Hi followers ;)

Monday, May 4, 2020

Benang Tak Lekat Pada Kain Semasa Jahit

Salam semua,

Berkenaan dengan tajuk di atas Ummi bukan lah dalam bidang jahitan tapi Ummi kongsi berdasarkan pengalaman. Ummi tiada basic jahitan ya.

Masalah besar bagi orang yang ada mesin jahit ni adalah benang tak lekat. Confirm stress kalau nak menjahit tetibe benang tak lekat. Jangan marah mesin atau buang dia ya. Karang dia merajuk satu hal plak nak cari mesin lain. ehe. Bawah ni mesin jahit portable Ummi kecik je. Tapi Alhamdulillah boleh jahit langsir, barut Faiz benda-benda nipis. Adalah 6 tahun da mesin ni.


Anda boleh cuba tips di bawah:

1) Pastikan jarum anda beli tu sesuai untuk mesin jahit dan fabrik.

Kalau mesin jahit bukan untuk heavy duty jahit baju lycra/tebal memang benang tak lekat dan mungkin sangkut.  Dari segi jarum Ummi punye jarum sesuai no 13. No 14 Ummi tak ingat pernah try ke tak. Tapi nombor lain Ummi try bila jahit kain tak lekat. Konon nak jahit jeans la bagai tapi mesin ni tak support. Bila tak da asas jahitan memang kita try and error je.
jarum yang Ummi guna

2) Periksa kedudukan jarum dan cara pasang benang.

Yang ni Ummi tak arif sangat boleh refer sini  serihati-kraf.blogspot.com

3) Tukar jarum baru

Bila satu dan dua tak berjaya, tukar jarum baru. Walaupun jarum nampak elok. Tapi mungkin lama da guna dia jadi tak betul sebab mungkin banyak kali terlanggar lapisan bawah atau lekat. Ni yang selalu jadi dekat Ummi. Dekat rumah kena spare jarum walaupun jarang guna. Bila masalah selesai dah boleh gembira gunakan mesin jahit semula.

Ini sekadar perkongsian pengalaman. 

Sekian.

Terima kasih membaca.



15 comments:

  1. Pengetahuan baru. Jarang juga guna masin jahit jadi tak fikir pasal benang tak lekat.

    ReplyDelete
  2. dana lagi lah tak tau kak... hehehe maklum mesin jahit pun tarak, kalau nak otter baju sikit-sikit kt kampung mintak adik je yang buat...

    ReplyDelete
  3. Info yang sangat menarik hehe.
    Saya singgah dan follow blog ni ya.
    Jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)

    ReplyDelete
  4. selalu juga kejadian ni berlaku UN :)

    ReplyDelete
  5. nak pasang2 benda2 dlm mesin jahit pun kurang mahir..mak tukang jahit, selalu mak yg buat..hehe..tak ambik skill..huhu..

    ReplyDelete
  6. Bab jahit nie mmg kita zero knowledge lagi.. alahai bila lah nk ada mesin jahit sendiri

    ReplyDelete
  7. Betul tu..selalu jadi macam ni..pastu mak cakap tuakr jarum mesin baru elok

    ReplyDelete
  8. pernah beli mesin kecil, nak guna tak pandai, last bagi kat mak mertua.

    ReplyDelete
  9. even mesin legend yg ada cam steering bawa tu, yg saya guna, pun sering juga mcm ni. biasa mak or bapa yg setelkan, ni baru tau ni antara masalah nya

    ReplyDelete
  10. Saya tak tahu sangat bab menjahit. Dapat pengetahuan baru hari ini hihi :)

    ReplyDelete
  11. how i wish i can sew... nyesal kecik2 dulu x belajar dgn mak... now so many things nak kena belajar dah tak cukup masa and required lots of sacrifices

    ReplyDelete
  12. Insyaallah ada masa nanti nak belajar menjahit juga 😊

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum. mmg senang kalau ada mesin jahit mcm ni.. jahit simple2 je kan.

    ReplyDelete
  14. bab menjahit ni tak pakar. mesin jahit pun ada yang portable tersimpan je jarang guna..benang asyik sangkut terputus je..giveup terus nak menjahit.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum. Tahniah kerana anda terpilih sebagai pemenang Segmen Blog List Abam Kie. Untuk keterangan lanjut dan cara menuntut hadiah sila klik link di bawah. Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2020/05/keputusan-segmen-pertukaran-bloglist.html

    ReplyDelete