Bulan puasa ni berbuka mesti nak ada benda manis untuk side dish. Entri harini kuih bakar pandan tanpa bijan. Kuih muih ala-ala musim pkp ni bahan tak perfect. Dalam banyak-banyak resipi ini paling mudah dan gerenti jadi. hehe.
Kuih Bakar / Kuih Bingka Pandan Tanpa Bijan
Bahan-bahan:
1) 1 cawan gula
2) 1 cawan air kisaran pandan (Ummi guna air+esen pandan warna hijau)
3) 2 cawan tepung gandum
4) 1 1/4 cawan santan (ummi guna santan kotak setengah cawan+air utk buat cair)
5) 2 sudu makan mentega
6) 3 biji telur.
7) 1/2 sudu teh garam
Cara-cara:
1) Masukkan semua bahan dalam blender dan blend bagi sebati
2) Letak 2 sudu minyak ratakan dalam loyang dan masukkan dalam oven panaskan oven 180 darjah
3) Bila minyak da panas, masukkan bancuhan blend tadi dalam loyang dan bakar dalam oven hingga atas nampak garing (Ummi letak 1 jam), 180 darjah api atas bawah, duk tengah.
4) Angkat dan sejukkan. Boleh di hidangkan bila sejuk
Zoom sikit |
Sekian terima kasih.
Terima kasih kerana membaca.
Masa pose nie, semua makanan nampak sedap hehehe. Nnti nak cubalah. Nampak mudah cara buatnya :)
ReplyDeletekan shima.. tp musim pkp ni, nak cari barang tu yg renyah tu.heheh..tahun ni nak buat kuih pn xsemagt
DeleteSemalam mak buat kuih bingka labu. Memang sedap. Bingka macam-macam rasa boleh buat.
ReplyDeletesedapny bingka labu,ummi pernh makan tapi xpernah buat laigi.. bingka ni kuih yg sedap mengenyangkn dan mudah..
DeleteNampak sedap boleh cuba. Salam perkenalan. Jemput join https://shalmilanadya.blogspot.com/2020/04/segmen-bloglist-2020-by-cik-miela.html
ReplyDeletesalam perkenalan cik miela.. nt ummi join..terima kasih cik miela jemput..
Deletesedapnya....terima kasih info resepi ini...
ReplyDeletenak tanya ini, alang-alang kat sini, sudi tak bertukar link (blogslit) dengan blog saya. Kalau awak sudi beritahu ye, dengan comment kat link ini....
https://www.oohsenyum.com/2017/03/bantu-blogger-yang-memerlukan-2020.html
saya tunggu tau
Sesiapa yang baca comment ini pun boleh lah bertukar link dengan blog oohsenyum....comment je kat link atas tu.
hehe..okay inshhaallah nanti ummi blogwalking ya.. ;)
DeleteSedapnya ke ini ya ampon, Suka rasa pandan pula saya
ReplyDeletekalau ada daun pandan lagi bagus fed.. ummi guna esen je.. hehe
DeleteOh, senang je rupanya nak buat kuih bakar ni. Selama ni ingat susah nak buat sebab rasa sedap. Okay, masuk list terus..hihi
ReplyDeletesenang je zarini. yg penting bingka ni nak kne ada santan. buat bingka tepung gandum pn sedap ;)
Deletesedapnya..suka makan kuih2 manis masa moreh..
ReplyDeleteSedap dan nampak mudah untuk dibuat..
ReplyDeletesedap sedap.
ReplyDeleteSedap kuih bingka pandan. Tanpa bijan pun sedap rasanya kan.
ReplyDelete