Destinasi utama hari kedua Melaka Wonderland. Tapi weekdays tempat ni bukak lambat 11 pagi baru buke.
Melaka wonderland ni dekat je dengan Zoo Melaka. Bukan zoo je, berdekatan ade Galeri lebah, Taman Botani Melaka (xsempat pergi lagi), Muzium Orang Asli (xsempat pergi lagi).. setakat ni tu je nampak area situ. kalau nak pergi skali harung kena plan..
Pagi2 dalam pukul 9 da keluar hotel pergi breakfast tempat viral mee bodo . kalau korang nak pergi, kedai ni tutup kul 10 pg... masa pergi tu mmg ramai orang bersilih ganti. xsempat den nak snap picture. tp makanan kat situ podehh baq hang.. hakak da merah2 berhingus hidung. tapi hakak tengok orang lain rileks je makan. hakak sebenornye lupa nak taruk cuka dgn kicap utk kurangkan pedas.. entah lah mmg sejenis cepat drama makan pedas..
lepas makan gerak pergi Melaka Wonderland. tapi sebab xbuke lagi, ajak laki hakak singgah Galeri Lebah. cuci mata. sini ade jual lebah dan pameran.. tempat proses lebah bukan dekat sini..
**Galeri Lebah**
Galeri lebah |
tengoklah anak hakak.. xbleh duk diam
**Melaka Wonderland**
Agak2 dah nak kul 11, kitorang pergi . Dekat sini besar.. tapi pesanan hakak, kalau korang pergi berdua dengan anak kecik, bawak lah orang ke empat..tolong jaga dan bergilir main. hakak pergi xmerasa main semua. sb ada tempat budak2 xleh naik. dan nak naik pelampung gelongsor tu wajib dua orang dewasa.. ate anak hakak nak humban kemana... masa haritu kebetulan staf melaka2u ada buat team building. diorg la tlg jaga anak hakak kejap.. akak g ngn husben main gelongsor sekali.. lepas tu anak hakak udah nangis kena tinggal.
Melaka wonderland |
abaikan muke hakak tu.
dalam pukul 3 siap main2 air tu pn lepas anak hakak accident kecik je.. jatuh tangga. kalau tak mau ke magrib kat sane. ye benorkna
dah penat main air. tidur sebelum makan tghr. Mee besen kite.
****Mee Besen***
Sampai sini ngam pukul 3. Sebab mee besen ni bukak pukul 3.. Plan berjalan lancar.
mee besen |
besar ni RM8. cukup 4-8 orang kalau nak makan... korang order la makanan lain jugak. share boleh rasa semua.. mee die ade banyak jenis. mee soya, mee kuning etc. tapi rasa tidak menghampakan. dan harga pn berpatutan
laki i minum ais blended nestum. i punye xingat dah ape. tapi sedapppp
ni mini western. rm17.50 kot. all in one. meat grilled, meat ball, spagetti, mashed potato and fries. tak abis kitorang bungkus. makan dekat pantai klebang
**Pantai Klebang**
dekat kul 6 jugak sampai sini..
pantai klebang |
main belon.. budak tu baru bangun tido
balik dekat kul 7.. baru la kitorang prasan dekat area tu ade uptown.. pasar org melayu.. nampak diorg tgh siap2 khemah. tp dah nak malam, kitorang pn balik la.. penat kot merayap. nak rehat jugak
bersambung....
No comments:
Post a Comment