Hi followers ;)

Friday, November 20, 2020

Rancangan Netflix Yang Boleh di Tonton : Kelakar, miniseries dan seram

 Salam semua, 

Apa khabar? korang buat masa masa pkpb ni? Husband Ummi masa 11.11 dia pegi beli Android tv box. Kalau ada benda ni boleh la nak tengok you tube, netflix ataupun astro dari sini.

Selalu kami layan Netflix. Ada beberapa cerita ummi dah tengok tapi macam bosan. Bawah ni antara yang boleh ummi kata best.

Kategori ada unsur komedi

1) Boboiboy Movie 2

Movie ni misi boboiboy macam biasa mencari power spera. Tapi dalam pencarian tu mereka menghadapi masalah dengan kewujudan makhluk yang mengatakan kuasa yang boboiboy tu asalnya kepunyaan nya. Dalam movie ni macam-macam terbongkar. Siapa pemilik asal kuasa boboiboy dan boboiboy ni bukan anak yatim. Dalam cerita ummi boleh kata cerita yang bermisi dan mmg tak boring sebab sentiasa nak tau apa jadi. Di tambah adegan kelakar,  Faiz pun sampai ketawa tengok gelagat Gopal dan Cikgu Kebenaran.  

2) Johnny English Strikes Again

Sumber gambar: en.wikipedia.org

Kehidupan Johny lepas bersara bekerja sebagai agen jadi cikgu Georgraphy. Walaupun cikgu geography tapi budak-budak kelas suka dia sebab banyak ajar cara jadi agen. Bab dalam kelas pun ummi da ketawa. Tapi sebab ada kekacauan pengodam Johny kena panggil untuk bantu kerajaan cari bukti orang menggodam. Sepanjang misi memang kelakar. Johny selalu menimbulkan masalah namun misi dia tetap berjaya.

3) Pasal Kau ! (All because of you)


Cerita Aiman lakonan Khairul Azrin dan Jane lakonan Janna Nick. Diorang dua ni kerja dekat sebuah hotel tepi pantai. Aiman ni bendul tapi Jane ni minat lame dah dengan Aiman. Jane banyak kali cuba luahkan perasaan tapi sebab Aiman ni bendul, susah dia nak pikap perasaan Jane. Jadi punca masalah adalah setiap kali Jane nak luah perasaan ada je masalah timbul. Sampai la berlaku satu tragedi menyebabkan Aiman sedar dia suka dekat Jane.
Jalan cerita nya best dan kelakar dan tak boring. Lakonan Janna dengan Khairul nampak natural dari mata Ummi lah. Start je dah kelakar.

Kategori miniseries

1) The Queen's Gambit

Sumber gambar: imdb

Miniseris 7 episod. Dimana Beth Harmon menjadi yatim lepas mak dia mati dan duduk di rumah anak yatim. Beth ni pendiam dan pemerhati. Semasa di rumah anak yatim tu dia nampak sorang pakcik macam mentenan dekat rumah anak yatim tengah main satu permainan di basemen. Jadi Beth ni suka turun ke basemen dan tengok pakcik tu buat apa. Pakcik tu perasan Beth ni duk perati lalu pakcik tu pn ajak main skali iaitu chess. Dari sini Beth ni jadi minat dengan chess dan dia perasaan dia ada keistimewaan dalam permainan ni. Boleh kata die gifted la sebab dia boleh berimaginasi untuk latih diri dia dalam mainan chess. Sebab apa dia guna imaginasi? sebab Beth ni takda chess dan tak da duit nak beli. Jadi dia hanya guna imaginasi sebelum tidur untuk berlatih chess. Beth ni ada satu perangai baran dan dia tak suka kalah. 

Sampai satu hari dia di ambil sebagai anak angkat. Dari situ la permulaan dia mula masuk banyak pertandingan. Tapi setiap perjalanannya ada liku-liku susah yang dia perlu lalui. Sebab keluarga angkat dia pun bukan lah kaya. Nak beli chess pun xmampu. Hidup pn kena jimat. Tapi mak angkat dia baik. Dari situlah Beth bergantung pada diri sendiri untuk terus bejaya dalam dunia chess.

Lepas tengok cerita ni Faiz hari2 ajak main chess 😂. Tapi ikot peraturan dia lah.

Kategori miniseries

1) Pusaka

Sumber: hmetro

Pelakon Mimi Lana Shafiq Kyle. Mimi lana dan shafiq kyle ni kembar. Shafiq kyle angggota polis tapi mimi lana ni terlibat dengan dadah sebab kurang kasih sayang.Mak ayah dah takde.Shafiq kyle pulak busy. Sampai satu masa Shafiq Kyle handle satu kes yang melibatkan ilmu hitam. Oklah sampai sini jelah.

Maaf kalau ada nama watak ummi dah tak ingat..heheh. Sekian terima kasih kerana sudi singgah. 

18 comments:

  1. boboiboy tu la yang dah ulang2 tengok setakat ni dengan anak2 haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. boboiboy mmg srnk terbaik kartun malaysia kan syaz hehheheh

      Delete
  2. Tengok cerita Johnny English yang pertama dan kedua:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa pula tengok diri Johnny English di siaran TV biasa.
      Kalau di Netflix banyak tengok siri Korea.

      Delete
    2. oo hehe.. johnny english mmg best.... sebab budak suka..pastu diorg paggil tu mr bean...

      Delete
  3. tak sempat lagi nak tengok queen of gambit tuu hehe

    ReplyDelete
  4. android tv box ni nk kene ade unifi kat umah kan? 😅😅😅

    ReplyDelete
  5. semua da tgk kecuali pasal kau..
    ha nk tgk la sat g heheh

    ReplyDelete
  6. boboyboy tu kerap sgt hubby ulang tgk.. haha
    yg lain tak tgk lg

    ReplyDelete
  7. boboyboy tu dah layan kat astro, banyak yang dah layan kecuali yang ada khairul azren dengan movie seram tu

    ReplyDelete
  8. rasanya semua akan ketagih tgk cerita ni. semua peringkat umur boleh layan
    susu penuh krim
    tepung susu
    kebaikan susu

    ReplyDelete
  9. Terbaek ni :)

    Jom join GA sahabat kita ni :)

    https://ejulz.blogspot.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html

    ReplyDelete
  10. The Queen's Gambit & Pusaka tu dah prnh tngk

    ReplyDelete
  11. meme langgan netflix. kongsi dgn 3 org member lagi. jimat kan? cuma bila dah start sek ni x sempat nak mengadap TV.

    ReplyDelete