Pengalaman ni Ummi dapat masa kerja di salah satu tadika di
Shah Alam. Aktiviti ni melibatkan ibu
bapa. Objektifnya adalah untuk meraikan dan menggembirakan ibu bapa yang turut
hadir di Hari sukan.
1) kupas bawang putih/bawang merah. (ayah)
Sesi ni untuk ayah2 sebab nak tengok jugak ayah2 ni pantas ke tak di
dapur. Kalau mak2 kita da biasa tengokkan.
Mula2 ayah akan lari. Lepas 3 meter kena pakai kain pelekat. Lepas 3 meter lagi
ada port untuk kupas bawang putih. So tengoklah bapak2 mengupas bawang putih/bawang
merah. Masa ni mmg kelakar.sebab macam2 gaya bapak2 buat. Ada terkangkang, ada
bersila. Keputusan di buat berdasarkan bilangan bawang yang berjaya di kupas.
2) Anak solek mak. (anak dan mak)
Anak di kehendaki menyolek mak. Dan keputusan di buat untuk solekan yang
paling cantik. Ada juri dan borang untuk permarkahan.
3) Belangkas. (ayah dan mak)
Mak dan ayah kena ikat sebelah kaki masing2 so jalan guna 3 kaki. dan
belon di letakkan di tengah2. Kena kepit guna badan, tangan tidak di benarkan
pegang belon. Berjalan sampai garisan
penamat. So pandai2 lah jaga belon. Siapa cepat dia menang.
4) Mengenal ibu masing2 ( anak dan mak)
Anak di tutup mata dan berjalan mencari mak masing2. Anak boleh menyentuh wajah mak untuk memastikan betul2 mak dia.
5) Makan2. (ayah dan mak)
Mak dan ayah di beri sebekas buah tak di kupas. So sape paling cepat
habiskan dia juara.
6) Kupas epal (ayah/mak)
Pengupas
kulit epal secara memusing untuk pastikan kulit tak putus dan panjang. Masa selama
1 minit. Kulit epal yang paling panjang di kira pemenang.
Teringat dulu kena masukkan benang dlm jarum.. jarum punya ler besar tapi tak juga menang sbb benang dia berbulu2.
ReplyDeleteKan sam... Menarik jugak masukkan benang dalam jaruum..kalau ade bulu tu yang payah tu
Deletetak dapat saya bayangkan betapa menariknya aktiviti tersebut..
ReplyDeletepenuh dengan hilai ketawa dan keriangan
Ye en hanafi mmg happening.. yg pling meriah masa ayah kupas bawang...hehe
DeleteSempat merasa masa tadika dulu.. Tapi saya takkan join kalau ada acara belon. Fobia betul dengan belon.. hahaha
ReplyDeleteKalau acara belon ..tiup sampai pecah ummi pn xnak..hehe.. mcm berdebar nk tgu belon tu nk pecah
Deleteakak membayangkan..sambil tersenyum sendiri.
ReplyDeletemesti kelakar dan meriah!
hehehe.. kan kak hiburan untuk parent..semangat parent nak masuk.. dapat hadiah plak tu..
Deletemenarik semua aktiviti yang di lakukan tu, mesti meriah gamat gelak ketawa
ReplyDeletebetul hidana... memang meriah.. siap sorak2 lagi heheh
Deletemesti anak2 tergelak2 tengok gelagat dan keletah ibu bapa masing-masing. seronok kan bila ada aktiviti macam ni.
ReplyDeletebetul sheayang.. masa ni lah mak ayah nak tunjuk sporting ngn anak2 kan.. hehe.. bila lagi..
Deletesomedays, i'll experience this too
ReplyDeletesoon ray.. dont forget to register as much as what ever game planned by kindergarden for parents ok.. hehe ..
Deletefamily bonding walau semua aktiviti mcm simple tapi anak2 mesti suka..
ReplyDeletemasa ni lah nak main game dgn anak2 kan wani.. harap setiap tadika pn ada aktiviti macam ni..mesti best ;)
ReplyDeleteAktiviti yang best dan penuh keseronokan.. Dapat eratkan hubungan kekeluargaan antara ibu bapa & anak.. Juga dapat eratkan hubungan guru dan anak2
ReplyDeleteJemput follow saya...
ReplyDeletehttps://85mutiarabeauty.blogspot.com
Thank you ana..Sukan memang best dan mengeeratkan silaturrahim.. ;)
DeleteSeronok bila ada aktiviti macam ni seisi keluarga.
ReplyDelete