Hi followers ;)

Friday, October 30, 2020

Pokok Bendi Tanam Dalam Pasu dan Khasiat

Salam kawan-kawan,


Apa khabar semua. Norma baharu sejak hari cuti kita dah tidak kemana terutama untuk warga Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kita masih dalam PKPB. Ya Allah semoga Allah rahmati kami di negeri ini.


Harini ummi nak bawa entri tentang tanaman pokok bendi. Kalau ada sesiapa nak tau sebab ummi pn baru tahu, bendi adalah tanaman yang mampu tumbuh dalam pasu. Huhuhuh.. Alhamdulillah ummi tanam hendak juga dia berbuah. 



Atas ni gambar dari kebun mini ummi. Setakat ni ummi da dua kali petik hasil bendi ni.. Dalam pasu ni ummi semai 2 benih bendi. So ada 2 pokok. Sekali buah boleh klua 4-5 batang bendi. Bendi ni syarat nak petik bila dia da cukup besar silalah petik jangn di biar atas pokok. Untuk elakkan dia tua atas pokok nanti bendi jadi keras. 


Pokok bendi ni senang je penjagaan nya. Dan tahan lasak juga. Sebab Ummi siram minium satu hari sekali pn dia okay je.hehe. Owh lagi satu ummi siram juga baja sebulan sekali.

Antara khasiat bendi:
Point detail boleh baca sini khasiat bendi

1) Merendahkan kolestral 
2) Mengurangkan asma/lelah
3) Mengawal penyakit kencing manis
4) Meningkatkan sistem imun
5) Mencegah penyakit buah pinggang
6) Menggalakkan kehamilan yang sihat.

Sebarang maklumat tambahan tentang pokok bendi amat-amat di alu-alukan untuk ilmu bersama. 
Sekian terima kasih kerana sudi singgah ๐Ÿ˜‰

Thursday, October 29, 2020

Movie: Little Monsters (2019)

Salam semua,

Apa khabar semua. Harini company ummi masih lagi bercuti sempena mental health awareness. Baguskan company bagi off day harini sebab mungkin itu lah salah satu sumbangan dia nak bagi untuk pekerja yang da penah lelah. Kerja. hahaha. Sangat bersyukur dapat cuti straight 4 hari tapi tak pergi ke mana pun. Duduk rumah sambil positifkan minda dan tanam dalam minda saya sedang bercuti...heheh.


Harini ummi nak review satu cerita bagi ummi ada unsur kelakar dan menghiburkan. Boleh dirumuskan watak heroin ni mempunyai minda yang sangat kuat sampai mampu handle budak kecik walaupun dalam keadaan genting. 


Sedikit summary menceritakan, watak utama Dave clash dengan teman wanita dan melarikan diri dari rumah pulang ke rumah kakak beliau yang mempunyai seorang anak bernama Felix 5 tahun. Kakak Dave ni kerja dalam bahagian hospital, jadi memang sangat busy tetapi tidak pernah mengabaikan pemakanan dan pendidikan anak nya. Sebab anak dia ada alergik terhadap makanan.


Bila Dave di rumah kakak nya. Dave ditugaskan untuk menjaga dan hantar Felix ke tadika. Di tadika Dave bertemu cikgu Felix bernama Caroline (heroin). Dave tertarik dan suka Caroline. Lagipun Felix kan baru lepas break ngn makwe die so mcm lonely.


Satu hari Tadika kelas felix buat lawatan. Masa ni Dave join jugak. Maklumlah nak tackle Miss Caroline. Kelas Felix tu adalah 10 orang gitu kot.. Diorang pergi melawat dekat tempat haiwan. Macam farm in the city tempate kite. cume kawasan die lebih luas. Seronoklah mereka ke sana . Tapi ummi agak pelik sebab tempat haiwan ni dekat kawasan penyelidikan askar. 


Kebetulan tengah seronok2 Caroline , Dave dan bebudak tu naik trak sambil pusing kawasan haiwan ada zombie terlepas dari pusat penyelidikan dan masuk ke kawasan ladang haiwan yg dilawati tadika Felix.. Dekat sini mmg sangat genting sebab hampir semua pelawat kena gigit dan jadi zombie. Haiwan juga tidak ketinggalan di gigit zombie. Cume haiwan taklah jadi zombie. Haiwan mati.


Saat genting macam ni selojik nya kita sebagai cikgu mungkin akan panik. Tapi Caroline ni sebaliknya. Korang boleh tengok cerita ni sendiri ya sebab Ummi suka cara Caroline ni handle murid dia yang ramai tu.. Bukan sesuatu yang mudah handle budak-budak ya.Kena baca satu-satu dalam kepala diorang hahaha. Sebab dalam kejadian tu Dave caroline dan anak-anak rombongan tadika tu je selamat sebab Caroline ni pandai tackle situasi..


Bagi ummi cerita ni kelakar dan best. Tapi ada sikit unsur 18sx tapi tak obvious sgt.

Sumber gambar : Wikipedia

Sekian. Terima kasih kerana sudi singgah ๐Ÿ˜‰

Wednesday, October 28, 2020

Dekorasi Kabinet Dapur Impian ummi

 Salam semua,


Apa khabar sahabat. Harap-harap semua nya dalam keadaan sihat belaka.


Ummi baru habis blogwalking dekat blog-blog yang sempat ummi berjalan-jalan. Dalam seminggu ni mood ummi tak berapa nak baik.. Sebab sedang mengalami sakit gigi. hihhih... namun nanti ummi akan update tentang sakit gigi yang ummi alami. Tunggu dia okay dulu baru nak cerita.


Entri untuk kali ni ummi saja nak letak satu dekorasi ni. Ummi berkenan sangat. Memandangkan rumah selangorku masih dalam pembinaan. Ummi ada juga usha-usha dekorasi yang menjimatkan ruang. Ada satu dekorasi ni ummi suka sangat..Tapi ummi tak ingat screenshot dari mana. Kalau tuan punya gambar ni nampak mohon halal ya. Hehe . Ummi simpan sini untuk future reference. Kalau ada lagi yang berkenan ummi akan simpan sini juga.


Dekorasi nya ala-ala begini... ada kerusi dan meja begini. Dengan kabinet untuk simpan pinggan mangkuk..Sesuai untuk dapur yang kecill..

Sekian.

Terima kasih kerana sudi singgah ๐Ÿ˜‰

Monday, October 19, 2020

Tanaman Rumah Flat : Daun pudina , cara tanam, kegunaan dan khasiat.

Salam semua,

Menanam pokok di ruang sempit ni perlu betul-betul bajet ruang dan hanya terhad kepada pokok-pokok yang mudah di jaga di ruang tanah yang sempit/dalam pasu.

Untuk harini entri ummi adalah tentang pokok pudina. Pokok pudina ni pun jenis pokok kecil yang mudah di jaga.

Pokok pudina ni ummi tak pernah lagi guna untuk apa-apa masakan. Biasa buat air je kna. Ummi ambil pokok ni semasa pulang ke kampung beberapa bulan lepas. Pokok nya dah memanjang. 


Cara tanam:

Pokok pudina boleh di tanam semula dengan menggunakan keratan batang. Lepas tu ummi cucuk ke tanah dalam pasu yang sama. Supaya dia nampak satu rimbunan.hehe. 




Kegunaan daun pudina

Mint dikenali terutamanya untuk kegunaannya dalam perasa, seperti peppermint dan spearmint yang digunakan dalam gula-gula. Minyak pati dalam peppermint, mentol, adalah minyak aromatik yang kuat yang digunakan bukan sahaja untuk memberikan perasa kepada gula-gula tetapi juga digunakan dalam penyegar nafas, rokok, ubat sakit pernafasan, losen gatal-gatal dan cecair kumuran. Daun pudina juga merupakan ramuan biasa dalam teh herba yang tidak mempunyai kafein; peppermint dikatakan menghilangkan masalah pencernaan, mengurangkan kembung dan melegakan beberapa kesan kolitis ulseratif.

Terima kasih kerana membaca. ๐Ÿ˜‰

Saturday, October 17, 2020

Tanaman Rumah Flat : Ulam Sambung Nyawa, cara tanam dan khasiat

Salam semua,

Semalam kes covid meningkat kepada 800 lebih kes dengan kewujudan kluster baru. May Allah bless all of us. Hindari kita semua dengan penyakit merbahaya. Aamiin.

Harini rasa tergerak nak cerita tentang ulam sambung nyawa yang ummi dapat dari sepupu Ummi di klang beberapa bulan lepas. Ulam ni beberapa kali juga ummi petik pucuk dia buat makan dengan nasi. Ulam ni senang nak jaga. Tanam dalam pasu pun dia besar. Tak kisah jemur panas ke janji pagi-pagi siram tanah dengan air. Sembur-sembur daun dengan air. Masa bawa balik sini dia kecik lagi serta susunan pasu boleh tengok dalam entri Ummi ini : Tanam pokok di rumah flat: Pokok sambung nyawa, ulam raja, aloevera dan bayam brasil

Sekarang pokok nya da besar seperti di bawah. Merimbun senget ke tepi...sebab dia menghala ke matahari. Ummi bawak ke depan pintu rumah sebab nak kerat batang dia lepas tu tanam balik.



Cara tanam:

Ulam ni mudah nak tanam semula sebab boleh tanam melalui keratan batang. (Ini ummi refer dekat utube ya) harini baru nak try buat.. hehe.. harap-harap menjadi. Nanti boleh bagi kepada jiran keratan batang. 


Kerat batang dia. Lepas tu buang daun sikit.. Lepas tu cucuk je ke tanah.

Daun Ulam di basuh untuk di makan dengan nasi.



Rasa:

Daun ni rasa dia lemak manis. Ulam ni ada rasa tersendiri tapi rasa dia tidak ketara/pekat macam ulam lain. Daun ulam dia pun lembut. Kalau makan tu rasa macam makan nasi je. Anak Ummi pn Ummi bagi makan. 


Khasiat:

Sumber penerangan tentang khasiat ummi ambil dari facebook: Ulam dan herba

Mengurangkan kadar kolestrol dan dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Di Malaysia ia juga di gunakan untuk merawat sembelit, kencing manis dan kanser. Selain itu merawat masalah buah pinggang.

Ulam ini biasa di makan mentah dan batangnya boleh digunakan untuk meredakan demam .

Ia juga di gunakan dalam penyembuhan penyakit ginjal, disentri, infeksi kerongkong. Ia juga membantu menyeimbangkan datang haid dan menghentikan pendarahan, melancarkan fungsi ginjal dan gigitan binatang berbisa. Umbinya boleh menghilankan darah beku (haematon) pembengkakan serta patah tulang.

Cara guna:
Untuk ubat di minum, rebus 7-12 helai daun segar, sementara untuk kegunaan luar, giling daun segar hingga lumat dan tampalkan di tempat sakit.


Sekian terima kasih kerana sudi singgah. ๐Ÿ˜‰

Friday, October 16, 2020

NICE sharing from NEELOFA

Salam semua,

Apa khabar semua. Sempena PKPB di daerah Selangor KL, harap semuanya duduk di rumah jaga SOP ;). Selain berita covid yang melanda kita, kita juga di landa cerita Neelofa sudah berniqab. Mungkin ada sesetengah orang memandang benda ni adalah biasa. Namun bagi ummi, dalam diri Neelofa ni ada satu kekuatan dan hidayah yang Allah anugerah kan kepada beliau. Bukan sesutu yang mudah. Sebab ummi perasan Neelofa ni berubah secara beransur-ansur. Start dengan pakai tudung, lepas tu menjaga pakaian, pakai handsock dan pakai stokin. Ummi sendiri pun kadang-kadang sesak-sesak stokin tak jumpa trus kluar rumah tak pakai stokin .hehe.My bad. semoga Ummi boleh istiqamah.

Selain tu sebelum Neelofa ni berniqab dia berilmu dulu. Setahu Ummi dia ada bisnes join venture dengan orang yang baik-baik boleh kata alim bab agama sebab orang tu pernah jadi boss ummi 10 tahun lalu..Sekarang dah jadi Dato dan Datin dah. Dan Neelofa juga gemar join majlis-majlis agama. Ok taknak cerita lebih- lebih sebab Ummi takdalah tahu mendalam sangat. Sebab dah tak contact bos lama Ummi. Semoga kita mampu sampai ketahap menjaga pakaian dan makanan untuk menjaga akhlak iman dan taqwa terhadap Allah S.W.T..

Bawah ni sharing:

C&p : Eykenn aziz

NICE sharing from NEELOFA :

✅ Setiap hari bangun awal sikit sebelum Subuh untuk buat solat-solat sunat. Lepas Subuh dia akan stay lebih kurang 2 jam untuk mengaji, baca kitab dan dengar ceramah online
✅ Neelofa ada buat eksperimen dekat diri sendiri, kenapa selama ni dia buat solat tahajud sampai menangis-nangis tapi tak terkabul doa, rupanya ada dua sebab yakni pemakanan dan pakaian dia
✅ Pakaian dia kata agak susah nak follow guideline sebab terlibat dalam bidang industri fashion tapi slowly dia ubah, labuhkan tudung dan pakai stokin. Ramai orang lupa nak jaga aurat kaki, walhal Allah sedang murka. Sebab tu rezeki sempit, masih buat dosa setiap hari
✅ Makanan pulak, makan dekat tempat yang betul-betul diyakini halal bukan syubhah. Kadang restoran ada tulis pork free tapi belum tentu halal, so jangan makan dekat situ
✅ Sentiasa utamakan akhirat, slow-slow tinggalkan hiburan. Ada yang tanya dekat neelofa, dia tak takut ke one day peminat lari, dia tak femes lagi, dia kata dia tak menyesal sebab semua Allah yang control, kalau dia terpaksa tinggalkan industry dia sanggup sebab dia tahu kalau dia cari Allah, dunia akan ikut dia


Sekian terima kasih sahabat kerana sudi singgah.

Semoga bermanfaat.

Friday, October 9, 2020

Book: Chicken Soup for the Soul

Salam semua, 

Apa khabar sahabat? semoga semua nya sihat-sihat belaka dan jagan lupa mengamalkn SOP untuk kesejahteraan bersama.

Beberapa bulan lepas ummi ada ke shopping complex dan kebetulan ada satu bookstore yang buat clearance stok. Lalu ummi terjumpa buku yang ummi memang akan baca sampai abis tanpa skip iaitu Chicken Soup for the Soul. Dalam banyak-banyak buku motivasi ni lah yang ummi rasa yang ummi boleh baca sampai abis. Sebab dalam nye cerita-cerita pendek yang mencerita kan macam-macam pengalaman yang boleh buat kita berfikiran positif . Sebab cerita nya pendek-pendek jadi kurang lah bosan untuk membaca dari bab ke bab.

Sebelah kiri lama dah beli dan dah habis baca. Sebelah kanan baru beli dan tengah baca.

Ummi sebenarnya dalam proses mengurangkn masa menengok gadjet. Jadi eloklah ada buku nak di baca. Takdalah meleret depan gadjet..hehehe.


Sekian.. terima kasih sudi singgah ;).




Saturday, October 3, 2020

Multifunction Exercise Jogging Foldable Treadmill Running Gym Brand Jican

Salam kawan-kawan,

Apa khabar semua, sekarang ni kita dapat laporan melalui graft peningkatan kes covid. Walaupn PM suh bertenang dan jangan panik, namun,  ummi tetap panik dengan mengamalkn precaution yang sepatutnya. Seperti elakkan tempat yg crowded, pakai mask, sentiasa basuh tangan dan sebagainya. 

Malah kalau boleh nak beriadah pun dekat rumah..hahaha.. Tapi bukan sebab covid je nak elakkan beriadah dekat rumah tapi sebab malas pun ada nak ke taman berjogging. Lalu Ummi ada terfikir nak beli alat untuk bersukan di rumah. Asalnya nak beli threadmill elektrik yang paling murah berharga dalam rm600 di shoppee tapi ada plak komen mesin cepat panas lepas guna lama. Trus down. Lalu Ummi beli yang manual punya 3 in 1 exercise. hehehe. 

Walaupun mesin nya takdelah gah sangat mcm elektrik threadmill tapi seronok jugak berjalan atas benda tu. Worth dengan harga nya yang hanya RM255+RM30 (pos)..Lepas ummi beli ni, macam terfikir nasib baik beli yang manual, tidaklah berat nak angkat naik tingkat 3.. memandangkan rumah ummi tiada lif..orang hantar pun tidak sudi nak tolong bawak naik atas. hihi. Gambar dekat bawah.

Threadmill untuk jalan, lari ataupun briskly walk. Benda ni manual tak perlu elektrik

Ni dia punya rekod ape tak tahu..sebab tulisan cina. Manual pun bahasa cina. Kalau ada sahabat dalam ni yang faham tolong Ummi translate. ๐Ÿ™

Ni getah untuk senaman tangan

Sekali dengan alat ni dia bagi skali disc ni untuk pusing pinggang.

Dia ada bagi pengikat perut. Threadmill manual ni agak licin, jadi kena berhati2 ya.hehe..Ummi buat begini baru rasa tegap nak berlari atas ni. baru selesa. Sambil-sambil berlari tengok permandangan luar tingkap.

Lepas exercise boleh lipat dan simpan.

Bawah link shopee tempat ummi beli. Boleh tengok banyak lagi review orang lain.hihihh.
Eh harga pn cam dah murah jadi rm245 pulak. Masa ummi beli RM255.

Sampai sini sahaja. Sekian terima kasih kerana sudi membaca coretan ummi ๐Ÿ˜‰