Hi followers ;)

Friday, January 10, 2020

Plants VS Zombie : Upah mainan sebagai hadiah permulaan tadika

Salam sahabat-sahabat Ummi,

Minggu lepas adalah minggu pertama anak-anak masuk sekolah/tadika. Ada juga yang mula sesi persekolahan minggu ini.

Untuk anak-anak yang pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah pasti ada macam-macam pengalaman yang ibubapa lalui. Perasaan mak ayah mesti teruja, sedih, seronok dan macam-macam perasaan. Tapi itu perasaan makayah. Kalau anak-anak pula macam mana. hehe.

Hari Khamis lepas, hari pertama Faiz masuk tadika. Guess what? Dia taknak pergi sekolah. Pagi tu kejutkan dia bangun pukul 7.30pg. Malam sebelum tidur da pesan kat dia esok kena pergi sekolah. Pagi bangun je terus peluk kaki taknak pergi sekolah. Haha.. Drama pagi bermula. Dari pagi sampai ke depan pintu tadika duk nangis. Ingat kan Faiz sorang je nangis. Sampai depan tadika rupanya ada geng-geng menangis juga. Macam Ummi dulu-dulu pun nangis juga nak pergi sekolah. haha. tu yang tak heran sangat Faiz menangis. Lepas hantar terus tinggal, tanpa pandang belakang. Sebelum sesi sekolah teacher dah pesan ibu bapa tak perlu ambil cuti, dan tak di benarkan tunggu di luar tadika. Sebenarnya pesanan teacher ni membantu anak-anak untuk lebih biasa dengan tadika tanpa mak ayah dan teachers lebih senang nak handle anak-anak. Sememangnya anak-anak kalau nampak makayah depan mata manja lain macam, lagi susah teacher nak handle nanti. 

Begitulah juga hari Jumaat ada drama menangis. haha. sampai jirang bawah pn dengar. maklumlah drama air mata ni bukan biaser-biaser. kaw-kaw die bagi sampai selesema jugalah. alahai susah pulak hati Ummi. Sampai rasa nak tukar tadika dengan kawan satu pengasuh dia sebelum ni. Tapi husband Ummi suruh tengok dulu minggu kedua. Pergi sekolah je nangis balik happy pulak. Mmg something sangat budak-budak ni kan.haha

Dalam kepala Ummi tak benti fikir cemana nak bagi dia semangat. Sampai hari ahad, husband ummi outing dgn kawan. So Ummi pun dating dengan budak bijak ni. Dia request nak beli toys plants VS Zombie lagi. Sebenarnya toys tu memang lama dah dia mintak tapi Ummi bagi syarat kena baca Iqra ingat sampai 'ya' baru dapat. So kepala Ummi keluar mentol. Kot boleh pujuk pergi tadika dengan toys tu. 

Ummi cakap dekat dia, kalau ummi beli toys tu jangan nangis-nangis pergi tadika ya. Dia kata ok (ummi ulang soalan ni banyak kali untuk makesure tiada perubahan jawapan.huhu) . So bila dia ok Ummi pn beli online mur-mur je macam kat bawah ni. Since banyak pilihan, Ummi suruh dia pilih sendiri.

shopee
Plants VS Zombie toys

Tengoklah betapa seronoknya dia main. Dan minggu ni memang senang dia bangun dan bersiap. Semangat lain macam. Alhamdulillah. Syukur. Salah satu yang menyumbang pada semangat nya pun sebab teacher kelas dia baik pandai tackle budak-budak. Tak pernah dengar Faiz cakap teacher marah-marah. Sabar betul teacher tadika ni kan. Thankyou sangat teacher Dzul Iman seksyen 2. 

Harini dia request nak pergi tempat salji dekat I-city pulak.. Ummi pn tak tahu,dia tahu dekat mana i-city ada tempat salji.

Sekian.




29 comments:

  1. Haha nak kena upah. Saya pernah main plants vs zombie tapi online tu je.

    ReplyDelete
  2. Faiz tak biasa lagi berpisah dengan mak dia, nanti dah lama2..rindu pulak nak jumpa kawan2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang da ok zarini..sb die syg teacher dia.. balik rumah ada je die sebut tacher pesan itu ini..hehe.alahai anak.padahal same je dgn mak die pesan slame ni..hahah.

      Delete
  3. tiket snowalk icity tu rm55 utk budak2., tp xkan nk soh budak2 masuk sorang2 khannns., hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahalny waklat.baik pergi bukit cerakah. tp tgh renovate.musim sejuk rm5 je. tp kalau nak merasa skali skala boleh lakan.hihih

      Delete
  4. nasi tambah pantun 2 kerat.,
    kalo anak merajuk dikasik mainan
    habis kalo sowmi merajuk dikasik apa erk? hihihi

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, dah tak nangis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah nohas..da xnangis.. pagi2 makesure xmarah2 kne bagi mood baik kt die..haha

      Delete
  6. Replies
    1. yeke,, beli satulah ray..hehe.boleh buat koleksi..

      Delete
  7. demanding tuu...tapi tak per game ni elok untuk minda jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak zaman sekarang Fuzy.. mak2 kite dulu xnak nyer layan nak itu ini.hahaha. kene heret g skolah.

      Delete
  8. Replies
    1. haha.. umpan mengena.. skrg bgn pagi pn sng pergi skolah WP.siap suruh abi die cepat siap je

      Delete
  9. hahaha.. terbaek.. ejulz kalau masa free layan jugak plants vs zombie ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ejulz.. tp ummi xleh main.nt ketagih.ape xleh buat.hehe.sb ny geram kan zombie tu..

      Delete
  10. kena main psikologi bila nak pujuk budak yg malas nak gi sek ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. abam kie mesti pakar psiko budak2..sb abam kie kan cg.hehehe.. budak ni kalau kene gaya psiko nt die ikot je ckp kite kan.hehe

      Delete
  11. Sy xtau pun game ni wujud fizikal.. Biasa main kat phone je. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. oyeke aisya..hehe.ummi pn xtahu.tp faiz duk asyik ckp nak main zombie. ummi cari2 dalam shoppe ade pulak.tp bnyk yg mahal2..ni pn nasib ade mur2..heehhhe

      Delete
  12. budak2 apa lagi kalau bagi upah memang suka la dia hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul wani.,.,suke sgt..mainan paling die sayang ni lah.lepas main simpan dalam kotak die balik.hehe.maiannan mcd campak mane2

      Delete
  13. alaaaa comey nya. jangan kata budak2, saya yg ibu budak ni pun suka mainan macam ni. haha. biasalah dedulu mana ada kan mainan kita macam budak zaman sekarang :D

    ReplyDelete
  14. Lama tak main game plant vs zombie nie.. kikiki..
    Alhamdulillah dah okay nak ke sekolah..

    ReplyDelete
  15. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete