunya

    ReplyDelete
  9. Takut dah nak angkat telefon nombor yang tak dikenali.

    ReplyDelete