Hi followers ;)

Showing posts with label wayang. Show all posts
Showing posts with label wayang. Show all posts

Friday, December 20, 2019

Frozen 2


Hari mereleasekan keletihan sebab dah masuk end of year. Ummi pergi tengok wayang di depan office.

Cerita Frozen 2. Sambungan Frozen. Elsa dan Anna muda remaja. Ramai sangat budak-budak dekat wayang. Siap ada cikgu tadika dengan anak-anak seklai. Cute sangat, kecik-kecik lagi dah dapat tengok wayang. 

Suara misteri
Frozen 2, banyak lagu-lagu macam Frozen 1, dalam cerita ni, Elsa dapat dengar suara misteri memanggil manggil dia untuk ke suatu tempat. Anna dan orang lain tidak mendengar suara itu.

Makin hari, suara itu makin mengganggu sampai satu masa Elsa pun jadi emosi dan mencabar suara tu. Kerana Elsa mencabar, menyebabkan keadaan negara Arendella tidak selamat untuk di duduki seperti ada kuasa sumpahan, menyebabkan semua rakyat lari ke tempat selamat.

Dari situ , Elsa menceritakan tentang suara misteri itu dekat Anna (adik dia). Elsa, Anna, Kristof, Sven dan Olaf pergi mengembara untuk mencari suara tu. Sebab mereka berpendapat dengan mencari suara tu, sumpahan terhadap negara mereka akan hilang. 

Komedi dari watak Olaf tip top
Sepanjang pengembaraan, banyak di mainkan lagu-lagu. Ada aksi komedi yang buat Ummi ketawa sampai bergetar kerusi wayang. Watak Olaf memang sangat sangat lucu ok. Watak yang menceriakan keadaan. Sampai watak Olaf nak mati pun Ummi boleh gelak, sebab dia kelakar, nak mati pun kelakar. Hadoi..

Animasi yang kemas dan cantik
Ummi terpegun dengan kecantikan animasi yang diorang buat. Dengan pergerakan semua. Baju Elsa cantik-cantik belaka. 

Lagu-lagu cerita Frozen 2 boleh tengok dalam youtube. 

Sekian.






Sunday, December 1, 2019

Ejen Ali : Misi NEO

Salam kawan-kawan Ummi,

Ejen Ali

Semalam Ahad bawa Faiz pergi wayang tengok Ejen Ali .Belanja famili pengasuh Faiz sebab tahun ni last Faiz duduk dengan pengasuh. Tahun depan dah nak naik tadika.

Ada kawan-kawan Ummi yang dah tengok ke? Agak-agak berapa rating boleh bagi.. hehe. Ummi bagi 5 bintang. Sentiasa support indutry Malaysia. Husband Ummi kata kutipan Ejen Ali lagi tinggi dari Upin Ipin.. Wow betul.

Upin Ipin ni bagi Ummi, Ummi suka jalan cerita yang kreatif sambung-sambung dari satu cerita ke cerita yang lain bentuk satu konklusi. Ejen Ali pulak, aksi yang tangkas, kemas dan penceritaan jugak best. Jalan cerita Ejen Ali ni kelakar ada, tangkap meleleh air mata ada dan semangat waja.

Dedua kartun animasi ni memang di tahap yang membanggakan Malaysia. Nak buat movie grafik ni bertahun-tahun baru boleh produksi terbitkan dekat wayang.

Dalam siri kali ni ketulusan Ejen Ali dalam membantu orang lain teserlah. Sikap baik dia menurun dari mak dia. Eh tak pernah tengok mak Ejen Ali kan..ade dalam cerita. hehhe. 

Ayuhlah kita.. 


Ejen Aiman, Ejen Ali dan Ejen faiz



Thursday, October 24, 2019

Maleficent Mistress of Evil


Maleficent Mistress of Evil.. Gambar dari laman web disney . Tak sempat nak ambik gambar kebetulan tengok wayang pn tergesa2 dah 1030 pagi, lepas bli kopi costa dekat shell dengan member ofis.  Depan ofis ada TGV so 2 3 minit sampai lah wayang. heheh. Kalau nak berdating dengan husband mmg xdapat lah sejak ada anak ni.. sebab ade citer best kite rehat tenangkan fikiran kejap..

Maleficent yang pertama 2014, so ni kire ni sambungan cerita 5 tahun kemudian. Siaran 2 jam.. Sepanjang 2 jam tu ada plot2 penting.. Puteri pn da besar dan cantik.. Maleficent muka mak2 sangat, cantik dan tegas maklumlah Angelina Jolie kan.huhuh.,

Summary cerita ni, Ummi bagi 5 bintang sebab masa Maleficent pertama nangis, yang ni lagi nangis.. Sedih sebab ada nilai2 kekeluargaan. Maleficent ni cuba nak selamat kan anak angkat dia (puteri) dari kahwin dengan Putera Philip even dua orang ni suka sama suka.. Punca Maleficent tak restu sebab mak Putera Philip ni ada niat jahat.. 

Puteri tak percaya bakal mak mertua dia ada niat jahat dan berlakulah sedikit perselisihan faham antara Puteri dengan Maleficent.

So bila berlakulah peperangan. Paling sedih masa babak Maleficent mati sebab nak selamat kan Puteri kesayangannya.

Stop sini tak boleh crita lebih..kalau nak tahu... boleh tengok wayang..heheh. kang Disney marah crite lebih2..

Jalan cerita tidak mengecewakan..


Saturday, April 6, 2019

Movie : Upin Ipin Keris Siamang Tunggal

Salam semua..

Kitorang baru lepas tengok wayang Upin Ipin Keris Siamang Tunggal. Bagi ak rate die lima bintang. Berapa kali sis nangis dalam tu.. sedih sangat. jom pakat tengok sementara masih di panggung. Bawak anak sis skali...

***Sekian***