Hi followers ;)

Friday, August 28, 2020

Drama K : Familiar Wife

 Salam semua,

sumber: wikipedia

Siapa kat sini follow drama ni dekat tv3 pukul 10 malam? Bagi Ummi cerita ni banyak bagi pengajaran tentang kisah rumah tangga. hehe.. pendapat ummi la...


Untuk yang tak pernah tengok, ummi cerita sikit. Cerita dia lebih kurang cm ni ada sebuah keluarga. terdiri dari suami Cha Jo Hyuk, Isteri Seo Woo Jin dan mereka memiliki dua orang anak. Isteri Jo Hyuk pada asal perkenalan adalah seorang perempuan yang sangat manja, romantik dan baik. Tapi bila dah lama mendirikan rumah tangga, Woo Jin tukar jadi perempuan yang suka marah-marah dan bengis. Jo Hyuk ni selalu la mengadu pada abang ipar dan kawan die, yg dia kadang2 fikir nak cerai. Tapi yang bagus ny abang ipar dan kawan dia nasihat kan. Orang perempuan lama-lama kawin mmg akan jadi macam tu sebab semua benda dia uruskan tambah da ada anak. Melalui cerita ni korang boleh tgk Jo Hyuk ni macam xbrape nak matang dalam uruskn rumah tangga. Macam realiti hidup kita ni pun ade lelaki begitu,.huhuhuhu


Sampai satu masa dia terjumpa sorang perempuan yg kebetulan minat kat dia masa zaman universiti. Perempuan tu pulak kaya dan cantik. 


Jadi bermulalah angan-angan dia, kalau masa boleh berpatah balik, dia nak perempuan yg minat kat die tu jadi isteri dia. Tibe jadi benda tak di duga, terjadi pembalikan masa, dia kembali ke zaman universiti dan berkawin dengan perempuan yg minat die tu. Tapi.... keindahan itu bukan seperti dibayangkan. Dia mula rasa rindu dengan bekas isteri dia dan menyesal balik ke zaman lampau dan pilih perempuan yang minat dia tu. Sebab...perjalanan hidup dia jadi lebih dahsyat.. Nak tau ending boleh tgk drama dia.


Kesimpulan nya. Walaupn kehidupan ni kadang-kadang kita tak suka, tapi percayalah Allah lebih tahu ap yang terbaik. Kita hanya mampu merancang. Kalau boleh berlaku putaran masa, dan kita boleh buat pilihan sendiri tanpa Allah, pasti hidup kita akan lebih dahsyat. apa-apa pn bersyukur dan sentiasa doakan rahmat Allah sentiasa dengan kita. Stay positif to get a better life sebab setiap perjalanan hidup pasti ada duri nya.. Doa itu senjata mukmin.

Ok habis kat sini.


Tuesday, August 25, 2020

Merdeka Giveaway By Eknsofi

 Segmen kedua harini Ummi join by Eknsofi.


Harap tak terlambat lah..hehe..


Untuk yang nak join boleh klik pada banner.


Ummi tag 3 kawan: 

1) Jari boloq

2) Anak denesor

3)  Ana jingga


Preloved Giveway by Raydah

 Salam semua ,


Ummi join GA dari Raydah. Klik banner untuk join



Apa yang saya suka tentang blog Raydah ni sebab blog Raydah kemas dan cantik. dan juga berinformasi ;)


Friday, August 21, 2020

Tanam pokok di rumah flat: Pokok sambung nyawa, ulam raja, aloevera dan bayam brasil

 Selamat hari minggu kepada semua kawan-kawan,


Hari Khamis baru ni kite sambut tahun baru Islam.. Semoga perjalanan kita dalam dunia ni menjadi orang yang bermanfaat.


Hari Khamis yang mulia itu, Ummi ke rumah sepupu Ummi untuk ambil anak pokok. Memandangkn beliau nak berpindah rumah, jadi pokok-pokok dia xnak bawa bersama. Sepupu Ummi ni jenis suka menanam. Ummi ingat sikit je, tapi banyak pokok2 di semai dan di jaga dalam pasu. So dia offer untuk ambil pokok dan dapatlah empat jenis.


 
Pokok ni lama dah ummi teringin. Baru ni dapat. Dulu pernah beli benih tapi tersalah beli benih basil. Nama nak sama. Haha.

 
Untuk awet muda. Sedap ni makan dengan sambel. Ada ulam ni senang xpayah nak menumis sayur. Basuh-basuh da boleh makan

Pokok Aloevera:
Husband suh ambik. Sebelah tu pokok basil yang tersalah beli. Tapi kalau buat spagetti mmg sedap guna daun dia. campak kedalam spageti nanti makan rasa berangin..hehe
 

Pokok Ulam Raja:
Memang nampak cantik macam raja. 
 
Da berkumpul dengan kawan-kawan. Subuh lagi ummi da siram sb malam td panas sangat. Kesian pokok-pokok takut tak cukup air..Baik-baik kongsi-kongsi ruang ye. 
Misi seterusnya nak cari anak pokok daun kari.hehe

Sekian perkongsian tanaman rumah flat Ummi


Tuesday, August 18, 2020

Cenderahati dari kak Ujie

Salam semua,


Baru-baru ni Ummi dapat cenderahati persahabatan dari kak Ujie sempena 9 tahun usia blog kak Ujie

Titian Perjalanan. Ummi top 3 suka melawat blog Kak Ujie. Tak sangaka sebenarny sebab sejak demenjak ni busy sgt sampai xsempat nak tinggal kan komen.. cume blogwalking je..Hehe. Nak tahu kak Ujie bagi apa?


Sebelum tu Ummi nak share cerita. Kak Ujie adalah antara blogger yang terawal yang jadi rakan blogger masa Ummi awal-awal menulis semula pada tahun lepas. Kak Ujie antara rakan blogger yang buat Ummi rasa seronok nak menulis sebab kak Ujie rajin jugak komen blog Ummi. Ummi pn suka baca blog kak Ujie. Sebab dalam blog kak Ujie banyak cerita tentang tempat2 yang cantik beliau pergi. Terutama tempat yang ada permandangan hijau. Dari tak tahu ade tempat2 macam tu trus jadi tau. Sampai pernah jugak bile kak Ujie lame tak update blog tertanya-tanya kemana lah Kak Ujie ni. hahahah..

Semoga persahabatan kita berpanjangan dan kalau ada kesempatan nak jumpa kak Ujie. 


Terima kasih kak Ujie bagi hadiah sejadah. Ummi akan manfaatkan. Ummi suke sangat. hehe. 


 

Dapat semalam trus snap pic. Hehe. 

Dapat semalam trus snap pic sebab tak sabar nak bagitau kak Ujie sebab dapat dah parcel.

 

Hehe. Sekian dari Ummi.

Saturday, August 15, 2020

ATIE ZIEYA'S GIVEAWAY

 Salam semua,


Jom join GA Atie Zieya.

Sape rasa banner beliau buat ni cantik.. hehe.. bagi ummi cantik sangat..

Jom click banner di bawah untuk join okay.. 


Kepada Atie, selamat berkenalan ;)



Saturday, August 8, 2020

#Segmen: Giveaway dan Mencari Bloglist bynadiajamhari

 Segmen kedua Ummi join untuk harini adalah dari Nadia. Jom support blog nadia.


Klik banner untuk yang nak join ;)



Giveaway by ejulz & shirven

 Salam semua,

Jom join GA Ejulz.. Moga murah rezeki Ejulz dan Shirven meraikan kawan-kawan blog kita dengan menganjurkan GA seperti ni..

klik banner di bawah untuk yang nak join ya! ;)