Hi followers ;)

Thursday, November 21, 2019

Pengalaman beli rumah Selangorku 2 : Hantar dokumen

Assalamualaikum..

Ummi nak sambung dari pengalaman beli rumah selangorku 1 . Proses rumah selangorku lame dan remeh. Kena sabar.

1)   Developer call (ummi tak ingat rasa macam makan bulan jugak nak tunggu call tu huhuh)

Lepas dapat tawaran, developer call.. Tapi kitorang tak sabar telefon direct dengan developer. Masa call tu developer inform, LPHS masih tak bagi senarai nama pada diorang so memang kena tunggu developer call even dalam online dah tulis di tawarkan. Bila dapat call developer emailkan detail surat untuk datang. Masa ni kena isi loan plus. Mungkin untuk rekod loan yang boleh lepas. Isi dan bawa printout.

2)  11 Mei 2019 : Tarikh ni ditetapkan untuk hantar dokumen-dokumen yang diperlukan dan ada pihak bank sekali (untuk cek DSR pemohon)

Masa ni kitorang datang awal. sepatut nya start pukul 10pg-5ptg. kitorang 9.30 da terpacak beratur, 1st come 1st serve. Belakang kitorang mmg ramai da beratur. Husband Ummi orang no 8. Masa hari kejadian unit yang datang adalah B dan C1. Beratus jugaklah beraturnya. 

Dokumen yang dibawa macam kat dalam surat yang developer email sebelum ni.




*CCRIS tu Ummi ambik dekat Bank Negara sebab LPHS ni cerewet sikit, adik Ummi pernah nak beli rumah dekat Selangor, LPHS tak nak printout dari agensi CCRIS lain.

Bila sampai nombor giliran husband, kene cek kehadiran lepas tu untuk yang xbuat loanplus check lagi, kena ke kaunter loanplus cek, husband Ummi da buat loan plus check so trus ke kaunter bank untuk jumpe orang bank dan isi borang DSR. Orang bank tulah yang akan tandatangan borang DSR tu. Kira borang DSR tu kena kepilkan sekali dokumen2 yang di bawa.

Settle dengan bank, baru husband hantar semua 6 borang +DSR dekat pekerja developer. Tapi malangnya Ummi punye KWSP xlengkap. Kalau pernah buat pengeluaran since Ummi pernah keluarkan untuk bayar PTPTN, jadi kne print out summary pengeluaran, dapat lampiran bawah ni dari developer. Lampiran ni berkenaan dengan cara nak print out summary yang diperlukan



Di sebabkan husband Ummi ni gigih, lepas habis hantar borang mana yang ada, balik rumah Ummi terus print out dan husband Ummi hantar terus Summary pengeluaran KWSP dekat developer sebelum 5 petang. Jadi selesai satu hari. Developer tu inform lepas settle semua dokumen baru LPHS akan keluarkan surat tawaran rasmi.

Oklah Ummi tak larat nak taip dah. nanti Ummi sambung lagi..

Bye..



21 comments:

  1. syok baca perkongsian akak ni, lengkap betul step nya... lama jugak menunggu ye kak... kene teliti tak boleh jenis yang asal boleh je

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul Dana..lama tuggu baru ada rezeki dapat rumah Selangorku. tu akak sunguh2,heheh, lagipun semua proses ni ade dateline dari developer dn LPHS kalau lambat/xcukup dokumen takot diorg reject..

      Delete
  2. urusan dokumen ni agak leceh juga tapi nak tak nak kena juga kan. Semoga urusan dipermudahkan. Aamiinn

    ReplyDelete
    Replies
    1. orag kata biar genggam api sampai jadi bara.. kan az..heheh..aamiin.. terima kasih az..

      Delete
    2. Betul tu. penting untuk masa depan kita. kena bersusah susah dahulu. senang kemudian.

      Delete
  3. sukar juga perjalanan nk beli rumah selangorku ni kan.. tp tak pe, yang manis akan datang dihujung nya :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak yati..semuanya atas rezeki.. memmg kne bg sikit komitmen lah nak uruskan dari dokumen sampai pinjaman bank . aamiin.. ishaallah kak ati.. ;)

      Delete
  4. semoga terus tabah dlm mencapai cita2 utk memiliki rumah idaman tu. Bila ada umah sendiri baru rasa terjamin hidup.
    done follow back too...

    ReplyDelete
  5. bangusnya update mcm ni..saya pon baru apply rumah selangorku

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke.. semoga anakdenesor ditawarkan rumah tak lama lagi ya.. ;)

      Delete
  6. Bagus Ummi catatkan detail begini, untuk panduan yang lain dan untuk rujukan ummi jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh..tq kak Ujie.. Masa Ummi nak beli rumah selangorku pn Ummi gigih search website org yang dah ada pengalaman beli rumah selangorku. Jadi Ummi saja je kongsi pengalaman untuk sape2 yang cube mohon ;)

      Delete
  7. nice sharing ummi . Semoga urusan di permudahkan dan dapat memiliki rumah idaman tu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you Suhana.. Aamiin,, semoga doa tu berbalik kat Suhana ;)

      Delete
  8. Tq for sharing sis..Sy pun baru ditawarkn rmh ni juga type c1.tp agak kecewa bila baca spesifikasi rmh kemuning aman kemasan lantai lepaan simen je dan yg lbh merisaukn lagi projekni oleh pemaju yg sama dgn pangsapuri kemuning aman yg penuh dgn crack pada dinding dia.huhu kalau tau ambik kemuning aranda je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..no problemm. Oo dlu sy pernah masuk kemuning aman nk tgk rumah.so far dr segi security tinggi jugak.setiap level ade cctv dan kalau nk masuk jalan kaki guard mmg pantau.xtahu pulak da start crack kemuning aman tu .ade kawan husben sewa di sana so far xde die cerita masalah crack..hebeh.hopefully kemuning idaman ni deveoper buat dgn baik.klu x kite report lphs. Haha.. Aranda pn ok cume lmbt iklan dlama slgrku.klu x org boleh buat pilihan kn.dr segi lokasi sy lebih prefer lokasi kemuning idaman ni. Puan trylah buat rayuan tukar permohonan d lphs..sb ade dgr jugak org buat rayuan tukar projek.cume xpasti boleh/bjaya ke x. ;)

      Delete
  9. Salam sy nk bertanyakan pasal proses pembelian rumah selangorku ni,
    1) Ditawarkan rumah
    2) Serahan dokumen
    3) Tunggu jawapan & surat tawaran dikeluarkan ke atau macamna next proses?

    ReplyDelete
  10. Wasalam liyana..utk sy no 2 kite serah dokunen kepada developer dan developer akan submit dekat lphs utk keluarkn surat tawaran.no 3 developer akan pgl utk sign s&p ,pilih unit, dan ms tu dpt surat tawaran dr lphs. Tp lain developer risau lain procedure. Klu liyana dpt tawaran tny diorg siap2 proses2 yg akan diorg buat ;)

    ReplyDelete