Hi followers ;)

Tuesday, April 7, 2020

Ikan bakar dan air asam sempoi

Salam semua,

Musim pkp ni ramai yang kongsi resipi masakan. Tapi ada satu manisan sampai sekarang Ummi tak ada kesempatan nak buat iaitu kek batik. Puncanya husband cari serbuk koko di pasaraya tak jumpa. Takdan nak belek lama mencari katanya. Mana tak nya, masuk pasaraya kena beratur lepas tu dapat masuk dia bagi masa 20 minit je masa untuk sorang cari bahan nak beli kalau tak nanti troli berbunyi korang kena cangkuk dengan pak guard suruh cepat-cepat bayar dan keluar. Dah macam acara master chef plak berkejor cari barang . Time ni untuk para suami tak boleh dah nak terhegeh-hegeh baru nak kenal makhluk flora dan  fauna untuk  di masak. Kne study sesiap sebelum ke pasar raya. Sebab korang ada masa 20 minit je utk ambik barang dalam pasaraya dan bayar. Orang lain yang beratur pun nak beli barang jugak ek.

Eh banyak pulak Ummi membebel. 

Sekarang Ummi nak kongsi resipi yang sebenarnya favourite mak mertua Ummi. Boleh kate all time favourite lah .haha. So resipi ummi simple je.

Bahan ikan bakar:

1) ikan cencaru (paling sedap kalau xde ikan apa-apa pun takpe)
2) kunyit
3) garam cukup rasa
4) asam jawa
5) daun pisang

Air asam

1) cili padi hijau/merah
2) bawang (potong dadu)
3) tomato (potong dadu)
4) air asam jawa +air
5) belacan (bakar)
6) garam

Cara-cara:

Ikan bakar:
1)  Salai daun pisang supaya lembut, sementara ikan di gaul garam kunyit dan asam jawa.
2) Balut ikan dengan daun pisang
3) Masukkan ikan tadi ke dalam pemanggang ajaib dan di tutup. Pastikan api paling perlahan. Untuk elakkan hangit diluar terlalu awal.
4) Bila ikan da masak baru kuatkan api untuk pastikan ada kesan bakar di luar dan keluarkan bau daun pisang

Air asam
1) Gaul semua bahan sebati dan perasa dengan garam


Nak senang Ummi kelipkan sekali video masak-masak Ummi. Walaupun tak cantik macam video masakan yatie kitchen, che nom dan sebagainya. Tapi bolehlah nak edit masa-masa terluang di hari tua. heheh.



Terima kasih kerana membaca ;)


28 comments:

  1. La baru tahu kena cangkuk rupanya kalau dah cukup masa. Memang ada buat air asam. Senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg benornye idaklah cangkuk na. haha.. bg renungan tajam je..hahah

      Delete
  2. Ikan bakar & air asam..mmg sedap, bakar pula dlm daun pisang..mau bertambah2 nasi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bau daun pisang tu yg lagi tambah selera tu..hehe

      Delete
  3. Replies
    1. betul kami makan tengah2 panas.. ade kick.hehe

      Delete
  4. Nampak sedapnyaaaa...

    Done follow back

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sedap.. thank you ninja bloggng selamt berkenalan

      Delete
  5. Ada jugak ummi stok daun pisang. Mmg sedap la buat bakar2.

    Kemain strict ya guard situ..siap soh keluar bila cukup masa. Tp betul la gitu kan...org lain nak shopping jugak. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ummi rumah tinggi.tp jiran bawah tanam pokok pisang .sb ade tanah lapasng sebelah rumah die..slalu mintak die je daun pisang. hehe... die suh ambik je..lebat pisang ny

      Delete
  6. alahai terliur...tapi nk buat ikan bakar ni kalau payah nk dapat ikan fresh ni kurang umpph kan...adehhh cerewet sungguh lidah org yg dah setengah abad ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. kan fuzy.. kite bila da memasak mmg nk fresh je..baru rasa sernk nk masak.

      Delete
  7. sedap tu ummi. . masa PKP ni masak seadanya. janji boleh makan n mengenyangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq abam kie.. ye betul masak apa ada..kalau boleh lagi ringkas lagi sng.n lagi healthy.

      Delete
  8. Senang kalau ada pokok pisang kat rumah, ambik je takyah fikir. Saya selama ni guna aluminium foil je la ganti daun pisang..tapi tak best macam daun pisang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. tula zarini.. daun pisang ni ada aura.. ummi duk umah tinggi. daun pisang mintak dekat jiran bawah..hehe.. die ade tanam dekat tanah lapang sebelah

      Delete
  9. sedap makan ikan bakar cicah dengan air asam, mau bertambah nasi..hehe

    ReplyDelete
  10. Waduh sedap Ni. Mama mmg suka sgt mkan ikan caru bakar. Tapi mama suka mkn dgn Sambal kicap hihii

    ReplyDelete
  11. boleh lah jadi cep kat ati somi ni. masak nampak sedap naaa..

    ReplyDelete
  12. Sedap betul ikan bakar cicah air asam. Makan panas-panas bertambah nasi dibuatnya.

    ReplyDelete
  13. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete