Hi followers ;)

Saturday, March 28, 2020

Hibah Harta Dalam Islam

Zaman sekarang harta ni boleh bawa kepada pergaduhan adik beradik dan keluarga. Sebab tu dalam Islam, penting nya kita ada pengetahuan dalam pembahagian harta kalau tak di beri mengikut hukum Islam boleh jatuh zalim terhadap orang lain. 

Hibah adalah salah satu cara untuk kita mewariskn harta kita semasa masih hidup. Hibah juga ada rukun yang mungkin ada antara kita baru tahu macam ummi juga.hehe Untuk ulasan lebuh jelas ummi paste kan ulasan dari artikel di bawah berkenaa dengan hibah. ;). baca ya untuk menimba Ilmu


Artikel :guamansyarie.com

Saya percaya mungkin ramai di antara pembaca yang pernah mendengar tentang hibah. Hakikatnya hibah ini mempunyai banyak kelebihan, keistimewaan, hikmah serta manfaat kepada kita jika dilaksanakan dengan betul.

Tahukah anda, hibah bermaksud pemberian hak atau harta secara sukarela tanpa dipaksa atau terpaksa daripada satu pihak kepada satu pihak yang lain.



Bahasa mudahnya hibah adalah hadiah daripada pemberi hibah kepada penerima hibah dengan niat dan tujuan yang baik tanpa sebarang syarat, imbalan atau balasan.

Ia merupakan pemberian secara suka sama suka dengan syarat di dalam hibah itu tidak akan ada hak orang lain yang diambil seperti hak mereka yang dizalimi atau dianiayai.

Menyedari akan kelebihan hibah ini, ia merupakan antara penyelesaian terbaik pengurusan harta dalam Islam.

Sebagai orang Islam, kita haruslah mengetahui lebih mendalam tentang hibah ini agar keputusan yang dibuat kelak tidak akan menganiaya orang lain.

Apabila sesuatu harta itu telah dihibahkan ketika pemberi masih hidup, kita tidak berhak mempertikaikannya.

Malah, pemberian hibah ini juga dapat mengelakkan konflik perebutan harta pusaka yang mungkin berlaku setelah kematian pemberi hibah.

Walaupun ada ketikanya hibah secara lisan, sebagai contoh, si suami memberitahu isterinya untuk menghibahkan rumahnya kepada si isteri, ia sebenarnya sudah sah.

Jadi tidak perlu dipertikaikan lagi. Ini bermaksud, apabila harta sudah dihibah secara sah, tetapi jika ada yang mahu merampasnya maka mereka yang terbabit itu melakukan dosa.

Perlu diingat, semua harta yang sudah dihibah akan terkeluar daripada harta pusaka dan tidak akan di agih kepada waris mengikut hukum faraid.



Hibah Harta Dalam Islam



Apakah beza antara hibah dan wasiat?



Hibah dan wasiat merupakan dua instrumen penting dalam pengurusan harta Islam.

Hibah adalah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah manakala wasiat pula adalah pemberian harta yang berlaku selepas kematian pewasiat.

Hibah tidak akan berlaku sekiranya si pemberi hibah hanya sekadar berhasrat atau berura-ura sahaja tetapi dengan takdir Allah S.W.T., si pemberi hibah meninggal dunia tanpa diduga.

Maka dengan itu hibah tidak akan berlaku kerana hukumnya telah berubah daripada hibah kepada wasiat.

Hibah dan wasiat ini amat digalakkan dalam Islam di mana sekiranya ia dilakukan dengan betul dan selaras dengan kehendak syarak, pertikaian dan perebutan harta dalam di elakkan.

Hibah pada istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya.

Pemberian secara hibah bukan bertujuan untuk mengharapkan pahala dan bukan bertujuan untuk memuliakannya.

Perlu di ingat bahawa hibah hanya akan berlaku ketika seseorang pemberi hibah dan juga penerima hibah itu masih hidup ketika proses pelaksanaan pemberian dilakukan.

Pemberian hibah ini lebih kepada pemberian yang berbentuk kasih sayang.



Hibah Harta Dalam Islam



Dalam Islam, hibah adalah salah satu cara pemilikan harta yang sah di sisi syarak. Hibah ini masih berkait rapat dengan konsep pemilikan harta yang lain seperti wasiat, wakaf dan faraid.

Namun sudah tentu hukum dan ciri-ciri konsep hibah berbeza dengan yang lain. Mengikut istilah syarak, hibah merupakan akad pemberian harta yang dilakukan oleh pemberi hibah kepada penerima hibah ketika hidupnya tanpa sebarang balasan ('iwad).

Hibah dalam Islam merupakan amalan sunat dan amat digalakkan. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya"
Surah al-Nisa' ayat 4


"...dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya"
Surah al-Baqarah ayat 177


Selain daripada itu, terdapat juga dalil dalam Al-Quran tentang pelaksanaan hibah yang disebut dalam hadis Rasullulah S.A.W. Saidatina Aisyah berkata yang bermaksud:

"Nabi Muhammad S.A.W menerima dan membalas hadiah"
Hadis riwayat at-Tirmizi


Apakah Rukun Hibah?



Rukun hibah ada 4 iaitu :

1. Pemberi hibah (al-wahib) 


Pemberi hibah perlu seorang ahliyyah yang sempurna akal, baligh dan rusyd.

Mereka juga mestilah memiliki harta yang dihibahkan dan berkuasa penuh ke atas hartanya.


2. Penerima hibah (al-mawhub lahu) 


Penerima hibah mestilah mempunyai keupayaan untuk memiliki harta sama ada mukalaf atau bukan mukalaf.

Sekiranya penerima hibah adalah bukan mukalaf seperti belum akil baligh atau kurang upaya, maka hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah.


3. Harta yang dihibahkan (al-mawhub) 


Harta yang hendak dihibahkan itu mestilah harta yang halal, bernilai di sisi syarak, di bawah pemilikan pemberi hibah, mampu diserahkan kepada penerima hibah dan wujud ketika harta berkenaan dihibahkan.


4. Lafaz ijab dan kabul (sighah) 


Lafaz ijab dan kabul merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan hibah.


Pemberian hibah harta dalam Islam


Apakah kelebihan pemberian hibah?


Setiap apa yang digalakkan dalam Islam sudah semestinya mempunyai pelbagai kelebihan.

Kelebihan hibah paling utama adalah memudahkan proses pengurusan harta pusaka. Selain itu, berikut merupakan antara kelebihan lain pemberian hibah:


  • Pemberian harta secara hibah boleh memupuk perasaan kasih sayang dan mengeratkan hubungan silaturahim. Pemberi hibah boleh memberikan hartanya kepada sesiapa sahaja terutama mereka yang rapat seperti suami, isteri, anak, ibubapa, anak angkat dan lain-lain bagi menzahirkan kasih sayang antara mereka. 
  • Penerima hibah boleh terdiri daripada sesiapa sahaja. Ia berbeza dengan sistem faraid yang memberikan hak hanya kepada ahli waris-waris tertentu, manakala wasiat mengecualikan waris sebagai penerima wasiat. Selain itu, hibah juga boleh diberikan kepada bukan Islam bagi tujuan mengeratkan hubugan silaturahim dan bukan untuk tujuan maksiat.
  • Kadar pemberian hibah adalah tidak terhad kepada jumlah tertentu. Ia berbeza dengan konsep wasiat iaitu harta yang diwasiatkan tidak boleh melebihi satu pertiga daripada harta pusaka bersih dan faraid mengikut kadar-kadar tertentu seperti yang diturunkan di dalam al-Quran. Pemberi hibah bebas menentukan kadar atau bahagian harta yang hendak dihibahkan dengan memberi pertimbangan kepada keperluan hidup dan kehendak semasa menerima hibah.
  • Pemberi hibah boleh menentukan sendiri kepada siapa harta dan jumlah yang hendak diagihkan dengan mengambil kira kesesuaiannya dari segi kedudukan ekonomi dan keperluan semasa waris-warisnya. Hal ini kerana, kebiasaannya keperluan seseorang individu dengan individu yang lain adalah berbeza. 
  • Pemanfaatan harta boleh dilakukan secara terus dan semaksimum mungkin. Instrumen hibah ini boleh menangani masalah ini dengan baik di mana harta yang dihibahkan boleh terus dimanfaatkan oleh penerima hibah ketika pemberi hibah masih hidup.


Setelah memahami konsep hibah ini, ia boleh dianggap sebagai pelengkap kepada sistem pengagihan harta dalam Islam.

Konsep hibah amat sesuai diamalkan oleh masyarakat dewasa ini, terutama untuk mengagihkan harta kepada pihak-pihak yang tidak berkemampuan tanpa mengehadkan kepada kadar dan golongan tertentu.

Apa yang paling penting dalam hibah ialah keikhlasan kerana ia memberikan sesuatu kepada orang lain pada waktu masih hidup tanpa meminta balasan.

Pelan rumah banglo 2 tingkat 5 bilik tidur 5 bilik air (5815 kps)

Setiap orang ada impian rumah sendiri begitu juga dengan Ummi. Kalau di beri rezeki lebih oleh Allah S.W.T untuk ummi memiliki bangloo dengan dapur yang luas, pengudaraan yang baik.. Ummi idamkan banglo 2 tingkat dengan 5 bilik. Kenapa Ummi pilih dua tingkat? sebab ruang atas adalah tempat privasi untuk keluarga.  Serta Ummi berhajat jika kawasan luas boleh bawa mak ayah duduk sekali. dan bagi keselesaan untuk mereka. Aaminn.
 
Berikut adalah detail ciri-ciri rumah idaman Ummi:




Artikel detail dari :dawaibesi.com

Rekaan rumah banglo berunsurkan moden ini menggunakan konsep menghargai alam sekitar.

  1. Ini boleh dilihat dengan penggunaan bukaan tingkap dan pintu yang bersaiz besar bagi memudahkan pengudaraan berlaku secara semula jadi dan cahaya matahari masuk ke dalam rumah.
  2. Dengan cara ini, ia dapat menggalakkan penjimatan tenaga. Rekaan rumah banglo ini mempunyai 5 bilik tidur dan 5 bilik air dan mempunyai keluasan seluas 5815 kaki².
  3. Rekaan rumah banglo ini sesuai di kebanyakkan tempat yang mempunyai landskap atau pemandangan yang menarik untuk dinikmati dari dalam rumah secara santai.







 Sekian

Friday, March 27, 2020

Mahkota Hotel Melaka

Hi semua,

Lame dah ummi menyepi semenjak duduk di rumah ye..Memandangkan sekarang kita sedang dalam perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan, namun ia tak menghalang untuk kita mencuci mata melayari internet melihat tempat-tempat percutian dan hotel-hotel yang berpatutan untuk kita menginap. Dalam banyak-banyak negeri, Melaka adalah negeri yang paling banyak tempat bersejaran dan menarik untuk di lawatan. Pun begitu ada juga tempat-tempat makanan viral boleh kita cuba ;)

Dalam bab hotel kalau ke Melaka, Ummi tertarik dengan Mahkota Hotel Melaka. Sebenarnya Ummi pernah menginap di sini. kalau ada kesempatan nak ke Melaka lagi Ummi akan menginap di sini lagi sebab staff dan hotel ni menenangkan.

Hotel ni menyediakan parking percuma dengan rate penginapan yang murah hanya dengan RM180/night. Keluasan hotel juga sesuai untuk yang ada anak ramai sebab hotelnya ada pilihan style apartment. Jadi sangat selesa. Parking juga banyak dan tak perlu berebut.Swimming pool juga luas dan ada 2 swimming pool dalam ni. Hotel ni juga berdekatan dengan tempat yang menarik. Anda boleh baca in detail berkenaan hotel tersebut di bawah.

Artikel di bawah ummi petik dari : sukamakanjalan.blogspot.com

Mahkota Hotel Melaka

Mahkota Hotel Melaka

Kelebihan Hotel Mahkota

  1. Sebuah lagi hotel yang dah lama beroperasi di Melaka. Walaupun kemudahannya dah agak berusia, pelancong yang menginap disini menyukainya kerana biliknya yang selesa & suasananya yang menenteramkan hati.
  2. Anak anak pasti suka mandi di kolam renang yang besar. Stafnya pun bagus.
  3. Penginapan yang cukup sesuai untuk percutian bajet bersama keluarga. 
  4. Hotel ini berada berjiran dengan Jonker Street, Mahkota Shopping Mall & Dataran Pahlawan.
Kedai makan sedap berhampiran Hotel Mahkota Melaka
  1. Mee Goreng Hassan - 11 minit
  2. Mee Sup Tengkera - 12 minit
  3. Sate R&K - 15 minit
Ulasan pelancong tentang hotel ini dibeberapa laman carian hotel adalah seperti berikut
  • 3.5/5.0 hasil perkongsian pengalaman 1,995 pelancong di Google reviews
  • 6.8/10 hasil perkongsian pengalaman 8,850 pelancong di Agoda
  • 5.9/10 hasil perkongsian pengalaman 163 pelancong di Hotels.com
  • 6.9/10 hasil perkongsian pengalaman 1,971 pelancong di Laman Booking

Harga: Dari RM180 untuk 1 malam.

Alamat: No. 16 Jalan Syed Abdul Aziz, 75000 Melaka

Boleh review blog https:sukamakanjalan.blogspot.com .

Sunday, March 22, 2020

Aktiviti bersama anak sempena Perintah Kawalan Pergerakan

Salam semua,

Hari ni hari ke-5 'stay at home' dengan anak untuk menurut perintah PM kita untuk memecahkan rantaian Covid-19.

Hari pertama dan kedua bersama dengan anak dan work from home sangat struggle.

Dari sudut positif Perintah Kawalan Pergerakan

1) mengurangkan risiko jangkitan
2) menyahut seruan kerajaan dan sultan kita 
3) menjimatkan duit
4) mengeratkan silaturrahim
5) kulit jadi putih =p
6) otak jadi kreatif
7) rajin masak =p
8) tahu perkembangan anak di sekolah
9) etc

Aktiviti yang Ummi buat

Memandangkan rumah ummi kecil sahaja aktivit adalah terhad. Jadi ummi buat aktiviti yang biasa-biasa sahaja

1) Playdough
2) Mewarna
3) Latihan pengukuhan abjad dan nombor
4) handphone (di gemari anak tapi limited time lepas settle mandi latihan semua)

Senjata yang Ummi beli sebelum berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan




Belanja video Faiz di rumah ;)

 

Semoga semua dapat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 march dan Malaysia dapat mengapuskan covid-19

Sekian semua .

Thursday, March 12, 2020

Covid-19 Pencegahan Itu Lebih Baik

Salam sahabat-sahabat Ummi,

Lama dah tak update blog Ummi. Mood nak mengarang ni makin lemah pulak. Kelmarin dapat email untuk buat kerja dari rumah untuk pembersihan bangunan pejabat. Kelmarin, semalam dan harini sudah terasa pishang untuk kerja dari rumah. Esok tidak tahu lagi. Kalau bercuti tidak lah pishang. Namun kalau bekerja di rumah lama-lama sangat la pishang. Kena duduk rumah dalam keadaan bekerja. Dapat bezakan tak. huhuhu. Tapi apa-apa pun demi kesihatan masyarakat.

Penyebab kepada kerja dari rumah


Ummi dan staff lain di suruh dengan paksa untuk bekerja dari rumah oleh company memandangkan salah seorang  daripada pekerja dari tower sebelah telah di sahkan positif Covid-19. Seperti biasa company yang terbabit mengeluarkan pekeliling kepada semua untuk melaporkan diri untuk pemeriksaan kepada KKM sekiranya mempunyai kontek dengan pesakit.  Naudzubillah kepada semua yang terlibat dan tidak terlibat. Semoga kita semua di jauhkan dari ujian yang tidak dapat kita tanggung. Semoga semua sihat dan cepat-cepat sembuh hendaknya. Pembersihan bangunan di lakukan. Sekarang pihak penyelia bangunan mengetatkan untuk buat pemeriksaan suhu dan untuk yang ada sakit tekak/ seleseme/ batuk di minta teruskan bekerja dari rumah. Pembersihan giat di jalan kan. Setiap 2 jam akan di lakukan pembersihan di setiap level. Begitu efektif dan dan tegas dalam mencegah penyebaran penyakit ini.

Langkah pencegahan boleh di search dalam web gov.


Dengar lagu 7 nasihat

Sambil-sambil buat kerja di rumah, dengar lagu 7 Nasihat. Tak sangka sedap dan bawak maksud mendalam.
Artist :Dato’ Sri Siti Nurhaliza, KmyKmo & Luca Sickta Title : #7 Nasihat Composer : Kmy Kmo, Luca Sickta (Luncai Emas (M) Sdn Bhd) Lyrics : Kmy Kmo, Luca Sickta (Luncai Emas (M) Sdn Bhd) Music Arrangements : Luca Sickta Guitarist : Muhammad Indra Hidayat Seruling : Khairul Hakim Gambus : Muhammad Syamil Bassist : Nik Ahmad Shauqi Backup Vocals : Bella Iris, Kmy Kmo, Luca Sickta Mixed & Mastering by Felix Voon Video made by : @irfanramos
https://www.youtube.com/watch?v=5w_kRsNZ4cc

Sekian.