Hi followers ;)

Monday, May 25, 2020

Segmen Hari Raya by Ummi

Salam semua,

Apa khabar? Harap semua sihat-sihat. Apa menu anda dan anda kemana raya  ni ? Agak-agak ramai ke yang blogwalking nie? Ummi tak kemana dan menu pun hanya sikit-sikit je untuk di masak dan di beri pada jiran.

Tengok pada tajuk, tajuk ni merupakan segmen pertama yang Ummi nak buat terbuka kepada semua blogger-blogger Malaysia. Yeay! Harap-harap mendapat sambutan. Support segmen Ummi ya! Memandangkan husband Ummi ada bagi hadiah sponser kopi untuk pemenang-pemenang. ;).

Teruskan baca di bawah.


Syarat-syarat penyertaan:

1) Segmen akan berlangsung dari 25/5/2020 sehingga 9/6/2020

2) Buat satu entri 'Segmen Hari Raya by Ummi'. Letak banner dan link banner ke blog Ummi. 
Da siap entri sila komen di bawah untuk dapatkan nombor penyertaan.

3) Mesti follow blog Ummi dan masukkan blog Ummi dalam bloglist you all

4) Subscribe youtube channel Ummi untuk yang ada youtube channel  

Hadiah-hadiah kepada 6 pemenang bertuah :

1)  1 x pemenang

Duit raya RM5
+
Produk kopi 3 in 1 haco swiss

2)  2 x pemenang

Duit raya RM5
+
Produk Caramel Latte Starbucks

3)  3 x pemenang

Duit raya rm5 


Senang je kan syarat-syarat Ummi.
Selamat bersegmen guys;)

Friday, May 22, 2020

Segmen Raya Aidilfitri 2020 oleh Yamanaimy

Esok dah nak raya apa yang di masak tu ? Haa ini Ummi join segmen dari Yamanaimy. Untuk sape nak join boleh follow dia melalui banner di bawah. Ummi baru follow beliau. Jadi selamat bekenalan Yamanaimy ;)

https://yamanaimy.blogspot.com/2020/05/segmen-raya-aidilfitri-2020-oleh.html

Sekian terima kasih.

Wednesday, May 20, 2020

Segmen Exchange Bloglist PKPB 2020 by Blog Adianiez

Hi Semua,

Segmen seterusnya dari Blog Adianiez. Kalau ada yang nak join, syarat nye mudah je. Click baner kat bawah kalau nak tau =)

https://www.adianiez.com/2020/05/segmen-exchange-bloglist-pkpb-2020-by.html

Sekian terima kasih.

BIRTHDAY GIVEAWAY ANISA ANUAR OFFICIAL BLOG

Salam semua,

Harini Ummi join GA Anisa Anuar. Actually macam kenal tau Anisa Anuar ni. haha.

https://anisa-mylife.blogspot.com/2020/05/birthday-giveaway-anisa-anuar-official.html

Kat sini Ummi nak jemput:
 
"nyatakan jika pernah dengar NIQA. Dimana anda kenal produk NIQA?"
jawapan Ummi: Tak pernah dengar.  Tapi produk ni nampak menarik untuk buang kotoran di fabrik. Hopefully ada rezeki menang produk ni.

Done.
sekian terima kasih ;)

Friday, May 15, 2020

Kisah Topup dan Menang hadiah dari Segment Abam Kie!

Salam semua,

Selamat berpuasa untuk umat Islam sekalian. Setelah seminggu baru ada kesempatan nak menaip. 

Alhamdullillah,  beberapa minggu lalu ada join macam-macam segmen. Walaupun tiada rezeki untuk menang sesetengah segmen, tapi bilangan follower Ummi bertambah dengan join segmen-segmen kawan-kawan. Itulah kelebihan yang pasti bila kita join segment. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menganjurkan segmen.

Menang segmen anjuran Abam Kie 
 
Segment blog Abam Kie antara yang jadi tuah Ummi sebab no penyertaan Ummi naik. Dan hadiah juga telah di terima. Terima kasih Abam Kie.  Semoga murah rezeki Abam Kie sekeluarga. 

Kisah di sebalik sebelum menang segmen Abam Kie
 
Sebenarnya sebelum dapat tahu menang segmen Abam Kie, Ummi duk pikir dua tiga kali nak langgan internet dekat phone atau tak memandangkan masih kerja dari rumah dan rumah memang ada UNIFI jadi macam rugi lah pulak nanti tak guna sangat internet henfon. Memandangkan kadang-kadang ummi keluar ke kedai susah pulak nak berwasap kalau tiada internet henfon untuk bekap. Lalu Ummi pun topup lah RM20/month untuk mobile data. Tinggallah baki kredit rm10 dalam phone.

Tak lame lepas topup mobile data, Ummi bukak blog saja nak blogwalking, Abam Kie komen dalam salah satu entri Ummi, Ummi menang GA yang di buat dan dapat hadiah topup. Alhamdulillah bertambah balik baki kredit Ummi. Begitulah cerita nya.


 Sekian terima kasih.

;)




Monday, May 4, 2020

Benang Tak Lekat Pada Kain Semasa Jahit

Salam semua,

Berkenaan dengan tajuk di atas Ummi bukan lah dalam bidang jahitan tapi Ummi kongsi berdasarkan pengalaman. Ummi tiada basic jahitan ya.

Masalah besar bagi orang yang ada mesin jahit ni adalah benang tak lekat. Confirm stress kalau nak menjahit tetibe benang tak lekat. Jangan marah mesin atau buang dia ya. Karang dia merajuk satu hal plak nak cari mesin lain. ehe. Bawah ni mesin jahit portable Ummi kecik je. Tapi Alhamdulillah boleh jahit langsir, barut Faiz benda-benda nipis. Adalah 6 tahun da mesin ni.


Anda boleh cuba tips di bawah:

1) Pastikan jarum anda beli tu sesuai untuk mesin jahit dan fabrik.

Kalau mesin jahit bukan untuk heavy duty jahit baju lycra/tebal memang benang tak lekat dan mungkin sangkut.  Dari segi jarum Ummi punye jarum sesuai no 13. No 14 Ummi tak ingat pernah try ke tak. Tapi nombor lain Ummi try bila jahit kain tak lekat. Konon nak jahit jeans la bagai tapi mesin ni tak support. Bila tak da asas jahitan memang kita try and error je.
jarum yang Ummi guna

2) Periksa kedudukan jarum dan cara pasang benang.

Yang ni Ummi tak arif sangat boleh refer sini  serihati-kraf.blogspot.com

3) Tukar jarum baru

Bila satu dan dua tak berjaya, tukar jarum baru. Walaupun jarum nampak elok. Tapi mungkin lama da guna dia jadi tak betul sebab mungkin banyak kali terlanggar lapisan bawah atau lekat. Ni yang selalu jadi dekat Ummi. Dekat rumah kena spare jarum walaupun jarang guna. Bila masalah selesai dah boleh gembira gunakan mesin jahit semula.

Ini sekadar perkongsian pengalaman. 

Sekian.

Terima kasih membaca.



Sunday, May 3, 2020

SEGMEN : UCAPAN BUAT FRONTLINERS COVID-19

Hi semua,

Segment ni dibuat oleh Ejulz dan penaja-penaja ;) Untuk yang nak join boleh click dekat banner bawah ni ya!
https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html



Untuk  segmen ucapan untuk frontliner Ejulz, Ummi buat video lukisan. Walaupn tak ada bakat melukis sangat tapi buat jelah. hehe.



Kepada semua FRONTLINERS:
Terima kasih untuk perkhidmatan anda dengan sebaiknya dalam menjalankan tugas untuk melawan dan memberi perkhidmatan kepada kami semasa COVID19. Semoga Allah melindungi kita semua. Kami berbangga dengan anda. Anda hero kami!

#westayathome
#fightcovid19
#kitajagakit

Sekian,

Terima kasih kerana sudi membaca