Hi followers ;)

Friday, January 17, 2020

Yamaha Ego Solariz

Salam kawan-kawan blogger..

Rutin harian Ummi untuk pergi kerja dari Shah Alam ke Petaling Jaya adalah pukul 7.30pagi dan sampai tempat kerja pukul 9.30pagi. Itu baru PJ. Kalau keje kat KL. Wow kenapa lama sangat perjalanan nya? Bos tak marah ke datang ofis lambat?. Huhuhu.  

Jawapanya adalah sebab transport Ummi adalah bas. Dan Alhamdulillah ofis hour adalah flexible as long as you deal dengan bos cemana dan kerja siap. Pendek kata jangan buat hal..

Sesungguhnya berikut adalah cabaran yang perlu Ummi hadapi

Jem 

Perjalanan dari Shah Alam ke Petaling Jaya hari-hari bas akan lalu main road iaitu Federal Highway. Sejak tol Batu 3 dan Sungai Rasau di hapuskan, Jemnya Mashaallah tak boleh di bawa berbincang. Kalau boleh dari pagi hingga petang tak pernah tak jem. Dan kalau boleh jem nya sepanjang jalan. huhuhu. Pergi jem balik pn jem. Untuk yang duduk di klang you need 2 hours travel for oneway <-kawan ummi yg drive cakap. 

Menunggu bas yang entah bila nak kunjung tiba

Sesungguhnya bas makin makan tahun makin berkurang. Bila tanya driver, diorang cakap bas banyak rosak dan takde bajet nak baiki. If Ummi keluar pukul 7.30pagi park di belakang bas stop, memang ada bas yang sharp pukul 8 pagi Ummi boleh naik. Kalau tertinggal bas ni, bas seterusnya berjadual tidak tetap sebab diorang akan schdule berdasarkan bas yang akan return dari kl ke shah alam. pernah tunggu punya tunggu 9.10 pagi baru ada bas. Jadi masuk ofis terlalu lewat tidak lah berapa bagus. Rasa sebesalah tu ada bila orang lain awal kita lambat masuk keje kan.

Parking kereta belakang bustop

Nak dapat bas menghala ke KL ni ummi kena pergi ke bustop dia sendiri. Kawasan rumah Ummi hanya untuk yang pusing-pusing kawasan shah alam. Dulu Ummi selalu park free depan asrama Meranti sebelum naik bas di seksyen 2. Namun sebab banyak sangat kereta student dekat situ, so Ummi parking tepi-tepi surau. Start tahun lepas surau bagi notis tak boleh park di situ sebab untuk kegunaan orang yang solat di situ je. So Ummi parking berbayar sehari RM4 dan tambang bas pergi balik RM3 sehari. Jadi expenses Ummi adalah RM7 sehari untuk pergi kerja. Ini belum masuk duit minyak kereta.

Buat senarai dan permohonan

So akhir tahun lepas, Ummi senaraikan cabaran-cabaran Ummi dekat bos besar aka husband untuk memohon sebiji motor. huhu. Sebenarnya permohonan ni berkali-kali telah di buat namun sentiasa di reject sb dia kurang yakin kemampuan Ummi.

Hujung tahun lepas dia pn kata ok. sebab dah bosan dengar Ummi membebel balik lambat hari2. Lambat tu malam tau. Hehehe. Lagipun federal ada jalan motor.

Yamaha Ego Solariz

Harga Ummi beli akhir tahun adalah RM 5590 1st party insurance OTR dekat I-city world.


Start awal tahun ni Ummi da start naik motor. Perjalanan makan masa 30 minit je sekarang ni. Doakan Ummi selamat pergi dan balik kerja. 

Rindu

Bila start naik motor kadang-kadang ummi rindu dekat kawan-kawan yang naik bas sekali. Auntie2 yang baik. Tapi Ummi tak sempat nak ambil no kontek. takpelah nanti kalau Ummi naik bas lagi boleh jumpa Ummi kena ambil no kontek..

Sekian

14 comments:

  1. Wah jauh. Cabaran kan? Tapi bila dikenang macam ada kenangan manis.
    Berhat-hati baik motor tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula cabaran kerja jauh...huhuhu.. naik public transport kita boleh buat kawan..selalu jumpa kebetulan ada sorang tu selalu jpe dekat bastop xpernah tegur. sekali anak dia satu tadika dgn faiz..jpe masa nak register.sekarang kitorang dah berkawan..hehehe. aaamiin terima kasih na.. ;)

      Delete
  2. Perjalanan ambik masa kalau naik bus dgn tak tentunya.. Hati2 naik motor

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula aisya.. mmg naik bas lambat sampai...kalau ontime ok jugaklahkan... aamiin..terima kasih aisya..doakn ;)

      Delete
  3. ingat lagi dulu2, moto ni lah moto idaman hati. haha. tapi sekarang tak lagi sebab dah ada kereta :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh yeke.. kan minat merempit masa muda2 kan Umi.. kalau kereta selesa dan lebih selamat sbnrnya..

      Delete
  4. dah lama x naik motor..pernah sekali bonceng motor tgh2 KL, kecut perut jadinya..

    Alhamdulillah, bos sporting..semoga perjalanan pergi-balik kerja dgn motor dipermudahkan..take care..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..samelah ummi da 5tahun da xbawak motor .kecut jugak sbnrny..jalan motor semua motor laju2 nohas.ni kire tawakal da doa bnyk2,doa kawan2 bawak motor.. alhamdulillah.aamiinn.. terima kasih nohas doakan.. ;)

      Delete
  5. Replies
    1. hehe.. ysuku mahal sgt.. kalau WP sesuailah.. kalau dapat bawak ni bukan 30 mnit sampai.. 10 minit boleh sampai ofis..

      Delete
  6. cabaran keja kat lembah klang ni.. dulu duk shah alam keje KL. 2jam wei naik kete.. dahla masuk keje jam 8. serik sungguh rasa.
    sekarang pindah Meru keje PJ. bertambah jem sebab setia alam tgh membangun sangat.
    untung pandai moto senang tak jem.
    moto sama mcm adik saya.tapi dia warna purple. sejak ada moto ni, kat rumah bergilir2 org bawak.haha

    ReplyDelete
  7. Semoga Umi sentiasa selamat pergi dan balik.. Aamiin..

    ReplyDelete
  8. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete
  9. Bestnya naik motor! Hehe saya berkenan la pulak ego ni, rasa nak sambar juga sebiji. Harap2 tahun ni ada rezeki lah

    ReplyDelete