Salam semua.
Ini adalah penyertaan Ummi untuk blogger cik Miela. Untuk yang nak menyertai segmen bloglist ni boleh tekan di banner di bawah untuk terus ke blog cik Miela ni..
Jom sama-sama menyetai. Tarikh tutup 15/5/2020.
Sekian.
Terima kasih kerana membaca ;)
Wednesday, April 29, 2020
Monday, April 27, 2020
Kuih Bakar / Kuih Bingka Pandan Tanpa Bijan
Salam kawan-kawan,
Bulan puasa ni berbuka mesti nak ada benda manis untuk side dish. Entri harini kuih bakar pandan tanpa bijan. Kuih muih ala-ala musim pkp ni bahan tak perfect. Dalam banyak-banyak resipi ini paling mudah dan gerenti jadi. hehe.
Kuih Bakar / Kuih Bingka Pandan Tanpa Bijan
Bahan-bahan:
1) 1 cawan gula
2) 1 cawan air kisaran pandan (Ummi guna air+esen pandan warna hijau)
3) 2 cawan tepung gandum
4) 1 1/4 cawan santan (ummi guna santan kotak setengah cawan+air utk buat cair)
5) 2 sudu makan mentega
6) 3 biji telur.
7) 1/2 sudu teh garam
Cara-cara:
1) Masukkan semua bahan dalam blender dan blend bagi sebati
2) Letak 2 sudu minyak ratakan dalam loyang dan masukkan dalam oven panaskan oven 180 darjah
3) Bila minyak da panas, masukkan bancuhan blend tadi dalam loyang dan bakar dalam oven hingga atas nampak garing (Ummi letak 1 jam), 180 darjah api atas bawah, duk tengah.
4) Angkat dan sejukkan. Boleh di hidangkan bila sejuk
Kredit resipi to: Rasa
Sekian terima kasih.
Terima kasih kerana membaca.
Bulan puasa ni berbuka mesti nak ada benda manis untuk side dish. Entri harini kuih bakar pandan tanpa bijan. Kuih muih ala-ala musim pkp ni bahan tak perfect. Dalam banyak-banyak resipi ini paling mudah dan gerenti jadi. hehe.
Kuih Bakar / Kuih Bingka Pandan Tanpa Bijan
Bahan-bahan:
1) 1 cawan gula
2) 1 cawan air kisaran pandan (Ummi guna air+esen pandan warna hijau)
3) 2 cawan tepung gandum
4) 1 1/4 cawan santan (ummi guna santan kotak setengah cawan+air utk buat cair)
5) 2 sudu makan mentega
6) 3 biji telur.
7) 1/2 sudu teh garam
Cara-cara:
1) Masukkan semua bahan dalam blender dan blend bagi sebati
2) Letak 2 sudu minyak ratakan dalam loyang dan masukkan dalam oven panaskan oven 180 darjah
3) Bila minyak da panas, masukkan bancuhan blend tadi dalam loyang dan bakar dalam oven hingga atas nampak garing (Ummi letak 1 jam), 180 darjah api atas bawah, duk tengah.
4) Angkat dan sejukkan. Boleh di hidangkan bila sejuk
![]() |
| Zoom sikit |
Sekian terima kasih.
Terima kasih kerana membaca.
Kek Batik Tanpa Telur
Salam kawan-kawan,
Entri hari ini adalah berkenaan dengan resipi. Iaitu resipi kek batik tanpa telur. Resipi ini ummi dapat sejak 7 tahun lalu. Ada sorang kawan tempat kerja lama Ummi kongsikan resipi ini. Sampai sekarang kalau buat kek batik Ummi guna resipi ini. Sebab senang dan bahan tak perlu banyak. Anak pun suka.
Kek Batik Tanpa Telur
Bahan-bahan:
1) 1 bungkus biskut marrie (kalau rasa nak lebihkan coklat boleh kurangkan 3/4 bungkus biskut)
2) 1/2 cawan butter/marjerin
3) 1/2 cawan milo
4) 1/2 cawan koko
5) 1 cawan susu pekat (resipi asal kawan Ummi 1 tin, tapi Ummi adjust 1 cawan sebab terlalu manis)
6) 1/4 cawan air masak (kalau suka biskut lembut, ummi add dalam resipi asal sebab ummi suka bagi biskut tu lembut sikit)
Cara-cara:
1) Patah -patahkan biskut marrie kepada 4 bahagian jangan terlalu kecil. Letak tepi.
2) Panaskan butter dalam kuali, lepas cair butter masukkan milo, koko dan susu pekat. Masa ni anda boleh rasa nak manis lagi ke da cukup manis.
3) Kacau-kacau bagi rata kalau agak-agak macam pekat sangat masukkan air masak. Kacau lagi.
4) Masukkan biskut marrie bila agak-agak bancuhan dah sebati dan pekat.
5) Gaul sampai biskut sebati dengan bancuhan.
6) Sementara adunan masih panas tempa dalam bekas dan ratakan. Boleh potong bila sejuk
![]() | ||
| zoom sikit |
Terima kasih kerana membaca ;)
Saturday, April 25, 2020
Projek sains untuk anak tadika
Salam kawan-kawan,
Entri Ummi harini adalah berkenaan dengan projek sains yang boleh dilakukan di rumah untuk anak. Ini adalah antara aktiviti yang Ummi pernah lakukan dengan Faiz:
1) Magic sand.
Magic sand ni Faiz dapat di tadika semasa little scientist datang menyambut hari kelahiran anak-anak bulan Januari. Magic sand ni memang magic sebab sand boleh di bentuk dalam air.. Bila keluarkan dari air, sand tu kering. Air tak melekat di pasir. Teruja la si Faiz ni. Tambah dapat celup air.
2) Water Science Kit
Yang ni Ummi beli di shopee. Ummi ajar tentang penapisan air.
3) Orbit
Umi beli sama-sama dengan Volcano Eruption dan Water Sciece Kit. Orbit ni kena pasang dan warna kan sendiri.
Umi beli sama-sama dengan Volcano Eruption dan Water Sciece Kit. Orbit ni kena pasang dan warna kan sendiri.
4) Volcano Eruption
Asalnya Ummi nak DIY je tapi tak jadi dan susah. Akhirnya Ummi beli je. hehe. Siap dapat free spek mata lagi. Ummi beli di shopee juga
Sekian.
Terima kasih kerana membaca =)
Sunday, April 19, 2020
Segmen Apakah PERKARA pertama yang anda ingin lakukan selepas PKP by zzzyy.blogspot.com
Salam kawan-kawan,
Jom bersegmen lagi. Ummi join segmen by ShirVen. Beliau adalah antara yang lama dah dalam bloglist Ummi. Blogger dalam bloglist Ummi walaupun kadang-kadang Ummi tak sempat nak tinggal kan jejak komen tapi bila buka blog Ummi akan baca update kawan-kawan. Untuk yang nak join segmen beliau boleh klik banner di bawah tau. Tarikh tutup 28/4.
Perkara pertama Ummi akan buat selepas PKP berakhir adalah keluar bersiar-siar bersama anak dan suami sambil melihat alam semulajadi dengan bebas dan nak balik kampung please ;)
Selamat bersegmen kawan-kawan. Support ShirVen! ;)
Terima kasih kerana sudi membaca ;)
Friday, April 17, 2020
Segment Share Resepi Perintah Berkurung by Mamapipie & Cariblogger
Salam semua atas ni banner link kepada segmen mamapipie, Kak Adda. Kak Adda memang memahami musim pkp ni ramai wanita-wanita buntu nak mencari resipi nak masak apa kan. Samalah dengan Ummi, kalau ada resipi-resipi yang di kongsikan sebenarnya bagus untuk kita dapat idea nak memasak kan. hehe. Untuk yang nak join syarat-syarat ada di blog Kak Adda ;)
Sini Ummi kongsi resipi dari blog Ummi iaitu Ikan Bakar dan Air Asam
Dan kalau anda semua nak idea lebih banyak boleh cari idea di sini Mari lihat 30 Makanan Tradisional Melayu Paling Popular di Malaysia
Dan cari idea di blog Kak Adda juga Resipi mama
Selamat bersegmen dan mencari idea untuk memasak.
Terima kasih membaca
Segmen Pertukaran Bloglist Oleh Abam Kie
Salam semua,
Abam Kie dah lama duk dalam bloglist Ummi, sepanjang berblog ni Ummi suka singgah ke blog beliau sebab banyak juga ilmu-ilmu yang dikutip dari blog beliau. hehe. dan blog nya juga santai-santai. Ini pertama kali ummi join segmen dari Abam Kie. Untuk yang nak join boleh ke link di banner ni ya. Syarat-syarat boleh di baca di blog Abam Kie.
Selamat bersegmen kalian!
Sekian.
Terima kasih kerana membaca.
Subscribe to:
Posts (Atom)








