Hi followers ;)

Friday, November 29, 2019

Pengalaman beli rumah Selangorku 3 : Pilih Unit, S&P dan Pinjaman Selesai

Salam kawan2 blogger Ummi. 

Entri ni untuk sambungan sebelum ni Ummi cerita ttg: 
Permohonan rumah selangorku ---->pengalaman beli rumah selangorku 1 
Penghantaran dokumen ---> Pengalaman beli rumah Selangorku 2
Harap entri ni muat sampai habis.. hehe..

Lepas selesai hantar dokumen ..

4/7/19 - Pemilihan unit, dan Sains S & P dan LO

Di panggil untuk sains (bukan kelas sains ye =p) pemilihan unit dengan developer. Masa ni husband Ummi je pergi. Sebab asalnya developer inform untuk pemilihan unit dan bayar duit booking je. Rupanya kne tandatangan S&P sekali. Ummi dan husband baru pertama kali beli rumah..Jadi tak tahulah pucuk pangkal tentang S&P ni. S&P ni untuk letak nama pemilikan rumah gunanya untuk pinjaman bank dan stamp duty Jabatan hasil. Mula lah episod sedih sebab Ummi ingt nak ada nama dalam S&P. Tapi xpelah biarlah nama husband sorang. So pinjam duit bank nanti bior name die sorang je. pewarisnya Ummi lah. =p. 

Lepas perjumpaan kali ni, devepor bagi masa 14 hari je untuk dapatkan pinjaman bank. Tapi bank dekat showroom tu interest ny tinggi. Rata2 dekat 5%. Ada husband da isi borang. Kawan Ummi nasihatkan pergi bank sendiri dan buat permohonan. Balik rumah kitorang bincang. Maklumlah Ummi bab duit ni berkira sikit. Sb interest tu effect bayaran bulanan..  

Ummi tanya kawan2 Ummi, rata-rata 4.5% je dengan Maybank. Ummi dan husband bukan kakitangan kerajaan. Kalau kerajaan syok jugak sb 4% jer interest ny. So Ummi suruh husband mohon pinjaman Maybank dan dua bank lain incase kalau tak dapat Maybank. We search for the cheapest.

Menunggu jawapan permohonan pinjaman mmg menyiksakan. huhuh. 2 bank lain yang kami mohon dah lulus 3,4 hari lepas mohon. Cepatkan. Maybank pulak lame noe nak dapat jawapan.hampir hari2 call pegawai bank tu untuk tanya update. psiko kan.haha. Tapi kalau tak call lambat lah nak dapat jawapan. hehe. Sebenarnya kami hampir nak terima tawaran salah satu bank yang dapat awal tu. Tapi kami sabar dlu. Sb masa ada lagi. Akhirnya  selepas menanti dekat 2 minggu, dapat jawapan husband Ummi dapat pinjaman 100% dengan interest 4.5%. Alhamdulillah. Terima kasih jugak dekat pegawai bank tu, namanya Aizad, die sungguh2 mohon utuk dapatkan 100% pinjaman untuk husband Ummi.Di bawah skim rumah pertamaku (SRP).

Banyak juga Ummi belajar dari pinjaman bank ni. Katanya rate interest bank ni depend pada gaji kita. Masa mohon, ada satu bank tu Ummi dan husband test letak dua2 nama untuk pinjaman. Since gabungan gaji mestilah banyakkan, so interest jadi tinggi. If mohon satu name interest tak tinggi pulak. Sampai sekarang Ummi tertanya2 kenapa rulenye begitu.

29/11/19 update sekarang husband Ummi da dapat surat perjanjian pinjaman bank, peguam da bagi S&P, dan dapat mesej 10% akan di bayar kepada developer. So penolakan duit akan start tak lama lagi. Rumah pertama kami akan siap pada 2022. Maklumlah masa mohon rumahnya takde orang mohon lagi. Jadi sekarang kita tunggu jela. Harap semua berjalan lancar.

Bayaran yang perlu bayar sepanjang permohonan ni:

Booking fee :RM 500
Lawyer Fee: RM3k +-
Stamp Duty LHDN : free since husband Ummi takde rumah. Cuma ada tanah kebun je. hehe

Lepas dapat S&P dari lawyer,

Tu je.. Kot kalau ade tersalah information, Ummi mintak maaf ye. Sebab ni pn ingat tak ingat jugak tulis ni.



Happy 5th anniversary


Alhamdulillah. 29 Nov 2019  dah masuk tahun ke 5 perkahwinan bersama suami.. Semoga jalinan ikatan ini berpanjangan sehingga ke Jannah.. di kurniaan seorang anak. Betullah kata org 5 tahun pertama adalah tahun yang paling struggle paling banyak benda kena belajar mengenali pasangan + kewangan pn tak berapa nak stabil..

Lepas 5 tahun hidup makin stabil dan kurang nak gaduh ngn pasangan sebab makin mengenali sikap dia.. 

Tahun sebelum ni kitorang slalu surprise masing2.. tp sejak asik dpt barang da ade tpi bli jugak so surprise jadi hambar..hahaha .,akhirnya kitorg decide everytime nk beli hadiah request dlu..so tahun ni ummi request.
Emas
26 hb Oktober 2019, ummi dan suami balik kampung (Terengganu) sebab ayah mertua ummi meninggal dunia. Jadi selepas selesai semua urusan, on the way balik selangor, husband ajak pergi pasar payang alasannya dia kata nak beli keropok dan nak tengok pasar payang baru. Ummi yang bagi informasi pasar payang baru da siap dekat suami, sebab tgk pos blog kak ujie - pasar payang 2. Suami pn excited la nak menengok apa jadi dengan negeri die haha. Ingat saje2 ajak, tak jangka ada surprise sebab memang biasanya tiap kali balik Terengganu ummi dan husband akan singgah pasar payang nak beli keropok kering. 

Tengah menegok keropok cek duit masing ada RM50 je,sedih kejap pasar payang xde atm. masing2 tak keluarkan duit. Kne hadkan pembelian. Lepas tu dia ajak ke bahagian depan sekali iaitu kedai emas. Mula2 jalan2, lepas tu die stop satu kedai, dia cakap pilih la nak mana untuk hadiah anniversary. Melompat Ummi di buatnya (hiperbola bila terkejut). huhu. Hadiah da tau tapi cara kejutan tu yang penting. 

Di pasar payang ni mmg orang gembar gemburkan emasnya murah. Masa Ummi beli, RM190/g. Ada upah design. Dekat selangor rata2 emas RM220+-/g.
Kedai emas Sofea


Tahun lepas hadiah anniversary Ummi dan husband di link ini ---> Happy 4th anniversary Tapi rasa tahun lepas lagi best. sebab ummi sempat buat kad comel. hihi



Untuk tahun ni Suami pulak, dia nak kasut kerja. So Ummi bank in duit je kat die sebab orang lelaki ni kalau da cerwet kalah perempuan.. better die beli sendiri. Semalam celebrate, beli kek dan buat nasi goreng je.

Sekian


Thursday, November 21, 2019

Pengalaman beli rumah Selangorku 2 : Hantar dokumen

Assalamualaikum..

Ummi nak sambung dari pengalaman beli rumah selangorku 1 . Proses rumah selangorku lame dan remeh. Kena sabar.

1)   Developer call (ummi tak ingat rasa macam makan bulan jugak nak tunggu call tu huhuh)

Lepas dapat tawaran, developer call.. Tapi kitorang tak sabar telefon direct dengan developer. Masa call tu developer inform, LPHS masih tak bagi senarai nama pada diorang so memang kena tunggu developer call even dalam online dah tulis di tawarkan. Bila dapat call developer emailkan detail surat untuk datang. Masa ni kena isi loan plus. Mungkin untuk rekod loan yang boleh lepas. Isi dan bawa printout.

2)  11 Mei 2019 : Tarikh ni ditetapkan untuk hantar dokumen-dokumen yang diperlukan dan ada pihak bank sekali (untuk cek DSR pemohon)

Masa ni kitorang datang awal. sepatut nya start pukul 10pg-5ptg. kitorang 9.30 da terpacak beratur, 1st come 1st serve. Belakang kitorang mmg ramai da beratur. Husband Ummi orang no 8. Masa hari kejadian unit yang datang adalah B dan C1. Beratus jugaklah beraturnya. 

Dokumen yang dibawa macam kat dalam surat yang developer email sebelum ni.




*CCRIS tu Ummi ambik dekat Bank Negara sebab LPHS ni cerewet sikit, adik Ummi pernah nak beli rumah dekat Selangor, LPHS tak nak printout dari agensi CCRIS lain.

Bila sampai nombor giliran husband, kene cek kehadiran lepas tu untuk yang xbuat loanplus check lagi, kena ke kaunter loanplus cek, husband Ummi da buat loan plus check so trus ke kaunter bank untuk jumpe orang bank dan isi borang DSR. Orang bank tulah yang akan tandatangan borang DSR tu. Kira borang DSR tu kena kepilkan sekali dokumen2 yang di bawa.

Settle dengan bank, baru husband hantar semua 6 borang +DSR dekat pekerja developer. Tapi malangnya Ummi punye KWSP xlengkap. Kalau pernah buat pengeluaran since Ummi pernah keluarkan untuk bayar PTPTN, jadi kne print out summary pengeluaran, dapat lampiran bawah ni dari developer. Lampiran ni berkenaan dengan cara nak print out summary yang diperlukan



Di sebabkan husband Ummi ni gigih, lepas habis hantar borang mana yang ada, balik rumah Ummi terus print out dan husband Ummi hantar terus Summary pengeluaran KWSP dekat developer sebelum 5 petang. Jadi selesai satu hari. Developer tu inform lepas settle semua dokumen baru LPHS akan keluarkan surat tawaran rasmi.

Oklah Ummi tak larat nak taip dah. nanti Ummi sambung lagi..

Bye..



Saturday, November 16, 2019

Pengalaman beli rumah Selangorku 1

Kali ini Ummi nak ceritakan tentang pengalaman beli rumah bawah negeri selangor. Alhamdulillah sebenarnya lama da Ummi mohon rasa nya dari tahun 2015 masa Faiz blum keluar oven, tapi tak dapat dekat bertahun duduk dalam ruang ‘Menunggu’ sampai berjanggut. Ok gurau je.hehe. Tapi memang benor lame tunggu. 

Dekat sesawang LPHS segala bahagian Ummi baca, dari aspek syarat permohonan sampailah soalan lazim orang tanya, sebab nak tahu ape kurang nya Ummi dari orang lain, gitcheww.

Rupanya, Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) tapis mengikut merit permohonan. Sb Ummi ada baca pasal merit2 ni. Tapi tidak lah tahu cemane meritnya. Ummi agak2 jelah. 


Lepas dekat setahun, tak ada progress geram la juge kan. Ummi  dan husband edit permohonan. Masa tu seingat Ummi, LPHS upgrade sistem lebih detail ada die letak bilangan yang tengah menunggu, bilangan yang layak. So kita boleh tahu potensi nak dapat rumah tu macam mana, berpadanan tak dengan bilangan rumah yang developer sediakan untuk satu-satu projek. Macam sekarang ni Ummi bukak da takde details da gais. Ummi screenshot kat bawah ni. Guaner.
LPHS link
So Ummi tekad isi rumah yang di tulis ‘akan datang’, maknanya LPHS masih belum tapis nama untuk diberikan kepada developer. Masa tu senarai menuggu pn sikit lagi. Kebetulan husband Ummi kerja area Kota Kemuning ada rumah selangorku tengah iklan iaitu Kemuning Idaman.  Mungkin lagi menguatkan Merit untuk Ummi  di tawarkan rumah ni.  Selain tu CCRIS husband dan Ummi pn bersih. Tapi husband ada juga dapat ‘1’ tapi mungkin tak melampaui batas Alhamdulillah dapat. Rumah ni ada 3 Jenis. Ummi ambil jenis yang tengah2.  Jadi Ummi decide untuk mohon rumah area tu. Banyak faktor yang buat Ummi pilih kawasan sana antara nya:



1) Kawasan orang Melayu 
(Ummi bukan racist, tapi hakikatnya kawasan orang Melayu lebih bersih ,terjaga, aman damai, Aamiin)
2) Makanan murah
 (dekat sana beli ayam rm 5 -6.50 /kg, kalau dekat Shah Alam rm 7.50-9.00/kg, PJ apakan lagi. Nampak kan jurang harga bahan mentah. Kedai makan pn murah lagi area Kota Kemuning)
3) Dekat dengan tempat kerja husband 
( Ummi decide rumah milikan untuk kami tinggal mesti dekat dengan salah sorang punya tempat kerja. So kalau ada emergency, mudah salah sorang balik. Tempat kerja Ummi PJ, takda rumah selangorku yang berdekatan, makanan pn kne mengucap lah mahal ny.)

Lepas isi borang online semua, tunggu dalam 3-4 bulan di tawarkan rumah:




Saturday, November 9, 2019

Soft chip chocolate cookies


soft chip chocolate cookies
Dalam banyak-banyak chip cookies yang ni paling Ummi suka. Rasa cookies ni rangup di luar, dan lembut di dalam. Resipi ringkas. Sebelum hilang Ummi letak kat sini.

Bahan:
1) 1 cawan gula perang (Ummi kurangkn 1/2 -3/4 cawan kalau taknak terlalu manis)
2) 1 cawan gula kastor
3) 1 cawan mentega
4) 3 cawan tepung gandum
5) 1 sudu besar tepung jagung (optional)
6) garam sikit
7) 2 biji telur
8) 1 cawan chip coklat
9) kacang badam
10) esen vanilla
11) 2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara:
1) Panaskan oven 170 darjah celcius
2) Gaul mentega + gula perang + gula kastor sebati
3) Masukkan telur + esen vanilla  dalam adunan. Gaul
4) Tepung gandum + tepung jagung + soda bikarbonat + garam. Gaul
5) Masukkan chip colat dan badam. Gaul
6) Bentukkan adunan bulat2. Saiz scop 1 sudu besar dalam tray pembakar
7) Bakar dengan suhu 170 darjah celcius 15-20 minit

Tuesday, November 5, 2019

Pengalaman Sakit Gigi

Sad Teeth
Happy Teeth

Mula-mula cerita, masa Ummi pergi bercuti di Melaka, makan benda keras-keras sekali perasan macam tegigit gigi pecah.Sungguh gigi pecah. Start dari haritu tiap kali makan rasa sakit sahlah makanan masuk dalam gigi pecah tu.. 
Sakit tu jangan nak kata memang berdenyut. Dekat dua minggu tahan sebab tak sempat nak ke klinik dengan anak demam lagi masa tu. Kata orang sakit gigi ni kalau orang cari pasal tu memang tak tahulah nasibny..heheh

Bila anak da sihat, ummi ke klinik pergigian seksyen 7. Doktor pun cek.. 
Cakap dekat doktor kalau boleh cabut jela sebab tak tahan, kadang tidur pn berdenyut. Doktor kata boleh selamatkan lagi. Di sebab kan sakit gigi tu doktor buat tampal sementara dan akan review lepas 2 minggu. Dalam masa 2 minggu kalau masih sakit, doktor suggest buat rawatan akar. Kalau tak sakit baru dia buat tampalan kekal.
Memang takuit la nak buat rawatan akar. Tengok video pn seram, sebab die akan korek dan matikan akar gigi.

Alhamdulillah lepas 2 minggu tak rasa sakit. So datang balik klinik doktor buat tampalan kekal. Lepas buat tampalan kekal akan rasa lebih tak selese dan sakit kalau kita gigit makanan guna gigi bertampal tu. Tapi .. meh Ummi kongsi 3 tips untuk yang nak pergi buat tampalan gigi kekal/sementara.

1) Lepas tampal biasa doktor akan tanya tinggi ke tak. Tinggi tu maksudnya bila gigi katup rasa menekan tak dekat gusi atau dengan kata lain selese ke tidak.. So masa ni kena jujur cakap. Kalau salah design, nanti akan sakit bila gigit makanan. Itulah kebesaran Allah, gigi kita ni sebenarnya da di design atas bawah sudah disesuaikan dengan keadaan

2) Doktor xbagi kumur lepas tampal. Sebab takut tampalan masih lembut

3) Doktor tak bagi terus makan lepas tampal gigi, lepas sejam baru boleh makan, itupun di nasihatkan tak guna gigi yang kena tampal. Macam Ummi masa tampalan sementara die tak sakit sangat kalau guna untuk gigit. Bila tampalan kekal gigi sakit pulak since tampalan tu dalam, dan rasa sakit tu bila menggigit. Sakit dengan pakej berdenyut. So bila nak mengigit makanan Ummi tak guna gigi tampal selama 2 minggu. Sebab sakit. Ummi masa tu da ingat nk pergi klinik semula kalau sakit tu berpanjangan. Tapi lepas dua minggu tak guna gigi tampal, baru selesa nak menggigit. So tak jadi jumpe doktor gigi balik.. Selamat..

Kepada yang tengah sakit gigi tu pergi lah jumpa doktor gigi.. Biasa doktor tak kan cabut gigi selagi masih boleh di selamatkan.

 Kalau tampalan lubang yang dalam memang normal sakit kalau guna gigi tampal tu.. bagi masa 2 minggu. kalau still tak ok jumpa doktor untuk redesign balik gigi. 
'Happy teeth happy family'