Hi followers ;)

Friday, November 29, 2019

Pengalaman beli rumah Selangorku 3 : Pilih Unit, S&P dan Pinjaman Selesai

Salam kawan2 blogger Ummi. 

Entri ni untuk sambungan sebelum ni Ummi cerita ttg: 
Permohonan rumah selangorku ---->pengalaman beli rumah selangorku 1 
Penghantaran dokumen ---> Pengalaman beli rumah Selangorku 2
Harap entri ni muat sampai habis.. hehe..

Lepas selesai hantar dokumen ..

4/7/19 - Pemilihan unit, dan Sains S & P dan LO

Di panggil untuk sains (bukan kelas sains ye =p) pemilihan unit dengan developer. Masa ni husband Ummi je pergi. Sebab asalnya developer inform untuk pemilihan unit dan bayar duit booking je. Rupanya kne tandatangan S&P sekali. Ummi dan husband baru pertama kali beli rumah..Jadi tak tahulah pucuk pangkal tentang S&P ni. S&P ni untuk letak nama pemilikan rumah gunanya untuk pinjaman bank dan stamp duty Jabatan hasil. Mula lah episod sedih sebab Ummi ingt nak ada nama dalam S&P. Tapi xpelah biarlah nama husband sorang. So pinjam duit bank nanti bior name die sorang je. pewarisnya Ummi lah. =p. 

Lepas perjumpaan kali ni, devepor bagi masa 14 hari je untuk dapatkan pinjaman bank. Tapi bank dekat showroom tu interest ny tinggi. Rata2 dekat 5%. Ada husband da isi borang. Kawan Ummi nasihatkan pergi bank sendiri dan buat permohonan. Balik rumah kitorang bincang. Maklumlah Ummi bab duit ni berkira sikit. Sb interest tu effect bayaran bulanan..  

Ummi tanya kawan2 Ummi, rata-rata 4.5% je dengan Maybank. Ummi dan husband bukan kakitangan kerajaan. Kalau kerajaan syok jugak sb 4% jer interest ny. So Ummi suruh husband mohon pinjaman Maybank dan dua bank lain incase kalau tak dapat Maybank. We search for the cheapest.

Menunggu jawapan permohonan pinjaman mmg menyiksakan. huhuh. 2 bank lain yang kami mohon dah lulus 3,4 hari lepas mohon. Cepatkan. Maybank pulak lame noe nak dapat jawapan.hampir hari2 call pegawai bank tu untuk tanya update. psiko kan.haha. Tapi kalau tak call lambat lah nak dapat jawapan. hehe. Sebenarnya kami hampir nak terima tawaran salah satu bank yang dapat awal tu. Tapi kami sabar dlu. Sb masa ada lagi. Akhirnya  selepas menanti dekat 2 minggu, dapat jawapan husband Ummi dapat pinjaman 100% dengan interest 4.5%. Alhamdulillah. Terima kasih jugak dekat pegawai bank tu, namanya Aizad, die sungguh2 mohon utuk dapatkan 100% pinjaman untuk husband Ummi.Di bawah skim rumah pertamaku (SRP).

Banyak juga Ummi belajar dari pinjaman bank ni. Katanya rate interest bank ni depend pada gaji kita. Masa mohon, ada satu bank tu Ummi dan husband test letak dua2 nama untuk pinjaman. Since gabungan gaji mestilah banyakkan, so interest jadi tinggi. If mohon satu name interest tak tinggi pulak. Sampai sekarang Ummi tertanya2 kenapa rulenye begitu.

29/11/19 update sekarang husband Ummi da dapat surat perjanjian pinjaman bank, peguam da bagi S&P, dan dapat mesej 10% akan di bayar kepada developer. So penolakan duit akan start tak lama lagi. Rumah pertama kami akan siap pada 2022. Maklumlah masa mohon rumahnya takde orang mohon lagi. Jadi sekarang kita tunggu jela. Harap semua berjalan lancar.

Bayaran yang perlu bayar sepanjang permohonan ni:

Booking fee :RM 500
Lawyer Fee: RM3k +-
Stamp Duty LHDN : free since husband Ummi takde rumah. Cuma ada tanah kebun je. hehe

Lepas dapat S&P dari lawyer, husband Ummi mohon pengeluaran KWSP untuk cover balik bayaran.

Tu je.. Kot kalau ade tersalah information, Ummi mintak maaf ye. Sebab ni pn ingat tak ingat jugak tulis ni.



12 comments:

  1. Mesti tak sabar nak tunggu 2022 rumah siap. Semoga dipermudahkan.

    ReplyDelete
  2. nanti buleh la hias rumah tu dgn perabot2 baharu...

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan urusan : ) BTW salam kenal and done FOLLOW from www.lizaizara.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin.. salam kenal Liza.. kite folllow awak semula ya ;)

      Delete
  4. harap2 rumah dpt disiapkan spt dijangkakan., ;p

    ReplyDelete
  5. Loan tu boleh ke markup? Contoh harga rumah 180k tp kite try mintak 200k?

    ReplyDelete
  6. Sy nak tnya ..kalau developer minx 10% deposit kt kena bayr ke atau inform pada developer kt nak apply skim rumah pertama

    ReplyDelete