Salam kawan-kawan,
Apa khabar semua, sekarang ni kita dapat laporan melalui graft peningkatan kes covid. Walaupn PM suh bertenang dan jangan panik, namun, ummi tetap panik dengan mengamalkn precaution yang sepatutnya. Seperti elakkan tempat yg crowded, pakai mask, sentiasa basuh tangan dan sebagainya.
Malah kalau boleh nak beriadah pun dekat rumah..hahaha.. Tapi bukan sebab covid je nak elakkan beriadah dekat rumah tapi sebab malas pun ada nak ke taman berjogging. Lalu Ummi ada terfikir nak beli alat untuk bersukan di rumah. Asalnya nak beli threadmill elektrik yang paling murah berharga dalam rm600 di shoppee tapi ada plak komen mesin cepat panas lepas guna lama. Trus down. Lalu Ummi beli yang manual punya 3 in 1 exercise. hehehe.
Walaupun mesin nya takdelah gah sangat mcm elektrik threadmill tapi seronok jugak berjalan atas benda tu. Worth dengan harga nya yang hanya RM255+RM30 (pos)..Lepas ummi beli ni, macam terfikir nasib baik beli yang manual, tidaklah berat nak angkat naik tingkat 3.. memandangkan rumah ummi tiada lif..orang hantar pun tidak sudi nak tolong bawak naik atas. hihi. Gambar dekat bawah.
Threadmill untuk jalan, lari ataupun briskly walk. Benda ni manual tak perlu elektrik
Ni dia punya rekod ape tak tahu..sebab tulisan cina. Manual pun bahasa cina. Kalau ada sahabat dalam ni yang faham tolong Ummi translate. 🙏
Ni getah untuk senaman tangan
Sekali dengan alat ni dia bagi skali disc ni untuk pusing pinggang.
Dia ada bagi pengikat perut. Threadmill manual ni agak licin, jadi kena berhati2 ya.hehe..Ummi buat begini baru rasa tegap nak berlari atas ni. baru selesa. Sambil-sambil berlari tengok permandangan luar tingkap.
Lepas exercise boleh lipat dan simpan.
Bawah link shopee tempat ummi beli. Boleh tengok banyak lagi review orang lain.hihihh.
Eh harga pn cam dah murah jadi rm245 pulak. Masa ummi beli RM255.
Sampai sini sahaja. Sekian terima kasih kerana sudi membaca coretan ummi 😉