Hi followers ;)

Friday, December 20, 2019

Dia akan jadi murid tadika tak lama lagi

Pejam celik pejam celik dah nak masuk 5 tahun dah anak Ummi. 


Sejak dari 4 tahun, Ummi dah survey tadika untuk Faiz. Sememangnya hajat nak masukkan ke tadika sejak dia 4 tahun tapi niat itu terkubur sebab pengasuhnya sayang nak lepaskan Faiz. Katanya masih kecil lagi. So tunda ke 5 tahun.

Sekarang dapat rasa betapa cerewetnya jadi ibu ayah yang mula memikirkan tadika terbaik untuk Faiz.=p Kalau ke tadika faktor-faktor yang kami survey sebelum masuk ke tadika:

Faktor-faktor tadika pilihan

1) Yuran

Sudah semestinya faktor yuran adalah yang pertama kami akan fikirkan. Asbabnya kami nak hantar anak ke tadika yang murah dan berkualiti dari segi pelajaran dan pembelajaran. Kami pernah survey kemas, sebab kemas betul-betul berhadapan dengan rumah kami. Yuran murah tapi dari segi gaji kami berdua menyebabkan kami tak layak untuk memohon.

Jadi kami pun survey tadika swasta ada dalam 4 tadika .Rata-rata rate tadika RM500/bulan. Daripada 4 tadika, Ummi rank Tadika Dzuliman paling murah iaitu RM450/bulan 7.30pg-6.00ptg.

2) Jarak

Gambar sekolah dia dari luar
Sememang nya Tadika Dzuliman , OTW perjalanan dari tempat kerja ke rumah


3) Masa dan keselamatan

Tadika Dzuliman ada pakej OT 6.00ptg-7.00ptg RM30/bulan.Tadika ni saja yang ada pakej OT so memang sebelum pukul 7 lah Ummi/husband boleh ambil. Ada tadika Ummi survey OT hanya ambil sampai pukul 7 petang je. Memandangkan kami masing-masing kerja jauh dari tempat tinggal jadi sememangnya kami nak OT jika ada masalah-masalah cuaca. .Kalau lewat ambil (selepas 7 petang) pun takde masalah sebab ada guru yang boleh jaga. Cume ada tambahan OT. ok part ni. Ummi lega. Asalkan ada orang jaga.

4) Suasana
Gambar masa open day. Tema doktor

Tadika ni jenis rumah teres dua tingkat jadi kawasan luas dan di luar ada playground. So boleh main pagi-pagi sebelum masuk kelas. So far Ummi tengok setiap sudut ceria dan ciri-ciri keselamatan lengkap. Tadika ni juga tadika berdaftar.

5) Silibus

beg Dzuliman

Silibus di sini islamik dan 3 bulan pertama, cikgu-cikgu akan bentuk sikap dulu dan timbulkan rasa seronok nak ke sekolah. Kelebihan tadika ni ada tambahan aktiviti seperti taekwando, berenang, memanah, art dan gimnastik. Ummi teringin nak masukkan kelas renang. Hopefully berjaya dan selamat berjaya Faiz.

6) Guru-guru

So far ok walaupun nampak muda. Ummi hantar trial 2 hari. Hari kedua pandai berzikir dalam kereta. Tapi ada masalah kejutan. Masa hantar menangis. Aduhai anak. tapi masa ambil happy pulak. ummi is confused now. Huhuh. Kita tengoklah macam mana bila dah masuk kelas betul-betul. Ummi target sebulan Faiz nak betul-betul biasakan diri.

Kalau kawan-kawan ummi ada pengalaman hantar anak ke tadika kongsi dengan Ummi ye..

Sekian






8 comments:

  1. Tahun depan bermula la dia jadi pelajar la ya..good luck utk Faiz, semoga menjadi anak yg cemerlang

    ReplyDelete
  2. aaminn terim kasih fuzy ;) inshaallah cemerlang untuk anak2 kita dunia akhirat.

    ReplyDelete
  3. Sbeulan pertama tu memang kena bertabahlah.. Dia nak biasakan diri ke sekolah kan.. Ada je ragamnya di waktu pagi.. Tapi bila balik, mesti ceria habis.. semoga Faiz seronok nak kesekolah.. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin... oo mmg begitu ye.. pening jugak ummi banyak pulak akal dia pagi2..heheh.. terima kasih sha..

      Delete
  4. Replies
    1. aamiin moga2 die seronok dan sng nak dapat ilmu.. ^^

      Delete
  5. Mesti excited anak nak mula sekolah dah tapi dalam masa yang sama risau juga. Semoga semuanya baik baik je dan dipermudahkan segalanya. Aaminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul fiza..seronok..tapi risau la juge..harap2 cikgu2 baik dan pandai layan anak2.. aamiin..terima kasih fiza.. ;)

      Delete