Salam semua,
Siapa kat sini follow drama ni dekat tv3 pukul 10 malam? Bagi Ummi cerita ni banyak bagi pengajaran tentang kisah rumah tangga. hehe.. pendapat ummi la...
Untuk yang tak pernah tengok, ummi cerita sikit. Cerita dia lebih kurang cm ni ada sebuah keluarga. terdiri dari suami Cha Jo Hyuk, Isteri Seo Woo Jin dan mereka memiliki dua orang anak. Isteri Jo Hyuk pada asal perkenalan adalah seorang perempuan yang sangat manja, romantik dan baik. Tapi bila dah lama mendirikan rumah tangga, Woo Jin tukar jadi perempuan yang suka marah-marah dan bengis. Jo Hyuk ni selalu la mengadu pada abang ipar dan kawan die, yg dia kadang2 fikir nak cerai. Tapi yang bagus ny abang ipar dan kawan dia nasihat kan. Orang perempuan lama-lama kawin mmg akan jadi macam tu sebab semua benda dia uruskan tambah da ada anak. Melalui cerita ni korang boleh tgk Jo Hyuk ni macam xbrape nak matang dalam uruskn rumah tangga. Macam realiti hidup kita ni pun ade lelaki begitu,.huhuhuhu
Sampai satu masa dia terjumpa sorang perempuan yg kebetulan minat kat dia masa zaman universiti. Perempuan tu pulak kaya dan cantik.
Jadi bermulalah angan-angan dia, kalau masa boleh berpatah balik, dia nak perempuan yg minat kat die tu jadi isteri dia. Tibe jadi benda tak di duga, terjadi pembalikan masa, dia kembali ke zaman universiti dan berkawin dengan perempuan yg minat die tu. Tapi.... keindahan itu bukan seperti dibayangkan. Dia mula rasa rindu dengan bekas isteri dia dan menyesal balik ke zaman lampau dan pilih perempuan yang minat dia tu. Sebab...perjalanan hidup dia jadi lebih dahsyat.. Nak tau ending boleh tgk drama dia.
Kesimpulan nya. Walaupn kehidupan ni kadang-kadang kita tak suka, tapi percayalah Allah lebih tahu ap yang terbaik. Kita hanya mampu merancang. Kalau boleh berlaku putaran masa, dan kita boleh buat pilihan sendiri tanpa Allah, pasti hidup kita akan lebih dahsyat. apa-apa pn bersyukur dan sentiasa doakan rahmat Allah sentiasa dengan kita. Stay positif to get a better life sebab setiap perjalanan hidup pasti ada duri nya.. Doa itu senjata mukmin.
Ok habis kat sini.