Hi followers ;)

Thursday, October 29, 2020

Movie: Little Monsters (2019)

Salam semua,

Apa khabar semua. Harini company ummi masih lagi bercuti sempena mental health awareness. Baguskan company bagi off day harini sebab mungkin itu lah salah satu sumbangan dia nak bagi untuk pekerja yang da penah lelah. Kerja. hahaha. Sangat bersyukur dapat cuti straight 4 hari tapi tak pergi ke mana pun. Duduk rumah sambil positifkan minda dan tanam dalam minda saya sedang bercuti...heheh.


Harini ummi nak review satu cerita bagi ummi ada unsur kelakar dan menghiburkan. Boleh dirumuskan watak heroin ni mempunyai minda yang sangat kuat sampai mampu handle budak kecik walaupun dalam keadaan genting. 


Sedikit summary menceritakan, watak utama Dave clash dengan teman wanita dan melarikan diri dari rumah pulang ke rumah kakak beliau yang mempunyai seorang anak bernama Felix 5 tahun. Kakak Dave ni kerja dalam bahagian hospital, jadi memang sangat busy tetapi tidak pernah mengabaikan pemakanan dan pendidikan anak nya. Sebab anak dia ada alergik terhadap makanan.


Bila Dave di rumah kakak nya. Dave ditugaskan untuk menjaga dan hantar Felix ke tadika. Di tadika Dave bertemu cikgu Felix bernama Caroline (heroin). Dave tertarik dan suka Caroline. Lagipun Felix kan baru lepas break ngn makwe die so mcm lonely.


Satu hari Tadika kelas felix buat lawatan. Masa ni Dave join jugak. Maklumlah nak tackle Miss Caroline. Kelas Felix tu adalah 10 orang gitu kot.. Diorang pergi melawat dekat tempat haiwan. Macam farm in the city tempate kite. cume kawasan die lebih luas. Seronoklah mereka ke sana . Tapi ummi agak pelik sebab tempat haiwan ni dekat kawasan penyelidikan askar. 


Kebetulan tengah seronok2 Caroline , Dave dan bebudak tu naik trak sambil pusing kawasan haiwan ada zombie terlepas dari pusat penyelidikan dan masuk ke kawasan ladang haiwan yg dilawati tadika Felix.. Dekat sini mmg sangat genting sebab hampir semua pelawat kena gigit dan jadi zombie. Haiwan juga tidak ketinggalan di gigit zombie. Cume haiwan taklah jadi zombie. Haiwan mati.


Saat genting macam ni selojik nya kita sebagai cikgu mungkin akan panik. Tapi Caroline ni sebaliknya. Korang boleh tengok cerita ni sendiri ya sebab Ummi suka cara Caroline ni handle murid dia yang ramai tu.. Bukan sesuatu yang mudah handle budak-budak ya.Kena baca satu-satu dalam kepala diorang hahaha. Sebab dalam kejadian tu Dave caroline dan anak-anak rombongan tadika tu je selamat sebab Caroline ni pandai tackle situasi..


Bagi ummi cerita ni kelakar dan best. Tapi ada sikit unsur 18sx tapi tak obvious sgt.

Sumber gambar : Wikipedia

Sekian. Terima kasih kerana sudi singgah 😉

16 comments:

  1. bestnya company Nur..masa cuti kita cuti habis2an..takyah ingat kerja..hihi..menarik movie ni, boleh bagi motivasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah nohas boleh rehat.... mmg xbuat kerja.. kita update blog and buat benda2 yang menyeronokkan.hehehe

      Delete
  2. bca review ni, teringat msa kena jaga anak cousin dulu sebulan dekat australia.. tapi tak ketemu jodoh pun hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah hmm kalau x dah duk obersea atie kawin orang sane, tp kawan ummi ade sorang cg taska kawin dengan bapak sedara anak jagaan die..hehe.. jodoh mmg tak disangka2

      Delete
    2. jodoh atie masih sesat hahaha ... waahhh .. kwn bapak sedara anak jagaan dia... jodoh kan.. rahsia Allah betul

      Delete
  3. Baiknya company bagi cuti sempena mental health awareness day! Very rare your company. Kalau tengok poster, movie ni mcm ceria. Mula2 tadi ingatkan filem animasi sbb tajuk tu Little Monster. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tula setelah sekian lama..maklumlah statistik pn mengatakan tahap depressi sejak covid ni meningkat.. isnin start keje mmg kne all out balik..heheh

      Delete
  4. Macam ada pelik sedikit cerita sebab ada zombie.
    Apapun jalan cerita lain daripada lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha a tula na.. ade beberapa benda pelik...tp ummi suke tgk cikgu caroline ni, cara die cute sgt sb die pandai tackle budak2..

      Delete
  5. nanti nak cari citer ni di netflix..

    ReplyDelete
  6. Haha Cik TK dah layan citer ni.. memang bagus cara Caroline tu handle budak2 tu. Semua selamat dari serangan zombie! Budak2 tu tak takut langsung! Kelakar juga cerita ni!

    ReplyDelete
  7. Dah ornh tgk cite ni.. best dan menghiburkan

    ReplyDelete
  8. Kalau haiwan kena gigit tak jadi zombie lak. hihi..cerita macam ni okaylah layan santai santai gitu kan

    ReplyDelete
  9. Best ni. Dah lama tak tengok movie Inggeris.

    ReplyDelete

  10. Izin promo ya Admin^^

    Bosan gak tau mau ngapain, ayo buruan gabung dengan kami
    minimal deposit dan withdraw nya hanya 15 ribu rupiah ya :D
    Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa
    - Telkomsel
    - XL axiata
    - OVO
    - DANA
    segera DAFTAR di WWW.AJOKARTU.COMPANY ....:)

    ReplyDelete