Hi followers ;)

Friday, June 26, 2020

Tanaman musim pkp rumah flat ummi

Salam semua,

Harini Ummi nak berkongsi tentang tanaman pokok yang ummi tanam semasa pkp. Sebenarnya ummi jadi rajin menanam sebab tengok ramai kawan-kawan blog duk menanam.hehe geram tengok pokok cnatik2

dari kanan DAUN SELASIH tersalah beli ingt bayam brasil. huhu. dan SAYUR BAYAM

ok tanam macam ni daun KESUM suka air

tambah tanaman daun KESUM. kaedah same tanam dalam botol maacm gambar dekat atas tapi botol 1.5L

Sebenarnya pasu ni tanam DAUN LIMAU PURUT. taktahulh kenapa ada BAYAM tumpang.hehe

lebihan daun KESUM semasa raya. Kanan daun bergulung tu pokok cili. dah kenapa bergulung daun ny. rasanya tak sihat

cuba tanam TOMATO.harap dapat makan hasil

KANGKUNG. da pernah rasa hasil. buat nasi goreg kampung dan sayur goreng. Ummi kalau nak ambik hasil, tinggalkan batang sikit dan akar. batang dan akar tu nanti tumbuh daun baru. kangkung paling seronok nak tanam sebab sng jaga dan cepat tumbuh.

ini ummi tak tahu pokok ape. mcm pokok BENDI.

tadaaaaa.. hasil yang telah di goreng sebelum ni.
Kawasan yang ada cahaya matahari semua himpit di situ.


 Pokok daun setawar tu jiran punya. pokok paling tinggi tu cili.
Begitu lah serba sedikit tanaman ummi. duduk rumah tinggi kita tak boleh nak expect lebih nak tanam itu ini. sebab cahaya terhad. dan tempat pokok-pokok ni dekat dengan tong sampah. tu pintu dekat dinding tu laluan buang sampah.hehe.. nak letak pasu di bawah, nt cik siput kacau. abis togel pokok ummi di buatnya. Tengok jela bersepah pokok macam ni. lagipun snang nak siram dekat dgn rumah. kalau ada nak kongsi tips untuk halau binatang dari makan pokok atau idea komen ya. sangat mengalu-ngalukan.

Antara pokok yang tak hidup ummi tanam dari benih:

1) sawi

sekian serba sedikit. Terima kasih singgah ;)

22 comments:

  1. Ok sedikit pokok-pokok tanam dalam pasu dan botol.
    Senang tanam sayur yang selalu kita masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul na. Sng nk masak bile ade sayur yg di tanam..hihihi

      Delete
  2. Berbudi kpd tanah pasti ada hasilnya. Tahniah syiqin...

    ReplyDelete
  3. Hasil berbudi pd tanah..gemuk2 bayam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah nohas.. menajdi jugak bayam...ummi try tanam sawi, bantut..maybe xletak baja..hehehe

      Delete
  4. Tanam kesum takpa..jangan tanam ketum sudah la 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. adoi cik suerin..kan ni pn tgk membiakkn daun kesumm..buat laksa nt sng petik je..hahah

      Delete
  5. Rajinnya menanam. Besar2 dah pokok2 tu.

    ReplyDelete
  6. Tula krol alhamdulillah..Musim pkp teruja tgk org menanam ummi pn menanam..hehe..

    ReplyDelete
  7. hebat berbudi pada tanam-tanaman menghijau., ;p

    ReplyDelete
  8. Waa, kita baru juga berangan nak tanam. Senang. hehe

    ReplyDelete
  9. Allahamdulillah, ada hasil dah....kita tanam gak beberapa jenis sayur tapi yang hidup dengan jaya hanya kesum...lain-lain hidup segan, mati tak nak.... :)

    ReplyDelete
  10. bermacam tanaman kau tanam, suka sekali rumah menjadi hijau nampak sejuk dan tentu bermanfaat dapat pula dimasak

    ReplyDelete
  11. Wah...banyak gak dapat bayam tu ummi. Seronok dpt makan hasil tanaman sendiri.


    Ummi, tolong beri detail pengeposan kat ruangan email blog akak ya 😊

    ReplyDelete
  12. seronok kalau dah dapat hasilnya nanti :)

    Jemput join giveaway ejulz k. Tamat pada 15 JUL 2020.

    Giveaway by ejulz & mamapie

    ReplyDelete
  13. rajinn dan nanti dapat lah hasilnya kan

    ReplyDelete
  14. senang..nak makan nanti boleh petik kat situ je..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete