Hi followers ;)

Friday, March 27, 2020

Mahkota Hotel Melaka

Hi semua,

Lame dah ummi menyepi semenjak duduk di rumah ye..Memandangkan sekarang kita sedang dalam perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan, namun ia tak menghalang untuk kita mencuci mata melayari internet melihat tempat-tempat percutian dan hotel-hotel yang berpatutan untuk kita menginap. Dalam banyak-banyak negeri, Melaka adalah negeri yang paling banyak tempat bersejaran dan menarik untuk di lawatan. Pun begitu ada juga tempat-tempat makanan viral boleh kita cuba ;)

Dalam bab hotel kalau ke Melaka, Ummi tertarik dengan Mahkota Hotel Melaka. Sebenarnya Ummi pernah menginap di sini. kalau ada kesempatan nak ke Melaka lagi Ummi akan menginap di sini lagi sebab staff dan hotel ni menenangkan.

Hotel ni menyediakan parking percuma dengan rate penginapan yang murah hanya dengan RM180/night. Keluasan hotel juga sesuai untuk yang ada anak ramai sebab hotelnya ada pilihan style apartment. Jadi sangat selesa. Parking juga banyak dan tak perlu berebut.Swimming pool juga luas dan ada 2 swimming pool dalam ni. Hotel ni juga berdekatan dengan tempat yang menarik. Anda boleh baca in detail berkenaan hotel tersebut di bawah.

Artikel di bawah ummi petik dari : sukamakanjalan.blogspot.com

Mahkota Hotel Melaka

Mahkota Hotel Melaka

Kelebihan Hotel Mahkota

  1. Sebuah lagi hotel yang dah lama beroperasi di Melaka. Walaupun kemudahannya dah agak berusia, pelancong yang menginap disini menyukainya kerana biliknya yang selesa & suasananya yang menenteramkan hati.
  2. Anak anak pasti suka mandi di kolam renang yang besar. Stafnya pun bagus.
  3. Penginapan yang cukup sesuai untuk percutian bajet bersama keluarga. 
  4. Hotel ini berada berjiran dengan Jonker Street, Mahkota Shopping Mall & Dataran Pahlawan.
Kedai makan sedap berhampiran Hotel Mahkota Melaka
  1. Mee Goreng Hassan - 11 minit
  2. Mee Sup Tengkera - 12 minit
  3. Sate R&K - 15 minit
Ulasan pelancong tentang hotel ini dibeberapa laman carian hotel adalah seperti berikut
  • 3.5/5.0 hasil perkongsian pengalaman 1,995 pelancong di Google reviews
  • 6.8/10 hasil perkongsian pengalaman 8,850 pelancong di Agoda
  • 5.9/10 hasil perkongsian pengalaman 163 pelancong di Hotels.com
  • 6.9/10 hasil perkongsian pengalaman 1,971 pelancong di Laman Booking

Harga: Dari RM180 untuk 1 malam.

Alamat: No. 16 Jalan Syed Abdul Aziz, 75000 Melaka

Boleh review blog https:sukamakanjalan.blogspot.com .

7 comments:

  1. Pernah makan buffet di Mahkota Hotel Melaka untuk tengahari. Harga berpatutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ummi menginap sini..tp tk ambil pakej makan skli..tp penginapan mmg murah..hehe.. pastu luas. cume barang2 die antiklah..tak mewah macam hotel lain..tp kebersihan tiptop.

      Delete
  2. Tak pernah lagi stay sini sebab biasa cari hotel baru. nanti bolehlah cuba stay sini tengok macam luas biliknya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cube la fiza. kalau anak ramai bawak toto ye.hehe.. parking pn banyak..

      Delete
  3. Waa pool dia cantiknya.. ok masuk wishlist la

    ReplyDelete
  4. Wah best!! Tak pernah lagi stay sini.. boleh cuba nie nanti..

    ReplyDelete
  5. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete