Hi followers ;)

Showing posts with label Tanaman umah flat. Show all posts
Showing posts with label Tanaman umah flat. Show all posts

Friday, October 30, 2020

Pokok Bendi Tanam Dalam Pasu dan Khasiat

Salam kawan-kawan,


Apa khabar semua. Norma baharu sejak hari cuti kita dah tidak kemana terutama untuk warga Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kita masih dalam PKPB. Ya Allah semoga Allah rahmati kami di negeri ini.


Harini ummi nak bawa entri tentang tanaman pokok bendi. Kalau ada sesiapa nak tau sebab ummi pn baru tahu, bendi adalah tanaman yang mampu tumbuh dalam pasu. Huhuhuh.. Alhamdulillah ummi tanam hendak juga dia berbuah. 



Atas ni gambar dari kebun mini ummi. Setakat ni ummi da dua kali petik hasil bendi ni.. Dalam pasu ni ummi semai 2 benih bendi. So ada 2 pokok. Sekali buah boleh klua 4-5 batang bendi. Bendi ni syarat nak petik bila dia da cukup besar silalah petik jangn di biar atas pokok. Untuk elakkan dia tua atas pokok nanti bendi jadi keras. 


Pokok bendi ni senang je penjagaan nya. Dan tahan lasak juga. Sebab Ummi siram minium satu hari sekali pn dia okay je.hehe. Owh lagi satu ummi siram juga baja sebulan sekali.

Antara khasiat bendi:
Point detail boleh baca sini khasiat bendi

1) Merendahkan kolestral 
2) Mengurangkan asma/lelah
3) Mengawal penyakit kencing manis
4) Meningkatkan sistem imun
5) Mencegah penyakit buah pinggang
6) Menggalakkan kehamilan yang sihat.

Sebarang maklumat tambahan tentang pokok bendi amat-amat di alu-alukan untuk ilmu bersama. 
Sekian terima kasih kerana sudi singgah 😉

Monday, October 19, 2020

Tanaman Rumah Flat : Daun pudina , cara tanam, kegunaan dan khasiat.

Salam semua,

Menanam pokok di ruang sempit ni perlu betul-betul bajet ruang dan hanya terhad kepada pokok-pokok yang mudah di jaga di ruang tanah yang sempit/dalam pasu.

Untuk harini entri ummi adalah tentang pokok pudina. Pokok pudina ni pun jenis pokok kecil yang mudah di jaga.

Pokok pudina ni ummi tak pernah lagi guna untuk apa-apa masakan. Biasa buat air je kna. Ummi ambil pokok ni semasa pulang ke kampung beberapa bulan lepas. Pokok nya dah memanjang. 


Cara tanam:

Pokok pudina boleh di tanam semula dengan menggunakan keratan batang. Lepas tu ummi cucuk ke tanah dalam pasu yang sama. Supaya dia nampak satu rimbunan.hehe. 




Kegunaan daun pudina

Mint dikenali terutamanya untuk kegunaannya dalam perasa, seperti peppermint dan spearmint yang digunakan dalam gula-gula. Minyak pati dalam peppermint, mentol, adalah minyak aromatik yang kuat yang digunakan bukan sahaja untuk memberikan perasa kepada gula-gula tetapi juga digunakan dalam penyegar nafas, rokok, ubat sakit pernafasan, losen gatal-gatal dan cecair kumuran. Daun pudina juga merupakan ramuan biasa dalam teh herba yang tidak mempunyai kafein; peppermint dikatakan menghilangkan masalah pencernaan, mengurangkan kembung dan melegakan beberapa kesan kolitis ulseratif.

Terima kasih kerana membaca. 😉

Saturday, October 17, 2020

Tanaman Rumah Flat : Ulam Sambung Nyawa, cara tanam dan khasiat

Salam semua,

Semalam kes covid meningkat kepada 800 lebih kes dengan kewujudan kluster baru. May Allah bless all of us. Hindari kita semua dengan penyakit merbahaya. Aamiin.

Harini rasa tergerak nak cerita tentang ulam sambung nyawa yang ummi dapat dari sepupu Ummi di klang beberapa bulan lepas. Ulam ni beberapa kali juga ummi petik pucuk dia buat makan dengan nasi. Ulam ni senang nak jaga. Tanam dalam pasu pun dia besar. Tak kisah jemur panas ke janji pagi-pagi siram tanah dengan air. Sembur-sembur daun dengan air. Masa bawa balik sini dia kecik lagi serta susunan pasu boleh tengok dalam entri Ummi ini : Tanam pokok di rumah flat: Pokok sambung nyawa, ulam raja, aloevera dan bayam brasil

Sekarang pokok nya da besar seperti di bawah. Merimbun senget ke tepi...sebab dia menghala ke matahari. Ummi bawak ke depan pintu rumah sebab nak kerat batang dia lepas tu tanam balik.



Cara tanam:

Ulam ni mudah nak tanam semula sebab boleh tanam melalui keratan batang. (Ini ummi refer dekat utube ya) harini baru nak try buat.. hehe.. harap-harap menjadi. Nanti boleh bagi kepada jiran keratan batang. 


Kerat batang dia. Lepas tu buang daun sikit.. Lepas tu cucuk je ke tanah.

Daun Ulam di basuh untuk di makan dengan nasi.



Rasa:

Daun ni rasa dia lemak manis. Ulam ni ada rasa tersendiri tapi rasa dia tidak ketara/pekat macam ulam lain. Daun ulam dia pun lembut. Kalau makan tu rasa macam makan nasi je. Anak Ummi pn Ummi bagi makan. 


Khasiat:

Sumber penerangan tentang khasiat ummi ambil dari facebook: Ulam dan herba

Mengurangkan kadar kolestrol dan dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Di Malaysia ia juga di gunakan untuk merawat sembelit, kencing manis dan kanser. Selain itu merawat masalah buah pinggang.

Ulam ini biasa di makan mentah dan batangnya boleh digunakan untuk meredakan demam .

Ia juga di gunakan dalam penyembuhan penyakit ginjal, disentri, infeksi kerongkong. Ia juga membantu menyeimbangkan datang haid dan menghentikan pendarahan, melancarkan fungsi ginjal dan gigitan binatang berbisa. Umbinya boleh menghilankan darah beku (haematon) pembengkakan serta patah tulang.

Cara guna:
Untuk ubat di minum, rebus 7-12 helai daun segar, sementara untuk kegunaan luar, giling daun segar hingga lumat dan tampalkan di tempat sakit.


Sekian terima kasih kerana sudi singgah. 😉

Monday, September 21, 2020

Tanam pokok di rumah flat : Pokok Indoor

Salam semua,

Hari ahad lepas, Ummi berkesempatan ke pasar ahad/pasar karat shah alam.. Alaa yang dekat stadium Shah Alam tu.. Ummi lupa plak nak tangkap gambo suasana di sana. Suasana sekarang lebih better dari sblm PKP,.. pintu masuk ada orang jaga.. Dan gerai-gerai di buka mengelilingi stadium dan diorg buat jalan dua hala untuk pejalan kaki..kalau tak larat boleh naik buggy rm3 kot seorang. Jadi tak ada kes berselisih dan suasana tak crowded. Parking pn lagi sng.. Kalau pergi lewat hangat pijo ye.. Kalau ada anak kecik pegi awal.. 

Memandangkan kita ada pokok di luar tapi da padat, rasa seronok pulak nak hias rumah dengan pokok indoor. 

Dengan ini mengucapkan ummi perkenalkn dan mengucapkan selamat datang kepada pokok-pokok indoor yang di beli dari pasar ahad. Dengan harga nya sekali.. Untuk rujukan masa depan. Semoga sihat-sihat.. 

Dari kiri 1,4,5 rm9 , manakala 2, 3 rm4
Total RM 35

Sambil-sambil terbeli 2 ekor ikan puyu. skali dengan bekas rm10. Sebenarnya banyak jenis ikan.. tapi kami pilih ikan puyu sebab lasak. Air pn boleh gune air paip. Pandai die posing. Tapi suka pulak bergaduh dua ekor ni. Acane nak buat tu..


Inilah tempat nye. Kayu tu di beli di DIY, papan nya saja rm 30. Besi xtau harga brape.

Tengok tv ada scenary di situ.


Alang-alang beli jugak nak rasa rendang Zarina Zainuddin.. Masa ni tinggal kerang je. 


sekian, terima kasih kawan-kawan kerana sudi membaca coretan ummi  😉

Friday, September 4, 2020

Tanam pokok di rumah flat: daun kesum, daun sup, daun pudina dan dan kari

 Salam kawan-kawan,


Start hari kamis, Selangor menghadapi masalah pencemaran air yang berpunca dari kilang g tak bertgjawab melepaskn sisa kimia ke sungai dan menyebabkan pencemaran di loji utama. Jadi start khamis lalu, warga Selangor da start kehilangan punca air. Manakala di rumah Ummi start hari Jumaat tengahari air da takda. Memandangkan perkara ni agak mengejut berlaku, ada sesetengah orag tak sempat nak menyimpan stok air. Harap nya hari ni da start sikit-sikit dapat air...doakan kami ya..

 

Di kesempatan ni Ummi nak bercerita tentang poko yang ummi bawa dari kampung memandagkan minggu lepas ummi balik kampung. Adik Ummi bekalkan tanaman yang di tanamnya. Gambar seperti di bawah.

 

 
Daun kesum, daun sup, daun pudina dan kari. 


Daun sup duk sebelah daun basil n alovera
 
kari,kesum dan pudin kita selit2 sini



 Walaupun duk umah atas, kne rajin2 tengok pokok sebab banyak ulat kecik2 duk rosakkan daun. Harap2 pokok yang baru datang ni hidup aman harmoni dengan kawan-kawn ya.. pokok-pokok sebelum ni semua alhandulllah sihat walafiat..


Sekian sahaja dari ummi. ;)



Friday, August 21, 2020

Tanam pokok di rumah flat: Pokok sambung nyawa, ulam raja, aloevera dan bayam brasil

 Selamat hari minggu kepada semua kawan-kawan,


Hari Khamis baru ni kite sambut tahun baru Islam.. Semoga perjalanan kita dalam dunia ni menjadi orang yang bermanfaat.


Hari Khamis yang mulia itu, Ummi ke rumah sepupu Ummi untuk ambil anak pokok. Memandangkn beliau nak berpindah rumah, jadi pokok-pokok dia xnak bawa bersama. Sepupu Ummi ni jenis suka menanam. Ummi ingat sikit je, tapi banyak pokok2 di semai dan di jaga dalam pasu. So dia offer untuk ambil pokok dan dapatlah empat jenis.


 
Pokok ni lama dah ummi teringin. Baru ni dapat. Dulu pernah beli benih tapi tersalah beli benih basil. Nama nak sama. Haha.

 
Untuk awet muda. Sedap ni makan dengan sambel. Ada ulam ni senang xpayah nak menumis sayur. Basuh-basuh da boleh makan

Pokok Aloevera:
Husband suh ambik. Sebelah tu pokok basil yang tersalah beli. Tapi kalau buat spagetti mmg sedap guna daun dia. campak kedalam spageti nanti makan rasa berangin..hehe
 

Pokok Ulam Raja:
Memang nampak cantik macam raja. 
 
Da berkumpul dengan kawan-kawan. Subuh lagi ummi da siram sb malam td panas sangat. Kesian pokok-pokok takut tak cukup air..Baik-baik kongsi-kongsi ruang ye. 
Misi seterusnya nak cari anak pokok daun kari.hehe

Sekian perkongsian tanaman rumah flat Ummi


Friday, June 26, 2020

Tanaman musim pkp rumah flat ummi

Salam semua,

Harini Ummi nak berkongsi tentang tanaman pokok yang ummi tanam semasa pkp. Sebenarnya ummi jadi rajin menanam sebab tengok ramai kawan-kawan blog duk menanam.hehe geram tengok pokok cnatik2

dari kanan DAUN SELASIH tersalah beli ingt bayam brasil. huhu. dan SAYUR BAYAM

ok tanam macam ni daun KESUM suka air

tambah tanaman daun KESUM. kaedah same tanam dalam botol maacm gambar dekat atas tapi botol 1.5L

Sebenarnya pasu ni tanam DAUN LIMAU PURUT. taktahulh kenapa ada BAYAM tumpang.hehe

lebihan daun KESUM semasa raya. Kanan daun bergulung tu pokok cili. dah kenapa bergulung daun ny. rasanya tak sihat

cuba tanam TOMATO.harap dapat makan hasil

KANGKUNG. da pernah rasa hasil. buat nasi goreg kampung dan sayur goreng. Ummi kalau nak ambik hasil, tinggalkan batang sikit dan akar. batang dan akar tu nanti tumbuh daun baru. kangkung paling seronok nak tanam sebab sng jaga dan cepat tumbuh.

ini ummi tak tahu pokok ape. mcm pokok BENDI.

tadaaaaa.. hasil yang telah di goreng sebelum ni.
Kawasan yang ada cahaya matahari semua himpit di situ.


 Pokok daun setawar tu jiran punya. pokok paling tinggi tu cili.
Begitu lah serba sedikit tanaman ummi. duduk rumah tinggi kita tak boleh nak expect lebih nak tanam itu ini. sebab cahaya terhad. dan tempat pokok-pokok ni dekat dengan tong sampah. tu pintu dekat dinding tu laluan buang sampah.hehe.. nak letak pasu di bawah, nt cik siput kacau. abis togel pokok ummi di buatnya. Tengok jela bersepah pokok macam ni. lagipun snang nak siram dekat dgn rumah. kalau ada nak kongsi tips untuk halau binatang dari makan pokok atau idea komen ya. sangat mengalu-ngalukan.

Antara pokok yang tak hidup ummi tanam dari benih:

1) sawi

sekian serba sedikit. Terima kasih singgah ;)