Hi followers ;)

Friday, April 17, 2020

Pencarian Bloglist By Aisyhah Nyais!

Salam kawan-kawan,

Adik cantik Aisyha Nyais buat pencarian blogger untuk bloglist beliau. Jadi ini juga untuk kita menambah kenalan di blog. Kalau anda nak join klik pada banner ya ;)

https://aisyhahnyais.blogspot.com/2020/04/pencarian-bloglist-by-aisyhah-nyais.html
Ummi tag 3 rakan blog Ummi antara yang selalu singgah komen blog Ummi. Terima kasih;)

2) Sha 

Tuesday, April 14, 2020

Resipi : Scrambled Egg

Salam kawan-kawan,

 Ummi nak kongsi resipi breakfast yang mudah iaitu Scrambled Egg. Kalau malam-malam lapar boleh la masak ini untuk alas perut. Scrambled egg ni Ummi breakfast makan dengan wrapper adun sendiri memandangkan takda roti.

Bahan-bahan :

1) telur 
2) marjerin/butter

Cara:

1) Masukkan marjerin/butter dalam telur yang telah di pecah dan kacau kejap dalam mangkuk. 
2) Panaskan kuali, dan masukkan telur dan kacau-kacau untuk bagi die beketul-ketul dan tidak ada bahagian hangit

Video Scrambled Egg Ummi

Sekian. ;)

Drama Thailand : The Crown Princess

Salam kawan- kawan,

Macam ramai pulak marathon tengok movie atau drama sepanjang PKP ini. Untuk yang ada unifi, semua channel da di buka untuk rakyat Malaysia duduk rumah. Jadi Ummi kadang-kadang tengok jugak Fox Movie.

Sebelum ini post Ummi tentang drama thailand Switch. Sebab pelakon dia berbakat Ummi pun ternampak pelakon hero dan heroin dalam drama ni jugak berlakon dalam The Crown Princess. Terbawak-bawak la Ummi marathon cerita ni dalam youtube. haha

Sinopsis Drama

Credit : wikipedia
Selepas pentabalan Princess Alice, dia di buru untuk di bunuh memandangkan atok Princess Alice  nak bagi takhta beliau kepada Princess Alice sedangkan pewarisan itu telah melangkau beberapa orang kerabat yang sepatut nya menjadi hierarchy yang sepatutny memegang takhta tersebut. Ibu ayah Alice dah tiada jadi sememang nya atok dia sayang kan Alice lebih. Selain itu Alice ni jugak bukan cucu yang manja, tapi cukup berdikari dan sangat sayangkan atok dia dan berjiwa rakyat. Atas sebab tu atok dia merasakan Alice adalah yang paling layak. 

Berdasarkan cerita ni Princess Alice ni sepatut nya hierarchy ke 4 pewarisan taktha. Jadi ada conflict antara Alice dan pewaris takhta hierarchy pertama (pakcik Alice), kedua (anak lelaki pakcik Alice) dan ketiga (anak perempuan pakcik Alice, cucu perempuan pertama atok Alice).  Pak cik Alice dan anak lelaki beliau sememang nya terang-terang tak suka pada Alice. Manakala anak perempuan Pakcik Alice (Princess Kate) ni rapat dengan Alice dan baik.

Untuk menjaga Alice atoknya melatik seorang Leftenan Komander menjaga beliau. Sebagai bodyguard dan suami upahan secara rahsia.  Namanya Davin. Sekarang ni Alice tidak tahu antara ketiga-tiga hierarchy atas beliau, siapa yang berniat nak membunuhnya. Jadi semasa berlaku banyak-banyak conflict. Maka terbongkar lah siapa dalang di sebalik semua ni.

Okay sampai sini sahaja. Kalau nak detail tengok di youtube.

Terima kasih kerana membaca ;)

Sekian

Friday, April 10, 2020

Drama Thailand : Switch

Hi Kawan-kawan,

Tempoh PKP ni anda buat apa? Ummi duduk di rumah ada kelas dengan anak dan tengok tv. Hehe.. Ada satu cerita Thailand yang Ummi rasa tertarik nak tengok. Drama Switch. Drama ni setiap hari Isnin- Khamis (kalau tak silap) jam 6.00 petang TV3. Kalau korang tengok mesti geli hati. Sebab pelakon pandai bawak watak dan kelakar tu datang dengan spontan.

Sinopsis setakat Ummi tengok. Haha

sumber : Facebook Switch
Pethra ni Mutiara Asia kira pelakon perempuan terkenal. Ramin dalam cerita ni kita anggota polis berpangkat tinggi. Satu hari ada kejar mengejar antara Ramin, Pethra dan penjahat (ummi tak tahu punca kejar mengejar tu sebab apa sebab tengok pon episode berapa dah). Tengah kejar mengejar tiba-tiba Pethra dan Ramin terjatuh bangunan. Ramin berpaut pada kain dan Pethra berpaut pada Ramin. bergayut la dua orang tu menjerit-jerit Pethra tergantung dengan Ramin di situ. At last terjatuh jugak kat bawah. Lalu cedera parah la dua orang ni. Kebetulan dua orang ni jatuh, ada kereta nak lalu, nasib baik tak terlanggar. Kebetulan yang bawak kereta tu bomoh. Diorang dua di bawa ke hospital dan roh dua orang ni keluar bersama dengan bomoh. Untuk selamat kan Ramin dan Pethra, bomoh tu tolong adakan upacara untuk masukkan roh masing-masing ke badan mereka. Upacara untuk selamatkan Ramin dan Pethra berjaya.

Malangnya, roh mereka tertukar badan. Roh Pethra masuk ke badan Ramin, begitu juga sebaliknya. Bila da jadi macam tu, bomoh tak berjaya nak tukar balik, dan mencadangkan Pethra yang dalam badan Ramin untuk teruskn hidup sebagai Ramin iaitu anggota polis. Begitu juga Ramin, perlu hadapi hidup sebgai pelakon sementara bomoh tersebut cari jalan untuk tukar balik roh mereka.

Tu jelah sinopsis dari Ummi. Cerita ni light dan kelakar. Thailand ni buat cerita bukan main, kalau sedih, real sedih. Kalau kelakar pun menjadi. Mungkin ke Pethra yang artis perempuan lemah lembut boleh jalani tgjawab sebagai polis manakala Ramin yang polis terpaksa jalani hidup sebagai pelakon perempuan.

Hehe.

Okay sampai sini je.

Sekian,

Terima kasih kerana membaca.

Mask dan Menang GA by Mamapipie : Rezeki tak di sangka

Salam kawan-kawan,

Harini dah masuk minggu ke-5 kita menjalani tempoh PKP. Walaupun dalam tempoh PKP, namun Ummi tetap bertanya khabar orang-orang di kampung. Sampai satu hari, adik Ummi (kerja kaunter duit) watsapp Ummi mengadu susah nak cari mask di kampung . Walaupun di kampung Ummi tidak ada kes lagi. Tapi kampung lain dalam kawasan sudah ada 1 kes. Memandangkan adik Ummi berdepan dengan pembeli, jadi perlu pakai mask untuk protection.

Jadi Ummi pon belikan mask di shoppee untuk family di kampung. Sesungguhnya masa nak beli mask memang lama Ummi godek-godek shoppee. Sebabnya banyak kes penipuan dalam pembelian mask kan. Mask nipis lah, apa lah. Ummi godek-godek akhirnya dapat lah mask yang Ummi rasa berkualiti dan feedback customer pun okay. Tambahan pulak ready stock. Memang sampai pun awal di kampung. Bila mask da jadi keperluan, Ummi pejam mata je. Asalkan abah dan adik Ummi bila keluar pakai mask.


Menang GA by Mamapipie
 
Sebelum ni Ummi ada join giveaway 3 in 1 by Mamapipie. Ummi dalam bab dapat cabutan bertuah memang selalu tak dapat. haha. Tapi Alhamdulillah lepas 2-3 hari Ummi beli mask di shoppee, mama umumkan pemenang GA 3 in 1, Ummi memang tak sangka dapat hadiah wang tunai dari Mama sebanyak RM100 sama macam harga mask Ummi hantar balik kampung. Terima kasih mama. Ummi doakan murah rezeki mama dan penaja-penaja. Tahniah juga kepada pemenang yang lain ;)

 
Sekian.

Terima kasih kerana membaca.


Tuesday, April 7, 2020

Ikan bakar dan air asam sempoi

Salam semua,

Musim pkp ni ramai yang kongsi resipi masakan. Tapi ada satu manisan sampai sekarang Ummi tak ada kesempatan nak buat iaitu kek batik. Puncanya husband cari serbuk koko di pasaraya tak jumpa. Takdan nak belek lama mencari katanya. Mana tak nya, masuk pasaraya kena beratur lepas tu dapat masuk dia bagi masa 20 minit je masa untuk sorang cari bahan nak beli kalau tak nanti troli berbunyi korang kena cangkuk dengan pak guard suruh cepat-cepat bayar dan keluar. Dah macam acara master chef plak berkejor cari barang . Time ni untuk para suami tak boleh dah nak terhegeh-hegeh baru nak kenal makhluk flora dan  fauna untuk  di masak. Kne study sesiap sebelum ke pasar raya. Sebab korang ada masa 20 minit je utk ambik barang dalam pasaraya dan bayar. Orang lain yang beratur pun nak beli barang jugak ek.

Eh banyak pulak Ummi membebel. 

Sekarang Ummi nak kongsi resipi yang sebenarnya favourite mak mertua Ummi. Boleh kate all time favourite lah .haha. So resipi ummi simple je.

Bahan ikan bakar:

1) ikan cencaru (paling sedap kalau xde ikan apa-apa pun takpe)
2) kunyit
3) garam cukup rasa
4) asam jawa
5) daun pisang

Air asam

1) cili padi hijau/merah
2) bawang (potong dadu)
3) tomato (potong dadu)
4) air asam jawa +air
5) belacan (bakar)
6) garam

Cara-cara:

Ikan bakar:
1)  Salai daun pisang supaya lembut, sementara ikan di gaul garam kunyit dan asam jawa.
2) Balut ikan dengan daun pisang
3) Masukkan ikan tadi ke dalam pemanggang ajaib dan di tutup. Pastikan api paling perlahan. Untuk elakkan hangit diluar terlalu awal.
4) Bila ikan da masak baru kuatkan api untuk pastikan ada kesan bakar di luar dan keluarkan bau daun pisang

Air asam
1) Gaul semua bahan sebati dan perasa dengan garam


Nak senang Ummi kelipkan sekali video masak-masak Ummi. Walaupun tak cantik macam video masakan yatie kitchen, che nom dan sebagainya. Tapi bolehlah nak edit masa-masa terluang di hari tua. heheh.



Terima kasih kerana membaca ;)


Saturday, April 4, 2020

Aktiviti bersama anak sempena Perintah Kawalan Pergerakan 2

Salam semua.

Entri ini adalah sambungan entri
Aktiviti bersama anak sempena Perintah Kawalan Pergerakan 

Apa anak-anak buat masa cuti PKP? Bila cuti tak boleh klua kita mak ayah pn ligat fikir nak buat aktiviti untuk anak-anak. Takkan nak main handphone sahaja..

Faiz ni jenis addicted sikit kalau bab  handphone. Kalau die mintak memang sebolehnya taknak bagi sebab kalau bagi nanti lain macam perangai. Nak pujuk stop main handphone memang berdrama. Tapi sometime ummi bagi jugak kalau memang tak boleh spend masa eg. ada meeting +huband kerja. Kalau hari biasa limit kepada 1 jam sahaja atau no handphone.

Untuk minggu lepas aktiviti yang Ummi buat adalah

1) Tugasan melipat kain



2) Memanah

 

3) Bermain bola

Walaupun space rumah tak berapa nak besar. Tapi asal takde barang berkaca ummi on je dia main dalam rumah.hehe

4) Mengenal bentuk

5) Origami

Faiz minat plants and zombie. So ummi search plants and zombie papercraft. Link di bawah gambar.


6) Membentuk huruf menggunakan biji koci
Terima kasih kerana membaca ;)