Hi followers ;)

Sunday, March 22, 2020

Aktiviti bersama anak sempena Perintah Kawalan Pergerakan

Salam semua,

Hari ni hari ke-5 'stay at home' dengan anak untuk menurut perintah PM kita untuk memecahkan rantaian Covid-19.

Hari pertama dan kedua bersama dengan anak dan work from home sangat struggle.

Dari sudut positif Perintah Kawalan Pergerakan

1) mengurangkan risiko jangkitan
2) menyahut seruan kerajaan dan sultan kita 
3) menjimatkan duit
4) mengeratkan silaturrahim
5) kulit jadi putih =p
6) otak jadi kreatif
7) rajin masak =p
8) tahu perkembangan anak di sekolah
9) etc

Aktiviti yang Ummi buat

Memandangkan rumah ummi kecil sahaja aktivit adalah terhad. Jadi ummi buat aktiviti yang biasa-biasa sahaja

1) Playdough
2) Mewarna
3) Latihan pengukuhan abjad dan nombor
4) handphone (di gemari anak tapi limited time lepas settle mandi latihan semua)

Senjata yang Ummi beli sebelum berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan




Belanja video Faiz di rumah ;)

 

Semoga semua dapat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 march dan Malaysia dapat mengapuskan covid-19

Sekian semua .

Thursday, March 12, 2020

Covid-19 Pencegahan Itu Lebih Baik

Salam sahabat-sahabat Ummi,

Lama dah tak update blog Ummi. Mood nak mengarang ni makin lemah pulak. Kelmarin dapat email untuk buat kerja dari rumah untuk pembersihan bangunan pejabat. Kelmarin, semalam dan harini sudah terasa pishang untuk kerja dari rumah. Esok tidak tahu lagi. Kalau bercuti tidak lah pishang. Namun kalau bekerja di rumah lama-lama sangat la pishang. Kena duduk rumah dalam keadaan bekerja. Dapat bezakan tak. huhuhu. Tapi apa-apa pun demi kesihatan masyarakat.

Penyebab kepada kerja dari rumah


Ummi dan staff lain di suruh dengan paksa untuk bekerja dari rumah oleh company memandangkan salah seorang  daripada pekerja dari tower sebelah telah di sahkan positif Covid-19. Seperti biasa company yang terbabit mengeluarkan pekeliling kepada semua untuk melaporkan diri untuk pemeriksaan kepada KKM sekiranya mempunyai kontek dengan pesakit.  Naudzubillah kepada semua yang terlibat dan tidak terlibat. Semoga kita semua di jauhkan dari ujian yang tidak dapat kita tanggung. Semoga semua sihat dan cepat-cepat sembuh hendaknya. Pembersihan bangunan di lakukan. Sekarang pihak penyelia bangunan mengetatkan untuk buat pemeriksaan suhu dan untuk yang ada sakit tekak/ seleseme/ batuk di minta teruskan bekerja dari rumah. Pembersihan giat di jalan kan. Setiap 2 jam akan di lakukan pembersihan di setiap level. Begitu efektif dan dan tegas dalam mencegah penyebaran penyakit ini.

Langkah pencegahan boleh di search dalam web gov.


Dengar lagu 7 nasihat

Sambil-sambil buat kerja di rumah, dengar lagu 7 Nasihat. Tak sangka sedap dan bawak maksud mendalam.
Artist :Dato’ Sri Siti Nurhaliza, KmyKmo & Luca Sickta Title : #7 Nasihat Composer : Kmy Kmo, Luca Sickta (Luncai Emas (M) Sdn Bhd) Lyrics : Kmy Kmo, Luca Sickta (Luncai Emas (M) Sdn Bhd) Music Arrangements : Luca Sickta Guitarist : Muhammad Indra Hidayat Seruling : Khairul Hakim Gambus : Muhammad Syamil Bassist : Nik Ahmad Shauqi Backup Vocals : Bella Iris, Kmy Kmo, Luca Sickta Mixed & Mastering by Felix Voon Video made by : @irfanramos
https://www.youtube.com/watch?v=5w_kRsNZ4cc

Sekian.

Friday, February 28, 2020

SUNSHINE GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI

Salam semua,

OmbakBergigi buat GA . Jom pakat-pakat join.. Tarikh tutup 24 Mac 2020.. Klik banner untuk ke entri GA ni.

http://www.ombakbergigi.com/2020/02/sunshine-giveaway-by-ombakbergigi.html

"Apakah perkara yang menceriakan hari anda sepanjang Januari 2020?"

Jawapan: Tahun ni ummi da tak perlu stress menghadap jem dari rumah ke tempat kerja. Kerana awal tahun 2020 husband ummi beri kelulusan untuk menunggang motosikal pergi dan balik dari Shah Alam (rumah) ke PJ (tempat kerja). Alhamdulillah genap 2 bulan dah jadi penunggang motosikal dalam tahun 2020 ni. Sebelum ni naik bas atau kereta makan makan 2 jam pergi dan balik 2 jam lagi. Sekarang dengan bawak motor 30-40 minit da sampai rumah. Masa bersama keluarga pn makin panjang ;). Sebelum naik kenderaan baca doa naik kenderaan ;)


Sekian. Terima kasih baca blog Ummi ;)

Saturday, February 22, 2020

Grolier Home Learning Programme

Salam sahabat-sahabat,

Zaman sekarang banyak home learning programme kan. Home learning programme ni biasa nya orang-orang yang mengkaji teknik-teknik untuk pengajaran dan pembelajaran dengan mudah. Selalunya program sebegini agak membantu mengikut kesesuaian orang yang belajar. Diorang ni ada produk dan tool sendiri kalau kita beli barangan.

Promote

Hehe. Ummi bukanlah orang yang menjual bahan-bahan nya. Tapi saja nak kongsi dengan kawan-kawan. Kejadiannya di Tesco Shah Alam Faiz baru umur setahun, tetibe ada promoter duk promote ttg Grolier. Bukak booth di Tesco Shah Alam. Pung pang pung pang. Sudahnya tersign. haha. Almaklumlah promoter nya pun jenis pandai bercakap sampai Ummi terpengaruh. Grolier ni kalau nak ikotkan mahal jugak sebab harganya dekat 3k. Die bagi option untuk bayar bulanan. So Ummi ambik yang bayar bulan-bulan RM105 selama 2 tahun. Udah macam beli motorkan kena bayar bulan-bulan. Bila fikir-fikir  balik macam wow. Mahalnya. 

Barangan Produk Glorier

Grolier talking pen

Groler drawing book

Grolier fun thinker

Grolier morphun

rak percuma

dapat statement bayaran bulanan lepas bayaran selesai.
Ummi is legaaa
Pros and cons

Cons:
Cons dulu. Sepanjang beli benda ni Ummi rasa berat jugak sebab ada komitmen bulananan. hahaha.Kalau time mak/ayah malas memang xbukak pun benda-benda ni. Di gunakan ketika rajin. Ada masa faiz cepat bosan jugak dengan buku-buku ni. So memang kena stop then bukak lepas lame tak guna buku-buku ni. So bukan daily use lah. Apa kita expect dengan budak2 kan..hehe.. bukan senang nak fokus.

Pros:
Carilah kat kedai memang tak jumpe benda-benda ni. Morphun ni faiz paling suka dia ala-ala lego. Kalau time malas nak layan dia, dia boleh main sorang-sorang morphun ni. Sekarang 5 tahun mmg xbeli lego lain dah.. setia dengan morphun. Perasaan berbaloi tu ada dengan morphun.

Kesimpulan

Lepas beli ni kadang-kadang ada beberapa kali seller dari grolier bukak booth dekat shopping complex dan offer untuk tambah produk die. Sebab produk dia ada ensiklopedia lah, tab lah.hehehe . So far bagi Ummi cukuplah kot.hahaha..sebab sekarang masa dengan dia pn da limit di rumah dia da start belajar di tadika. Malam nak fokus mengaji dan hafazan. Biarlah nak keluar duit untuk bayar yuran tadika die + kelas berenang pulak.. hehehe.. Nak buku lagi kite pergi library Tun Uda je.. no more beli benda mahal camni. 


MORPHUN
Oklah. 

Sekian dari ummi. ;)

Friday, February 21, 2020

Menang GA by Waniey Nordin

Salam kawan-kawan,


Alhamdulillah awal bulan haritu  Ummi menang tempat ke dua GA Waniey Nordin.
Baru sempat nak menulis sebab bulan ni super duper busy.

Terima kasih Lieza lieyzanordin.
Semoga murah rezeki awak. ;)

Ummi pun tak sangka dapat hadiah tempat kedua. RM50 + T&G e-wallet. hehe.. 
Lieyza ni ada buka cafe di Sri Permaisuri dan branch baru yg kedua di Setapak kalau korang ke Sri Permaisuri dan Setapak boleh singgah ke sana untuk makan

Atau order jer guna Foodpanda dan Bungkusuit. ;)

Bawah ni nama cafe beliau. Detail menu ada di blog beliau.
menu ;)



Sekian..





Saturday, February 8, 2020

Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends

Salam sahabat-sahabat semua. 

Mamapipie ada buat GA lagi kalini hadiah lebih lumayan. Jom kita join ;)

Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends. Ini adalah sticky post sehingga 29 February 2020 nanti. So sehingga itu, entry terbaru mama ada di bawah post ini ye. Jom ramai-ramai join Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends.


Klik banner untuk ke mamapipie blog:
Giveaway%2BWang%2BTunai%2BMamapipie



"

Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends


  1. Terbuka kepada blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan bank in wang tunai
  2. Buat satu blog post bertajuk "Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends". Tepek banner di atas beserta link ke post ini.  Boleh copy code html yang mama dah sediakan di bawah post ni bagi memudahkan kerja korang.
  3. Tag 3 rakan 
  4. Wajib Follow Youtube ibusyurga: Klik Sini -> Youtube ibusyurga
  5. Wajib Follow & Letak Blog di bawah ke dalam Bloglist korang
Ini syarat wajib dan mama akan check satu.. satu.. Kalau tak patuhi syarat ni korang akan disqualified.

Mama galakkan korang rajin singgah dan komen blog penaja kerana hadiah utama akan dipilih sendiri oleh penaja. Mama pun tak pasti bagaimana cara mereka akan memilih pemenang nanti..

  • Digalakkan Follow Media Social Mama: Instagram FB Youtube Twitter FB Page
  • Last sekali, tinggalkan link pernyertaan korang di post ini.
  • Tarikh tutup giveaway adalah pada 29 Feb 2020 11.59 malam. 
  • Insya Allah, pemenang akan diumumkan pada 5 mac 2020


Hadiah Wang Tunai RM1000 - Senarai Hadiah

Wang tunai sejumlah RM 1000 akan dihadiahkan kepada 17 orang pemenang.. Banyak kan.. Alhamdulillah, Semoga murah rezeki penaja kita. Sama-sama kita doakan agar penaja-penaja kita sentiasa murah rezeki dengan rezeki yang berkat, diberkati Allah dan bisnes sentiasa menjadi. Seramai 17 pemenang akan dipilih memenangi total RM1000 nanti. Pemenang hadiah utama akan dipilih sendiri oleh pihak penaja. Jom tengok senarai hadiah yang akan dimenangi:

Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

1 x RM200

Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

2 x RM100

Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

14 x RM50


Korang boleh copy code html di bawah dan paste as html dalam blog post korang. Good luck semua!!"


Ummi tag 3 kawan Ummi:

2) Wak Lat

Sekian. Semua di jemput join ;)

Saturday, February 1, 2020

Pencuci Kulit Cream Iris : Membantu mengatasi gatal kulit

Salam semua,

Ummi nak story pengalaman Ummi mengalami masalah kulit yang teruk. Dari awal tahun lepas tak tahulah apa punca mungkin sebab faktor usia, Ummi alami gatal di kaki dan pelipat lengan sampai pergi jumpa doktor dan doktor cakap mungkin eczema dan dibekalkan ubat makan dan sapu. Gatal nya Allah je tahu. Merenyam orang kata. Sikit-sikit nak menggaru.. Dari kawasan gatal kecil jadi besar. Ubat doktor bekal kan kena consume 3 hari.. selama 3 hari tu ummi makan dan sapu perubahan adalah. Doktor jugak pesan dekat Ummi pantang makan. Hmm part pantang makan susah sikit.. Kita ni mak-mak cemane nak pantang makan. Ubat doktor agak membantu tapi hari ke 4 gatal datang balik. Doktor pesan kalau gatal jugak nak kena jumpa pakar kulit. Dengar perkataan pakar pn da seram. Hehe. Segala petua ummi search untuk elokkan kulit. Tapi tak berkesan. So Ummi bertahan la beberapa bulan dengan gatal-gatal ni.

Diperkenalkan dengan ubat sapu

Satu hari ada orang kenalkan Ummi dengan ubat sapu ni. Dan alhamdulillah Ummi pakai hari kedua dah hilang gatal. Takda dah rasa nak menggaru. Ummi pakai sikit2 dan skip2 jugak sementara kulit nak elok. Yela kulit da setahun lebih menggaru, kulit akan start jadi gelap. Sementara nak baik tu Ummi sapu juga..kadang-kadang terlupa juga. Yang penting dah tak gatal-gatal lagi. Harini masuk hari ke 7 ummi guna cream ni. dan Ummi da tak menggaru. So far da makin improve kulit Ummi.


Testimoni yang buat Ummi nak try produk ni



Gatal kulit ni seksa sebenarnya untuk orang yang kena. Jadi Ummi suggest try pakai ni if ubat klinik tak jalan. nak jumpa pakar kulit mahal.

If ada yang mengalami masalah ni dan nak order boleh wasap no Ummi 0125806019 harganya RM47.

Thank you for reading =)