Alhamdulillah. 29 Nov 2019 dah masuk tahun ke 5 perkahwinan bersama suami.. Semoga jalinan ikatan ini berpanjangan sehingga ke Jannah.. di kurniaan seorang anak. Betullah kata org 5 tahun pertama adalah tahun yang paling struggle paling banyak benda kena belajar mengenali pasangan + kewangan pn tak berapa nak stabil..
Lepas 5 tahun hidup makin stabil dan kurang nak gaduh ngn pasangan sebab makin mengenali sikap dia..
Tahun sebelum ni kitorang slalu surprise masing2.. tp sejak asik dpt barang da ade tpi bli jugak so surprise jadi hambar..hahaha .,akhirnya kitorg decide everytime nk beli hadiah request dlu..so tahun ni ummi request.
26 hb Oktober 2019, ummi dan suami balik kampung (Terengganu) sebab ayah mertua ummi meninggal dunia. Jadi selepas selesai semua urusan, on the way balik selangor, husband ajak pergi pasar payang alasannya dia kata nak beli keropok dan nak tengok pasar payang baru. Ummi yang bagi informasi pasar payang baru da siap dekat suami, sebab tgk pos blog kak ujie - pasar payang 2. Suami pn excited la nak menengok apa jadi dengan negeri die haha. Ingat saje2 ajak, tak jangka ada surprise sebab memang biasanya tiap kali balik Terengganu ummi dan husband akan singgah pasar payang nak beli keropok kering.
Tengah menegok keropok cek duit masing ada RM50 je,sedih kejap pasar payang xde atm. masing2 tak keluarkan duit. Kne hadkan pembelian. Lepas tu dia ajak ke bahagian depan sekali iaitu kedai emas. Mula2 jalan2, lepas tu die stop satu kedai, dia cakap pilih la nak mana untuk hadiah anniversary. Melompat Ummi di buatnya (hiperbola bila terkejut). huhu. Hadiah da tau tapi cara kejutan tu yang penting.
Di pasar payang ni mmg orang gembar gemburkan emasnya murah. Masa Ummi beli, RM190/g. Ada upah design. Dekat selangor rata2 emas RM220+-/g.
Kedai emas Sofea |
Tahun lepas hadiah anniversary Ummi dan husband di link ini ---> Happy 4th anniversary Tapi rasa tahun lepas lagi best. sebab ummi sempat buat kad comel. hihi
Untuk tahun ni Suami pulak, dia nak kasut kerja. So Ummi bank in duit je kat die sebab orang lelaki ni kalau da cerwet kalah perempuan.. better die beli sendiri. Semalam celebrate, beli kek dan buat nasi goreng je.
Sekian
Hihii...surprise menjadik. Betul ummi, cara surprise tu penting.
ReplyDeleteHappy Anniversary Ummi dan suami 💕. Moga rumahtangga sentiasa dalam rahmat Allah.
kan menjadi sungguh kak Ujie..hehe..terima kasihh kak Ujie ;) aamiin..
DeleteSelamat ulangtahun perkahwinan. Semoga terus bahagia sampai syurga. Aaminn
ReplyDeleteTq fiza.. aamiin... ;)
ReplyDelete