Hi followers ;)

Thursday, January 30, 2020

Tefal Steam Iron promo at AEON SHAH ALAM

Salam semua,

Hari Isnin lepas,ummi ke AEON Shah Alam. Lalu ternampak promosi steam iron Tefal. Lama dah hajat nak beli. Memandangkan ada promosi dari 1/12/2019- 7/2/2020 .husband Ummi laju-laju grab. Tak tahulah harga asalnya berapa.

Tefal steam iron



Hehe. Thank you for reading.

Saturday, January 25, 2020

Lubang Saluran Air Rumah Tersumbat

Salam sahabat-sahabat,

Saluran air keluar tersumbat

Ummi nak cerita minggu lepas lubang saluran air di dapur Ummi clogged. 

Saluran Air

Misi untuk unclogged saluran air 

Pada mulanya air bertakung dan slowly turun bawah, so Ummi tak boleh guna singki kerap nanti air melimpah keluar. Kena tunggu air turun barulah boleh membasuh. 

Setiap kali sebelum guna singki Ummi letak air panas. Tapi hasil takde perubahan. Masih tersipu-sipu malu air nak turun.

Guna pelocok biasa pun tak jalan.

Ummi cuba letak soda bikarbonat + cuka pon sama. Nan hado kemajuan.

Ummi cuba jolok dengan batang panjang pn tak boleh.

Sekali dia dari tersipu-sipu malu air nak turun. Terus totally tersumbat. Terapung lah air tu dekat luar. Mujur tak banjir dapur Ummi. So tak guna singki dah. Husband Ummi cuba korek guna besi panjang yang biasa orang guna untuk pembentungan tu tapi ni manual kecik je. takda gambar. Cara ni pun tak berkesan.


Misi untuk unclogged berjaya

Balik dari kerja semalam husband ajak pergi eco untuk beli pelocok. Eco tu kedai rm2.10 tu. Bangunan warna merah. Jenuhlah ummi search kat mana kedainya. Katanya orang cakap pelocoknya mujarab. Dalam kedai pulak pusing-pusing tak jumpa-jumpa. Tanya pembantu kedai tu rupanya pelocok tu dalam kotak lagi. Stok kat luar dah habis. Akhirnya balik dengan girang dapat pelocok eco RM2,10 dengan mengharap pelocok ni menjadi. Kalau tips ni tak menjadi jalan terakhir memang kena tanggung bayaran panggil tukang paip pulak.
pelocok e
Eco
Alhamdulillah memang menjadi. Pelocok ni kalau tekan kat lantai memang melekat kuat. Masalah saluran air tersumbat selesai dengan bantuan pelocok eco. Husband Ummi pam 3 4 kali jugak baru air laju turun. If ada yang tersumbat lubang saluran air boleh try guna pelocok ni. hehehe

Sekian pengalaman dari Ummi. Terima kasih kerana sudi membaca :)


Friday, January 24, 2020

Happy Birthday to Me

Salam semua,

Just a short note. Hari Isnin lepas hari jadi ummi yang ke -**. hehe. Ni kawan-kawan bagi surprise walaupun da berusia jiwa kami masih muda. Main surprise.hehe. 

Thank you kawan-kawan

Hadiah dari husband <3

Sedap, fresh kurang manis kek ni. Indulgance. Husband beli bawah RM50 setengah kilo di Kedai Kek Shah Alam. Kedai ni terkenal dengan kek viral RM20.

Terima kasih kerana membaca ;)




Tuesday, January 21, 2020

Segmen Bloglisted 2020 by Misya

Salam Sahabat-sahabat Ummi,

Salam berkenalan Misya. Ummi join Segmen Bloglisted 2020 by Misya. Jemputlah beramai-ramai memeriah kan bloglist ni .. Tarikh tutup 31 Januari 2020 ;). Klik banner di bawah untuk syarat dan penyertaan ya. ;)

http://www.aimisyahirah.com/2020/01/segmen-bloglisted-2020-by-misya.html
Sekian

Saturday, January 18, 2020

Cadangan Hadiah Untuk Yang Tersayang

Salam Kawan-kawan.

Memandangkan dulu-dulu kalau nak cari hadiah kemain susah nak fikir nak cari hadiah apa untuk hari jadi ke anniversary ke.. so hari ni Ummi nak buat summary cadangan hadiah untuk diberikan kepada yang tersayang. Berdasarkan pengalaman Ummi.

1) Suprise delivery. 

Masa ni husband ummi tempah online untuk delivery ke ofis. 2 kali die buat suprise. kali ke 2 dia guna perkhidmatan Happy Bunch dalam point no 5. Ni hadiah paling senang dan simple.


2) Baju

Masa ni Ummi yang bagi since husband Ummi suka baju jersey. So ummi cari di alikhsan. Brownies tu buat sendiri dan bunga ros tu beli.hehe.


3) Buku

Buku ni hadiah dari sepupu Ummi.. buku ni sangat menarik. dapat buku ni masa kawin


4) Perfume.

Ni husband Ummi bagi saje2. Katanya ada sale.Wangi. Ummi pernah bagi perfume bodyshop dekat husband. Tapi macam tak long lasting untuk dia. haha. 


4) Handphone

Dalam kotak tu hanphone. Jenama leagoo. Mur2 je die beli kebetlan handphone ummi hidup segan mati tak mau dah.heehe.. cake and egg tart favourite die.hahah


5) Telekung

Ni sebab ummi yang mintak.. Bermanfaat sampai sekarang. ummi ada cerita dalam entri

6) Gold

Ni pun ummi request. Dalam entri Happy 5th Anniversary

7) Duit

Ni kalau tahap mati kutu tak tahu nak bagi apa bila ada pasangan cerewet.hehe. Bila tanya nak apa takda jawapan. Ummi bank in je duit. Beli lah apa yang dia nak. So far happy je dia even takde suprise. Tapi still surprise cake dan buat nasi goreng pastu cakap I da bank in RMxxx dalam bank nanti bli la apa tanda hadiah. Senyum je dia. Dalam entri Happy 5th Anniversary



 8) Jam tangan

Hadiah pertama untuk dia. Da 5 tahun jam ni. Hari ni gigih tangkap gambor.
9) Coklat

Ummi pernah bagi coklat. Tambah kad popup buat sendiri.. 

10) Barangan Avon

Ni paling senang dan murah.

JANUARY GIVEAWAY by FHR

Salam kawan-kawan,

Dan selamat berkenalan FHR. Ummi join this GA dan untuk kawan-kawan yang nak join jom pakat-pakat. Hadiah pun menarik.. Tarikh tutup 31 Januari 2020.

Klik banner di bawah untuk ke GA by FHR ;)


sekian

BLOGLIST 2020 by nasihattermasyhur

Salam semua,

Dan selamat berkenalan Naseha

Jom join bloglist Naseha Syahira.

Klik banner kat bawah untuk ke bloglist segment beliau ;)


Sekian

Friday, January 17, 2020

Yamaha Ego Solariz

Salam kawan-kawan blogger..

Rutin harian Ummi untuk pergi kerja dari Shah Alam ke Petaling Jaya adalah pukul 7.30pagi dan sampai tempat kerja pukul 9.30pagi. Itu baru PJ. Kalau keje kat KL. Wow kenapa lama sangat perjalanan nya? Bos tak marah ke datang ofis lambat?. Huhuhu.  

Jawapanya adalah sebab transport Ummi adalah bas. Dan Alhamdulillah ofis hour adalah flexible as long as you deal dengan bos cemana dan kerja siap. Pendek kata jangan buat hal..

Sesungguhnya berikut adalah cabaran yang perlu Ummi hadapi

Jem 

Perjalanan dari Shah Alam ke Petaling Jaya hari-hari bas akan lalu main road iaitu Federal Highway. Sejak tol Batu 3 dan Sungai Rasau di hapuskan, Jemnya Mashaallah tak boleh di bawa berbincang. Kalau boleh dari pagi hingga petang tak pernah tak jem. Dan kalau boleh jem nya sepanjang jalan. huhuhu. Pergi jem balik pn jem. Untuk yang duduk di klang you need 2 hours travel for oneway <-kawan ummi yg drive cakap. 

Menunggu bas yang entah bila nak kunjung tiba

Sesungguhnya bas makin makan tahun makin berkurang. Bila tanya driver, diorang cakap bas banyak rosak dan takde bajet nak baiki. If Ummi keluar pukul 7.30pagi park di belakang bas stop, memang ada bas yang sharp pukul 8 pagi Ummi boleh naik. Kalau tertinggal bas ni, bas seterusnya berjadual tidak tetap sebab diorang akan schdule berdasarkan bas yang akan return dari kl ke shah alam. pernah tunggu punya tunggu 9.10 pagi baru ada bas. Jadi masuk ofis terlalu lewat tidak lah berapa bagus. Rasa sebesalah tu ada bila orang lain awal kita lambat masuk keje kan.

Parking kereta belakang bustop

Nak dapat bas menghala ke KL ni ummi kena pergi ke bustop dia sendiri. Kawasan rumah Ummi hanya untuk yang pusing-pusing kawasan shah alam. Dulu Ummi selalu park free depan asrama Meranti sebelum naik bas di seksyen 2. Namun sebab banyak sangat kereta student dekat situ, so Ummi parking tepi-tepi surau. Start tahun lepas surau bagi notis tak boleh park di situ sebab untuk kegunaan orang yang solat di situ je. So Ummi parking berbayar sehari RM4 dan tambang bas pergi balik RM3 sehari. Jadi expenses Ummi adalah RM7 sehari untuk pergi kerja. Ini belum masuk duit minyak kereta.

Buat senarai dan permohonan

So akhir tahun lepas, Ummi senaraikan cabaran-cabaran Ummi dekat bos besar aka husband untuk memohon sebiji motor. huhu. Sebenarnya permohonan ni berkali-kali telah di buat namun sentiasa di reject sb dia kurang yakin kemampuan Ummi.

Hujung tahun lepas dia pn kata ok. sebab dah bosan dengar Ummi membebel balik lambat hari2. Lambat tu malam tau. Hehehe. Lagipun federal ada jalan motor.

Yamaha Ego Solariz

Harga Ummi beli akhir tahun adalah RM 5590 1st party insurance OTR dekat I-city world.


Start awal tahun ni Ummi da start naik motor. Perjalanan makan masa 30 minit je sekarang ni. Doakan Ummi selamat pergi dan balik kerja. 

Rindu

Bila start naik motor kadang-kadang ummi rindu dekat kawan-kawan yang naik bas sekali. Auntie2 yang baik. Tapi Ummi tak sempat nak ambil no kontek. takpelah nanti kalau Ummi naik bas lagi boleh jumpa Ummi kena ambil no kontek..

Sekian

Friday, January 10, 2020

Plants VS Zombie : Upah mainan sebagai hadiah permulaan tadika

Salam sahabat-sahabat Ummi,

Minggu lepas adalah minggu pertama anak-anak masuk sekolah/tadika. Ada juga yang mula sesi persekolahan minggu ini.

Untuk anak-anak yang pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah pasti ada macam-macam pengalaman yang ibubapa lalui. Perasaan mak ayah mesti teruja, sedih, seronok dan macam-macam perasaan. Tapi itu perasaan makayah. Kalau anak-anak pula macam mana. hehe.

Hari Khamis lepas, hari pertama Faiz masuk tadika. Guess what? Dia taknak pergi sekolah. Pagi tu kejutkan dia bangun pukul 7.30pg. Malam sebelum tidur da pesan kat dia esok kena pergi sekolah. Pagi bangun je terus peluk kaki taknak pergi sekolah. Haha.. Drama pagi bermula. Dari pagi sampai ke depan pintu tadika duk nangis. Ingat kan Faiz sorang je nangis. Sampai depan tadika rupanya ada geng-geng menangis juga. Macam Ummi dulu-dulu pun nangis juga nak pergi sekolah. haha. tu yang tak heran sangat Faiz menangis. Lepas hantar terus tinggal, tanpa pandang belakang. Sebelum sesi sekolah teacher dah pesan ibu bapa tak perlu ambil cuti, dan tak di benarkan tunggu di luar tadika. Sebenarnya pesanan teacher ni membantu anak-anak untuk lebih biasa dengan tadika tanpa mak ayah dan teachers lebih senang nak handle anak-anak. Sememangnya anak-anak kalau nampak makayah depan mata manja lain macam, lagi susah teacher nak handle nanti. 

Begitulah juga hari Jumaat ada drama menangis. haha. sampai jirang bawah pn dengar. maklumlah drama air mata ni bukan biaser-biaser. kaw-kaw die bagi sampai selesema jugalah. alahai susah pulak hati Ummi. Sampai rasa nak tukar tadika dengan kawan satu pengasuh dia sebelum ni. Tapi husband Ummi suruh tengok dulu minggu kedua. Pergi sekolah je nangis balik happy pulak. Mmg something sangat budak-budak ni kan.haha

Dalam kepala Ummi tak benti fikir cemana nak bagi dia semangat. Sampai hari ahad, husband ummi outing dgn kawan. So Ummi pun dating dengan budak bijak ni. Dia request nak beli toys plants VS Zombie lagi. Sebenarnya toys tu memang lama dah dia mintak tapi Ummi bagi syarat kena baca Iqra ingat sampai 'ya' baru dapat. So kepala Ummi keluar mentol. Kot boleh pujuk pergi tadika dengan toys tu. 

Ummi cakap dekat dia, kalau ummi beli toys tu jangan nangis-nangis pergi tadika ya. Dia kata ok (ummi ulang soalan ni banyak kali untuk makesure tiada perubahan jawapan.huhu) . So bila dia ok Ummi pn beli online mur-mur je macam kat bawah ni. Since banyak pilihan, Ummi suruh dia pilih sendiri.

shopee
Plants VS Zombie toys

Tengoklah betapa seronoknya dia main. Dan minggu ni memang senang dia bangun dan bersiap. Semangat lain macam. Alhamdulillah. Syukur. Salah satu yang menyumbang pada semangat nya pun sebab teacher kelas dia baik pandai tackle budak-budak. Tak pernah dengar Faiz cakap teacher marah-marah. Sabar betul teacher tadika ni kan. Thankyou sangat teacher Dzul Iman seksyen 2. 

Harini dia request nak pergi tempat salji dekat I-city pulak.. Ummi pn tak tahu,dia tahu dekat mana i-city ada tempat salji.

Sekian.




Thursday, January 9, 2020

Pengalaman beli rumah Selangorku 4 : Start bayar Loan

Salam semua..

Lame dah Ummi tak update tentang rumah Selangorku. Kami dah mula bayar duit pada bank start bulan Disember 2019 dan bulan January 2020 adalah bulan kedua bayaran. Since bayaran pinjaman adalah berdasarkan progress rumah (belum full payment) , Ummi dah praktis bayar penuh bahagian Ummi pada husband. Pinjaman Ummi bayar separuh, husband separuh. Nanti bila bayaran meningkat takdelah terkejut sangatkan.

Contoh (bukan nilai sebenar) :

Full Loan Bahagian Ummi: RM800/2 = RM400
So everymonth Ummi akan masukkan RM400 dalam akaun husband. 
Everymonth lepas Ummi masukkan duit, husband Ummi akan divide dua wang yang bank tolak dari akaun beliau.

Jadi untuk bahagian Ummi = RM400- (wang bank tolak/2) = lebihan baki.

Jadi lebihan baki Ummi suruh husband masukkan dalam tabung haji.

Doakan urusan Ummi dan husband berjalan lancar ya..

Terima kasih..

Sekian. 

Tuesday, January 7, 2020

Jan Giveaway + BW by lieyzanordin

Salam sahabat-sahabat blogger,

Kali ini join GA dari Lieyzanordin. Selamat berkenalan Lieyzanordin. Semoga murah rezeki awak. Hadiah yang di tawarkan pun menarik. Syarat-syarat nya pun mudah. Untuk yang nak join boleh click dekat banner di bawah ya ;)

https://www.lieyzanordin.com/2020/01/jan-giveaway-bw-by-lieyzanordin.html
bye ;)

Saturday, January 4, 2020

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Salam sahabat-sahabat..

Ummi join Giveaway dari mamapipie bersempena hari lahir beliau.
Selamat hari jadi mama ;)


Segment ni akan berakhir pada 31/1/2019 eh salah-salah 31/1/2020.. hehehe..  oklah untuk yang berminat nak join boleh klik pada banner ade link ke page GA mamapipie.

Selamat berkenalan MamaPipie ;) .. Hadiah yang Ummi pilih adalah no 4..

Sekian



Segmen Bloglist 2020

Hi sahabat-sahabat semua,

Jom join bloglist 2020 by Tiara Sapphire.

Klik banner untuk ke link beliau ya. Segmen ni tamat pada 15 January 2020 ;)

Selamat berkenalan Tiara Sapphire ;)
Sekian

Friday, January 3, 2020

January Giveaway by Awesome Dreamer

Salam semua,

Ummi join January giveaway adik comel ni. 


Jom pakat-pakat follow and join giveaway ni. Selamat berkenalan Awesome Dreamer. Last 31 January 2020. Jangan segan-segan untuk klik banner untuk yang nak join. :)


Sekian