Hi followers ;)

Sunday, December 1, 2019

Ejen Ali : Misi NEO

Salam kawan-kawan Ummi,

Ejen Ali

Semalam Ahad bawa Faiz pergi wayang tengok Ejen Ali .Belanja famili pengasuh Faiz sebab tahun ni last Faiz duduk dengan pengasuh. Tahun depan dah nak naik tadika.

Ada kawan-kawan Ummi yang dah tengok ke? Agak-agak berapa rating boleh bagi.. hehe. Ummi bagi 5 bintang. Sentiasa support indutry Malaysia. Husband Ummi kata kutipan Ejen Ali lagi tinggi dari Upin Ipin.. Wow betul.

Upin Ipin ni bagi Ummi, Ummi suka jalan cerita yang kreatif sambung-sambung dari satu cerita ke cerita yang lain bentuk satu konklusi. Ejen Ali pulak, aksi yang tangkas, kemas dan penceritaan jugak best. Jalan cerita Ejen Ali ni kelakar ada, tangkap meleleh air mata ada dan semangat waja.

Dedua kartun animasi ni memang di tahap yang membanggakan Malaysia. Nak buat movie grafik ni bertahun-tahun baru boleh produksi terbitkan dekat wayang.

Dalam siri kali ni ketulusan Ejen Ali dalam membantu orang lain teserlah. Sikap baik dia menurun dari mak dia. Eh tak pernah tengok mak Ejen Ali kan..ade dalam cerita. hehhe. 

Ayuhlah kita.. 


Ejen Aiman, Ejen Ali dan Ejen faiz



29 comments:

  1. dana tak layan lagi kak, tak tau bila nk bawak aiyan... dia ni ada masalah sikit nak duduk dalam panggung wayang yg berbunyi kuat... jadi nya kami selalu layan movie kat rumah je

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke dana.. heheh..anak teruna ni.. cmtu dana kene tunggu bila bole downloadlah. sbnrnya syok lagi lyn movie dekat rumah..tp ummi tak sabor bila orang kata best.hahaha.

      Delete
  2. dok baca review, semua cakap best dan puas hati. menggoda jugak hati ni nak pi tengok. cuma risau jugak kang satgi sampai panggung, anak2 nak tengok frozen. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..frozen pn orang kate best Umi.. ummi nak tgk frozen jugak nanti..kalau xsempat, tunggu ble boleh download

      Delete
  3. ramai yang cakap best cite ejen ali ni, bukan setakat budak2, mak pak pun silap2 sama naik jugak hii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul wani..hehe. Ummi nangis tgk cite ejen ali ni..

      Delete
  4. Belum tengok lagi Ejen Ali. Seronok dapat tengok wayang..tak sempat tengok akan dtg layan online je lah nampaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. best fiza.. tunggu online pn ok.. hehehe..

      Delete
    2. cuti sekolah ni confirm wayang penuh je..so tunggu online je lah. hihi

      Delete
  5. Replies
    1. kalau sempat p lah anak denesor..boleh la rasa cm bebudak jugak ;)

      Delete
  6. best juga ejen ali nie..

    aritu ada bawa anak-anak cuma kurang rajin la nak tulis ..

    yang tak best ejen ali..ada unsur2 lawan aka keganasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke mr hanafi.. hehe.. xpe skali2 tgk filem aksi..

      Delete
  7. tunggu kuar di Netflix baru buleh tengok. maklum la di Kelate x de pawagam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo.. jimat duit abam kie.. hehe.. sb nak taknak kalau nak tgk kne tgk online la kan

      Delete
  8. Tak sempat nak tengok lagi. Tapi baca review memang ramai kata best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best shira. Ummi kagum dengan direktor animasi ni...nak buat aksi2 laju ni cemane lah diorg buat... ape2 pn ummi sokong cerita tempatan..terutama kartun ..jeheh

      Delete
  9. tak sempat tengok lagi tapi ramai kat best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal dari www.iamfuzy.com

      Delete
    2. Hi Fuzy salam kenal ;) baru sempat nak reply sb buzy

      Delete
  10. ramai orang cakap best . 1hari tayangan pun dah dapat 1 juta lebih . Saya takde kesempatan nak tengok cite nie lagi , buzy sikit seminggu dua nie .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul hana..bnyk kutipan dia.. nt dah xbz boleh g..

      Delete
  11. Support industri filem Malaysia 👍
    Rasa bangga bila ada filem kita yang bagus begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..betul kak ujie . Filem malaysia terbaik.. ;)

      Delete
  12. Memang best.. Sha sampai tengok dua kali.. Memang terpesona dengan jalan cerita dia.. Animasi dia pun wow..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..amboi sampai dua kali.. mmg best..sebab cerita ni mmg sedih.tgk je mesti berair mata.

      Delete
  13. Dah lama nak layan.. Xde geng je nak tgk. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke... hehe.. kalau tgk ade geng best la jugakkan mesti laju je liza pergi tengok..

      Delete
  14. layan gak aritu... sekarang tengah tunggu kat astro first lakk langgan sekali lagi

    ReplyDelete