Salam semua,
Hari ahad lepas, Ummi berkesempatan ke pasar ahad/pasar karat shah alam.. Alaa yang dekat stadium Shah Alam tu.. Ummi lupa plak nak tangkap gambo suasana di sana. Suasana sekarang lebih better dari sblm PKP,.. pintu masuk ada orang jaga.. Dan gerai-gerai di buka mengelilingi stadium dan diorg buat jalan dua hala untuk pejalan kaki..kalau tak larat boleh naik buggy rm3 kot seorang. Jadi tak ada kes berselisih dan suasana tak crowded. Parking pn lagi sng.. Kalau pergi lewat hangat pijo ye.. Kalau ada anak kecik pegi awal..
Memandangkan kita ada pokok di luar tapi da padat, rasa seronok pulak nak hias rumah dengan pokok indoor.
Dengan ini mengucapkan ummi perkenalkn dan mengucapkan selamat datang kepada pokok-pokok indoor yang di beli dari pasar ahad. Dengan harga nya sekali.. Untuk rujukan masa depan. Semoga sihat-sihat..
Dari kiri 1,4,5 rm9 , manakala 2, 3 rm4
Total RM 35
Sambil-sambil terbeli 2 ekor ikan puyu. skali dengan bekas rm10. Sebenarnya banyak jenis ikan.. tapi kami pilih ikan puyu sebab lasak. Air pn boleh gune air paip. Pandai die posing. Tapi suka pulak bergaduh dua ekor ni. Acane nak buat tu..
Inilah tempat nye. Kayu tu di beli di DIY, papan nya saja rm 30. Besi xtau harga brape.
Tengok tv ada scenary di situ.
Alang-alang beli jugak nak rasa rendang Zarina Zainuddin.. Masa ni tinggal kerang je.
sekian, terima kasih kawan-kawan kerana sudi membaca coretan ummi 😉