Hi followers ;)

Friday, December 20, 2019

Frozen 2


Hari mereleasekan keletihan sebab dah masuk end of year. Ummi pergi tengok wayang di depan office.

Cerita Frozen 2. Sambungan Frozen. Elsa dan Anna muda remaja. Ramai sangat budak-budak dekat wayang. Siap ada cikgu tadika dengan anak-anak seklai. Cute sangat, kecik-kecik lagi dah dapat tengok wayang. 

Suara misteri
Frozen 2, banyak lagu-lagu macam Frozen 1, dalam cerita ni, Elsa dapat dengar suara misteri memanggil manggil dia untuk ke suatu tempat. Anna dan orang lain tidak mendengar suara itu.

Makin hari, suara itu makin mengganggu sampai satu masa Elsa pun jadi emosi dan mencabar suara tu. Kerana Elsa mencabar, menyebabkan keadaan negara Arendella tidak selamat untuk di duduki seperti ada kuasa sumpahan, menyebabkan semua rakyat lari ke tempat selamat.

Dari situ , Elsa menceritakan tentang suara misteri itu dekat Anna (adik dia). Elsa, Anna, Kristof, Sven dan Olaf pergi mengembara untuk mencari suara tu. Sebab mereka berpendapat dengan mencari suara tu, sumpahan terhadap negara mereka akan hilang. 

Komedi dari watak Olaf tip top
Sepanjang pengembaraan, banyak di mainkan lagu-lagu. Ada aksi komedi yang buat Ummi ketawa sampai bergetar kerusi wayang. Watak Olaf memang sangat sangat lucu ok. Watak yang menceriakan keadaan. Sampai watak Olaf nak mati pun Ummi boleh gelak, sebab dia kelakar, nak mati pun kelakar. Hadoi..

Animasi yang kemas dan cantik
Ummi terpegun dengan kecantikan animasi yang diorang buat. Dengan pergerakan semua. Baju Elsa cantik-cantik belaka. 

Lagu-lagu cerita Frozen 2 boleh tengok dalam youtube. 

Sekian.






4 comments:

  1. Tengok dah.. okaylah.. cuma tak ada wow faktor macam frozen 1.. Anak-anak sha okay je tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. ingt ummi je rasa cmtu..tp oklah ada nilai2 murni kasih sayang..kartun pn cantik...

      Delete
  2. Belum tengok lagi. Tengok online je nanti. Nak tengok wayang memang tak ada masa. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... yela busykan fiza.. ummi pn curi2 masa je pergi tengok..

      Delete