Apa khabar semuanya. Pertama sekali Ummi ucapkan Selamat Tahun Baru 2020 kepada semua. Semoga tahun ini memberi segala kebaikan dan kemudahan kepada kita semua.
Hujung tahun 2019 ramai yang marathon menghabiskan sisa-sisa cuti yang tertinggal. Ummi pergi Penang bercuti (28/12/2019 - 29/12/2019) dengan abah dan adik-adik bertujuan untuk melawat anak buah yang ketiga, dan bawa abah jalan-jalan kat Bukit Bendera.
Pulau Pinang kami datang
Tidur mana kita
Kami bergerak ke Pulau Pinang dalam petang sabtu dan booking homestay dekat Bayan Lepas, memandangkan adik duduk Bayan Lepas.
Adik ipar Ummi booking kan satu homestay RM220/night dengan 3 bilik 2 bilik air. Dapat reserved parking 1, memandagkan rombongan kami 2 kereta, maka satu kereta lagi kene bayar RM10 untuk sewa lot parking dalam 1 malam. Homestay nya memuaskan, bersih dan sediakan banyak kemudahan. Homestay ni milikan Melayu dan owner ada sediakan toto dan tilam tambahan, jadi boleh sumbat ramai-ramai dalam homestay ni dan tak perlu risau nak tidur mana kalau tak cukup bilik. hihihi
Contact Rezqihoney Homestay
Pintu depan
Dalam almari ada toto,bantal dan tilam tambahan
Ruang dapur
Bilik ke 3, paling kecil
Bilik utama
Melawat anak buah
Lepas simpan beg di homestay, petang tu terus ke rumah adik melawat anak buah yang hensem yang beseeee jee tuu..hehe
Baru 2 bulan. So hensem macam maklong dia. Hiihihi
Dah puas buli anak buah ni, kami pun balik untuk berehat di homestay
Pesta Pulau Pinang
Memandangkan kami datang bulan 12 adik ummi bekas student USM beritahu ada pesta penang sepanjang bulan 12. So teringin lah nak pergi malam lepas melawat anak buah. Lepas magrib bergerak keluar, namun, belum sampai ke destinasi kereta panjang berjela tak bergerak. Perut dah keroncong. Dengan itu dimaklumkan, lawatan ke pesta pulau pinang di batallkan memandangkan dalam kereta ada abah dan 2 orang budak kecik. Rasa macam tak sesuai nak menghadap jem dengan perut berbunyi. Kami makan dekat foodcourt depan penhouse yang tinggi dan cantik. Harga Mur2 je. Lepas makan balik homestay tidur.
Bukit Bendera
Keesokannya dalam 8.45pg kami sampai bukit bendera. Kalau ada yang nak pergi bukit bendara guna waze/gps taip 'stesen bukit bendera', kalau taip bukit bendera saja nanti waze/gps anto kome ke lain. Tiket Bukit Bendera boleh di beli online selewat sehari sebelum nak pergi, namun kami terlupa nak beli online. So beratur beli tiket. Memandangkan cuti sekolah masa ni, Bukit Bendera sarat dengan manusia. Harga tiket rm12 untuk dewasa .Kanak-kanak bawah 3 tahun free. dan atas 3 tahun bayaran separuh harga. Dan pastikan bawa IC malaysia untuk harga warganegara masa ni semua IC kene tunjuk untuk setiap tiket. Jika tidak anda akan di anggap pendatang . hahaha
Rakan seperjuangan menunggu keretapi :,p
Insan tabah menunggu giliran train
Rakan seperjuangan yang tabah mengharap train turun dari bukit .hehe
Mengisi masa lapang sementara tunggu train.
Dapat dah naik train setelah dekat 30-45 minit kemudian. Masih memberikan senyuman manis walaupun untut kaki menunggu ketibaan train. Abah dapat tempat duduk sebab orang kat sini semua prihatin. Nampak orang berumur atau mengandung laju je bagi tempat duduk
Permandangan cantik dan sejuk dari atas bukit bendera. Hi Abah !
Tempat kunci
masjid
Teropong rm1/2 min
Hi Abah!
Family potrait.
Thumberlina
Playground
ABC RM10
ramai orang
OTW balik pn kena beratur panjang. Seronok tengok fast lane. laju je. Dekat 30-45 minit menunggu
Pukul 1 baru keluar dari sana.
Summary untuk pergi bukit bendera ni sangat seronok namun mungkin kalau nak datang better masa bukan cuti sekolah. Kalau yang pergi lambat lagi ramai orang. so not recomended untuk datang lambat atau datang pada cuti sekolah sekiranya anda bawak mak ayah.. aktivit dalam tu semua berbayar kecuali permandangan yang ummi tunjuk semua free. So far bukit bendera ni memang cantik dengan alam semulajadi. Balik dari bukit bendera singgah Parit Buntar untuk makan dan terus balik Kuala Kangsar.