Salam semua,
Semalam kes covid meningkat kepada 800 lebih kes dengan kewujudan kluster baru. May Allah bless all of us. Hindari kita semua dengan penyakit merbahaya. Aamiin.
Harini rasa tergerak nak cerita tentang ulam sambung nyawa yang ummi dapat dari sepupu Ummi di klang beberapa bulan lepas. Ulam ni beberapa kali juga ummi petik pucuk dia buat makan dengan nasi. Ulam ni senang nak jaga. Tanam dalam pasu pun dia besar. Tak kisah jemur panas ke janji pagi-pagi siram tanah dengan air. Sembur-sembur daun dengan air. Masa bawa balik sini dia kecik lagi serta susunan pasu boleh tengok dalam entri Ummi ini : Tanam pokok di rumah flat: Pokok sambung nyawa, ulam raja, aloevera dan bayam brasil
Sekarang pokok nya da besar seperti di bawah. Merimbun senget ke tepi...sebab dia menghala ke matahari. Ummi bawak ke depan pintu rumah sebab nak kerat batang dia lepas tu tanam balik.
Cara tanam:
Ulam ni mudah nak tanam semula sebab boleh tanam melalui keratan batang. (Ini ummi refer dekat utube ya) harini baru nak try buat.. hehe.. harap-harap menjadi. Nanti boleh bagi kepada jiran keratan batang.
Kerat batang dia. Lepas tu buang daun sikit.. Lepas tu cucuk je ke tanah.
Daun Ulam di basuh untuk di makan dengan nasi.
Rasa:
Daun ni rasa dia lemak manis. Ulam ni ada rasa tersendiri tapi rasa dia tidak ketara/pekat macam ulam lain. Daun ulam dia pun lembut. Kalau makan tu rasa macam makan nasi je. Anak Ummi pn Ummi bagi makan.
Khasiat:
Sumber penerangan tentang khasiat ummi ambil dari facebook:
Ulam dan herba
Mengurangkan kadar kolestrol dan dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Di Malaysia ia juga di gunakan untuk merawat sembelit, kencing manis dan kanser. Selain itu merawat masalah buah pinggang.
Ulam ini biasa di makan mentah dan batangnya boleh digunakan untuk meredakan demam .
Ia juga di gunakan dalam penyembuhan penyakit ginjal, disentri, infeksi kerongkong. Ia juga membantu menyeimbangkan datang haid dan menghentikan pendarahan, melancarkan fungsi ginjal dan gigitan binatang berbisa. Umbinya boleh menghilankan darah beku (haematon) pembengkakan serta patah tulang.
Cara guna:
Untuk ubat di minum, rebus 7-12 helai daun segar, sementara untuk kegunaan luar, giling daun segar hingga lumat dan tampalkan di tempat sakit.
Sekian terima kasih kerana sudi singgah. 😉