Hi followers ;)

Thursday, January 30, 2020

Tefal Steam Iron promo at AEON SHAH ALAM

Salam semua,

Hari Isnin lepas,ummi ke AEON Shah Alam. Lalu ternampak promosi steam iron Tefal. Lama dah hajat nak beli. Memandangkan ada promosi dari 1/12/2019- 7/2/2020 .husband Ummi laju-laju grab. Tak tahulah harga asalnya berapa.

Tefal steam iron



Hehe. Thank you for reading.

Saturday, January 25, 2020

Lubang Saluran Air Rumah Tersumbat

Salam sahabat-sahabat,

Saluran air keluar tersumbat

Ummi nak cerita minggu lepas lubang saluran air di dapur Ummi clogged. 

Saluran Air

Misi untuk unclogged saluran air 

Pada mulanya air bertakung dan slowly turun bawah, so Ummi tak boleh guna singki kerap nanti air melimpah keluar. Kena tunggu air turun barulah boleh membasuh. 

Setiap kali sebelum guna singki Ummi letak air panas. Tapi hasil takde perubahan. Masih tersipu-sipu malu air nak turun.

Guna pelocok biasa pun tak jalan.

Ummi cuba letak soda bikarbonat + cuka pon sama. Nan hado kemajuan.

Ummi cuba jolok dengan batang panjang pn tak boleh.

Sekali dia dari tersipu-sipu malu air nak turun. Terus totally tersumbat. Terapung lah air tu dekat luar. Mujur tak banjir dapur Ummi. So tak guna singki dah. Husband Ummi cuba korek guna besi panjang yang biasa orang guna untuk pembentungan tu tapi ni manual kecik je. takda gambar. Cara ni pun tak berkesan.


Misi untuk unclogged berjaya

Balik dari kerja semalam husband ajak pergi eco untuk beli pelocok. Eco tu kedai rm2.10 tu. Bangunan warna merah. Jenuhlah ummi search kat mana kedainya. Katanya orang cakap pelocoknya mujarab. Dalam kedai pulak pusing-pusing tak jumpa-jumpa. Tanya pembantu kedai tu rupanya pelocok tu dalam kotak lagi. Stok kat luar dah habis. Akhirnya balik dengan girang dapat pelocok eco RM2,10 dengan mengharap pelocok ni menjadi. Kalau tips ni tak menjadi jalan terakhir memang kena tanggung bayaran panggil tukang paip pulak.
pelocok e
Eco
Alhamdulillah memang menjadi. Pelocok ni kalau tekan kat lantai memang melekat kuat. Masalah saluran air tersumbat selesai dengan bantuan pelocok eco. Husband Ummi pam 3 4 kali jugak baru air laju turun. If ada yang tersumbat lubang saluran air boleh try guna pelocok ni. hehehe

Sekian pengalaman dari Ummi. Terima kasih kerana sudi membaca :)


Friday, January 24, 2020

Happy Birthday to Me

Salam semua,

Just a short note. Hari Isnin lepas hari jadi ummi yang ke -**. hehe. Ni kawan-kawan bagi surprise walaupun da berusia jiwa kami masih muda. Main surprise.hehe. 

Thank you kawan-kawan

Hadiah dari husband <3

Sedap, fresh kurang manis kek ni. Indulgance. Husband beli bawah RM50 setengah kilo di Kedai Kek Shah Alam. Kedai ni terkenal dengan kek viral RM20.

Terima kasih kerana membaca ;)




Tuesday, January 21, 2020

Segmen Bloglisted 2020 by Misya

Salam Sahabat-sahabat Ummi,

Salam berkenalan Misya. Ummi join Segmen Bloglisted 2020 by Misya. Jemputlah beramai-ramai memeriah kan bloglist ni .. Tarikh tutup 31 Januari 2020 ;). Klik banner di bawah untuk syarat dan penyertaan ya. ;)

http://www.aimisyahirah.com/2020/01/segmen-bloglisted-2020-by-misya.html
Sekian

Saturday, January 18, 2020

Cadangan Hadiah Untuk Yang Tersayang

Salam Kawan-kawan.

Memandangkan dulu-dulu kalau nak cari hadiah kemain susah nak fikir nak cari hadiah apa untuk hari jadi ke anniversary ke.. so hari ni Ummi nak buat summary cadangan hadiah untuk diberikan kepada yang tersayang. Berdasarkan pengalaman Ummi.

1) Suprise delivery. 

Masa ni husband ummi tempah online untuk delivery ke ofis. 2 kali die buat suprise. kali ke 2 dia guna perkhidmatan Happy Bunch dalam point no 5. Ni hadiah paling senang dan simple.


2) Baju

Masa ni Ummi yang bagi since husband Ummi suka baju jersey. So ummi cari di alikhsan. Brownies tu buat sendiri dan bunga ros tu beli.hehe.


3) Buku

Buku ni hadiah dari sepupu Ummi.. buku ni sangat menarik. dapat buku ni masa kawin


4) Perfume.

Ni husband Ummi bagi saje2. Katanya ada sale.Wangi. Ummi pernah bagi perfume bodyshop dekat husband. Tapi macam tak long lasting untuk dia. haha. 


4) Handphone

Dalam kotak tu hanphone. Jenama leagoo. Mur2 je die beli kebetlan handphone ummi hidup segan mati tak mau dah.heehe.. cake and egg tart favourite die.hahah


5) Telekung

Ni sebab ummi yang mintak.. Bermanfaat sampai sekarang. ummi ada cerita dalam entri

6) Gold

Ni pun ummi request. Dalam entri Happy 5th Anniversary

7) Duit

Ni kalau tahap mati kutu tak tahu nak bagi apa bila ada pasangan cerewet.hehe. Bila tanya nak apa takda jawapan. Ummi bank in je duit. Beli lah apa yang dia nak. So far happy je dia even takde suprise. Tapi still surprise cake dan buat nasi goreng pastu cakap I da bank in RMxxx dalam bank nanti bli la apa tanda hadiah. Senyum je dia. Dalam entri Happy 5th Anniversary



 8) Jam tangan

Hadiah pertama untuk dia. Da 5 tahun jam ni. Hari ni gigih tangkap gambor.
9) Coklat

Ummi pernah bagi coklat. Tambah kad popup buat sendiri.. 

10) Barangan Avon

Ni paling senang dan murah.

JANUARY GIVEAWAY by FHR

Salam kawan-kawan,

Dan selamat berkenalan FHR. Ummi join this GA dan untuk kawan-kawan yang nak join jom pakat-pakat. Hadiah pun menarik.. Tarikh tutup 31 Januari 2020.

Klik banner di bawah untuk ke GA by FHR ;)


sekian

BLOGLIST 2020 by nasihattermasyhur

Salam semua,

Dan selamat berkenalan Naseha

Jom join bloglist Naseha Syahira.

Klik banner kat bawah untuk ke bloglist segment beliau ;)


Sekian