Sad Teeth |
Happy Teeth |
Mula-mula cerita, masa Ummi pergi bercuti di Melaka, makan benda keras-keras sekali perasan macam tegigit gigi pecah.Sungguh gigi pecah. Start dari haritu tiap kali makan rasa sakit sahlah makanan masuk dalam gigi pecah tu..
Sakit tu jangan nak kata memang berdenyut. Dekat dua minggu tahan sebab tak sempat nak ke klinik dengan anak demam lagi masa tu. Kata orang sakit gigi ni kalau orang cari pasal tu memang tak tahulah nasibny..heheh
Bila anak da sihat, ummi ke klinik pergigian seksyen 7. Doktor pun cek..
Cakap dekat doktor kalau boleh cabut jela sebab tak tahan, kadang tidur pn berdenyut. Doktor kata boleh selamatkan lagi. Di sebab kan sakit gigi tu doktor buat tampal sementara dan akan review lepas 2 minggu. Dalam masa 2 minggu kalau masih sakit, doktor suggest buat rawatan akar. Kalau tak sakit baru dia buat tampalan kekal.
Memang takuit la nak buat rawatan akar. Tengok video pn seram, sebab die akan korek dan matikan akar gigi.
Alhamdulillah lepas 2 minggu tak rasa sakit. So datang balik klinik doktor buat tampalan kekal. Lepas buat tampalan kekal akan rasa lebih tak selese dan sakit kalau kita gigit makanan guna gigi bertampal tu. Tapi .. meh Ummi kongsi 3 tips untuk yang nak pergi buat tampalan gigi kekal/sementara.
1) Lepas tampal biasa doktor akan tanya tinggi ke tak. Tinggi tu maksudnya bila gigi katup rasa menekan tak dekat gusi atau dengan kata lain selese ke tidak.. So masa ni kena jujur cakap. Kalau salah design, nanti akan sakit bila gigit makanan. Itulah kebesaran Allah, gigi kita ni sebenarnya da di design atas bawah sudah disesuaikan dengan keadaan
2) Doktor xbagi kumur lepas tampal. Sebab takut tampalan masih lembut
3) Doktor tak bagi terus makan lepas tampal gigi, lepas sejam baru boleh makan, itupun di nasihatkan tak guna gigi yang kena tampal. Macam Ummi masa tampalan sementara die tak sakit sangat kalau guna untuk gigit. Bila tampalan kekal gigi sakit pulak since tampalan tu dalam, dan rasa sakit tu bila menggigit. Sakit dengan pakej berdenyut. So bila nak mengigit makanan Ummi tak guna gigi tampal selama 2 minggu. Sebab sakit. Ummi masa tu da ingat nk pergi klinik semula kalau sakit tu berpanjangan. Tapi lepas dua minggu tak guna gigi tampal, baru selesa nak menggigit. So tak jadi jumpe doktor gigi balik.. Selamat..
Kepada yang tengah sakit gigi tu pergi lah jumpa doktor gigi.. Biasa doktor tak kan cabut gigi selagi masih boleh di selamatkan.
Kalau tampalan lubang yang dalam memang normal sakit kalau guna gigi tampal tu.. bagi masa 2 minggu. kalau still tak ok jumpa doktor untuk redesign balik gigi.
'Happy teeth happy family'
Kalau tampalan lubang yang dalam memang normal sakit kalau guna gigi tampal tu.. bagi masa 2 minggu. kalau still tak ok jumpa doktor untuk redesign balik gigi.
'Happy teeth happy family'
memang seksa sakit gigi. sebab tu lah pentingnya ibu mengandung cukupkan pengambilan kalsium kan
ReplyDeleteAwal tahun hari tu gigi saya berlubang sampai bengkak , nak tidur pun tak boleh . Sakit sangat . 2 kali pergi klinik still tak boleh cabut sebab gusi bengkak . Kalau dia bius pun nanti lepas cabut akan lagi sakit . So doc just bagi ubat tahan sakit dan antibiotik je , tak jalan pun . Still sakit .
ReplyDeleteCara saya , saya google then try cara yang letak bawang putih dekat tempat yang belubang tu . Alhamdulillah , mujarab dan boleh tidur lena . Hilang rasa sakit berdenyut tu .
Umi -.selalu kalau pregnent mmg cepat je gigi berlubang kna
ReplyDeleteSuhana - ohyee..terima kasih untuk tips.. tak thn sangat kn kalau sakit.. kalau ade tips sementara utnuk jpe doktor oklah kan,,hehe
sakit gigi memang ujian yang berat juga..
ReplyDeleterasa sakitnya dekat sangat dengan otak
Aduhh..kalau sakit gigi ni memang sakit tak boleh bawa bincang dah. Nak tak nak memang kena jumpa doktor. Semoga kurang rasa sakit tu dan cepat sembuh ya. aaminn
ReplyDeletemr hanafi- betul gigi dekat ngn otak... so sakit gigi boleh sakit otak jugal.tu yg jadi nak marah2 tu..hehehe.
ReplyDeleteazhafizah- betul doktor gigi je boleh selesaikan fizah..aamiin.. terima kasih doakan ummi..
Sakit gigi satu keje pun xboleh buat. Huhu
ReplyDeletebetul sgt sakit gigi macam sakit satubadan.. hihihi
Deletekalau gigi tampal sementara ni kann...gosok gigi macam biasa boleh ke? takut pula
ReplyDeleteummmi gosok.. tp slow2 .. takot kang tercabut lak die tampal..hehe. makan pn xmakan gune belah gigi yg kne tampal.. sb lubang besar..
Delete