Hi followers ;)

Tuesday, December 31, 2019

Penang


Salam sahabat-sahabat Ummi,

Apa khabar semuanya. Pertama sekali Ummi ucapkan Selamat Tahun Baru 2020 kepada semua. Semoga tahun ini memberi segala kebaikan dan kemudahan kepada kita semua.

Hujung tahun 2019 ramai yang marathon menghabiskan sisa-sisa cuti yang tertinggal. Ummi pergi Penang bercuti (28/12/2019 - 29/12/2019) dengan abah dan adik-adik bertujuan untuk melawat anak buah yang ketiga, dan bawa abah jalan-jalan kat Bukit Bendera.

Pulau Pinang kami datang




Tidur mana kita


Kami bergerak ke Pulau Pinang dalam petang sabtu dan booking homestay dekat Bayan Lepas, memandangkan adik duduk Bayan Lepas.


Adik ipar Ummi booking kan satu homestay RM220/night dengan 3 bilik 2 bilik air. Dapat reserved parking 1, memandagkan rombongan kami 2 kereta, maka satu kereta lagi kene bayar RM10 untuk sewa lot parking dalam 1 malam. Homestay nya memuaskan, bersih dan sediakan banyak kemudahan. Homestay ni milikan Melayu dan owner ada sediakan toto dan tilam tambahan, jadi boleh sumbat ramai-ramai dalam homestay ni dan tak perlu risau nak tidur mana kalau tak cukup bilik. hihihi

Contact Rezqihoney Homestay

Pintu depan

Dalam almari ada toto,bantal dan tilam tambahan

Ruang dapur

Bilik ke 3, paling kecil

Bilik utama




Melawat anak buah


Lepas simpan beg di homestay, petang tu terus ke rumah adik melawat anak buah yang hensem yang beseeee jee tuu..hehe


Baru 2 bulan. So hensem macam maklong dia. Hiihihi

Dah puas buli anak buah ni, kami pun balik untuk berehat di homestay

Pesta Pulau Pinang

Memandangkan kami datang bulan 12 adik ummi bekas student USM beritahu ada pesta penang sepanjang bulan 12. So teringin lah nak pergi malam lepas melawat anak buah. Lepas magrib bergerak keluar, namun, belum sampai ke destinasi kereta panjang berjela tak bergerak. Perut dah keroncong. Dengan itu dimaklumkan, lawatan ke pesta pulau pinang di batallkan memandangkan dalam kereta ada abah dan 2 orang budak kecik. Rasa macam tak sesuai nak menghadap jem dengan perut berbunyi. Kami makan dekat foodcourt depan penhouse yang tinggi dan cantik. Harga Mur2 je. Lepas makan balik homestay tidur.

Bukit Bendera

Keesokannya dalam 8.45pg kami sampai bukit bendera. Kalau ada yang nak pergi bukit bendara guna waze/gps taip 'stesen bukit bendera', kalau taip bukit bendera saja nanti waze/gps anto kome ke lain. Tiket Bukit Bendera boleh di beli online selewat sehari sebelum nak pergi, namun kami terlupa nak beli online. So beratur beli tiket. Memandangkan cuti sekolah masa ni, Bukit Bendera sarat dengan manusia. Harga tiket rm12 untuk dewasa .Kanak-kanak bawah 3 tahun free. dan atas 3 tahun bayaran separuh harga. Dan pastikan bawa IC malaysia untuk harga warganegara masa ni semua IC kene tunjuk untuk setiap tiket. Jika tidak anda akan di anggap pendatang . hahaha

Rakan seperjuangan menunggu keretapi :,p


Insan tabah menunggu giliran train

Rakan seperjuangan yang tabah mengharap train turun dari bukit .hehe

Mengisi masa lapang sementara tunggu train. 
Dapat dah naik train setelah dekat 30-45 minit kemudian. Masih memberikan senyuman manis walaupun untut kaki menunggu ketibaan train. Abah dapat tempat duduk sebab orang kat sini semua prihatin. Nampak orang berumur atau mengandung laju je bagi tempat duduk
Permandangan cantik dan sejuk dari atas bukit bendera. Hi Abah !

Tempat kunci
masjid

Teropong rm1/2 min

Hi Abah!

Family potrait.

Thumberlina

Playground

ABC RM10

ramai orang

OTW balik pn kena beratur panjang. Seronok tengok fast lane. laju je. Dekat 30-45 minit menunggu
Pukul 1 baru keluar dari sana.
Summary untuk pergi bukit bendera ni sangat seronok namun mungkin kalau nak datang better masa bukan cuti sekolah. Kalau yang pergi lambat lagi ramai orang. so not recomended untuk datang lambat atau datang pada cuti sekolah sekiranya anda bawak mak ayah.. aktivit dalam tu semua berbayar kecuali permandangan yang ummi tunjuk semua free. So far bukit bendera ni memang cantik dengan alam semulajadi. Balik dari bukit bendera singgah Parit Buntar untuk makan dan terus balik Kuala Kangsar.

Belanja video bunga di Bukit Bendera


Sekian dari penang ;)





Wednesday, December 25, 2019

1st Giveaway by YYSELLA


Hi sahabat-sahabat blog Ummi,

Memandangkan dah hujung tahun, ramai dah ambil cuti sampai ke tahun baru. Seronokkan santai dekat rumah sambil melayan jiwa dan anak-anak. Ini merupakan giveaway pertama yang Ummi join, saja suka-suka mana tahu ada rezeki dapat tudung bawal.

Dapat tahu giveaway dari blog Abam Kie. So Ummi panjangkan lagi kalau sesiapa nak join click banner yang besar di atas ni. Tarikh tutup 31 December 2019. Syarat nya pun tidak susah.. senang sahaja. Thank you YYSELLA anjur kan giveaway. Nampaklah ummi ni aktif di blog. hehe

ok. Bye...


Saturday, December 21, 2019

Absolute Thai : Farewell

Bila jadi pekerja, pasti ada perubahan management atau bos. So far lepas 5 tahun kerja, Ummi dah tukar 4 orang bos. Yang last ni paling lame dan paling kami sayang. Tepat 3 tahun dengan dia. Bos sebelum-sebelum ni boleh bayang dalam 2 tahun tukar 3 kali bos.hehe . Sesetengah orang suka jadi bos, so tak perlu menghadapi perubahan yang di buat, malah jadi orang yang membuat perubahan. Pendek kata buat bisnes sendiri dan jadi leader

Bila perubahan bos ataupun management maka berlakulah perubahan dalam rutin, cara kerja, suasana atau rombakan. Jadi nak cerita, tahun ni tahun last bos Ummi dengan kami. Tahun depan dia kena transfer ke oversea. Erti kata lain promoted to a new role,

Dengan itu kami, buat plan untuk belanja dia dekat Absolute Thai, Midvalley. Gigih kami ke Midvalley dengan grabcar. Sebenarnya Midvalley tak jauh dari office. Kalau naik grabcar, 1 kereta bawah RM10 je.

Absolute Thai
Makanan yang kitorang makan seperti di atas. Portion die cukup untuk kami berenam.
Harga untuk makanan ni mencecah RM 300. haha. Takpelah hari last bos. Sememang nya beliau pun rajin belanja kami hampir setiap quarter. Selain tu kami bagi hadiah set tali pinggang dan dompet. Yang ni lupa nak snap.

Lepas selesai makan, mungkin dia segan kami belanja,  otw baru keluar dari kedai, dia cakap sekurang-kurangnya bagi dia belanja aiskrim untuk dessert . Aiskrim Haagen-Dazs. Makan lah kami sekali lagi. Aduh sedap bangat aiskrimnya.

gambar hiasan

To my boss goodbye and good luck for the new adventure. You are a very good boss this while. Please remain be a good leader in future. 

Sekian.



Friday, December 20, 2019

Dia akan jadi murid tadika tak lama lagi

Pejam celik pejam celik dah nak masuk 5 tahun dah anak Ummi. 


Sejak dari 4 tahun, Ummi dah survey tadika untuk Faiz. Sememangnya hajat nak masukkan ke tadika sejak dia 4 tahun tapi niat itu terkubur sebab pengasuhnya sayang nak lepaskan Faiz. Katanya masih kecil lagi. So tunda ke 5 tahun.

Sekarang dapat rasa betapa cerewetnya jadi ibu ayah yang mula memikirkan tadika terbaik untuk Faiz.=p Kalau ke tadika faktor-faktor yang kami survey sebelum masuk ke tadika:

Faktor-faktor tadika pilihan

1) Yuran

Sudah semestinya faktor yuran adalah yang pertama kami akan fikirkan. Asbabnya kami nak hantar anak ke tadika yang murah dan berkualiti dari segi pelajaran dan pembelajaran. Kami pernah survey kemas, sebab kemas betul-betul berhadapan dengan rumah kami. Yuran murah tapi dari segi gaji kami berdua menyebabkan kami tak layak untuk memohon.

Jadi kami pun survey tadika swasta ada dalam 4 tadika .Rata-rata rate tadika RM500/bulan. Daripada 4 tadika, Ummi rank Tadika Dzuliman paling murah iaitu RM450/bulan 7.30pg-6.00ptg.

2) Jarak

Gambar sekolah dia dari luar
Sememang nya Tadika Dzuliman , OTW perjalanan dari tempat kerja ke rumah


3) Masa dan keselamatan

Tadika Dzuliman ada pakej OT 6.00ptg-7.00ptg RM30/bulan.Tadika ni saja yang ada pakej OT so memang sebelum pukul 7 lah Ummi/husband boleh ambil. Ada tadika Ummi survey OT hanya ambil sampai pukul 7 petang je. Memandangkan kami masing-masing kerja jauh dari tempat tinggal jadi sememangnya kami nak OT jika ada masalah-masalah cuaca. .Kalau lewat ambil (selepas 7 petang) pun takde masalah sebab ada guru yang boleh jaga. Cume ada tambahan OT. ok part ni. Ummi lega. Asalkan ada orang jaga.

4) Suasana
Gambar masa open day. Tema doktor

Tadika ni jenis rumah teres dua tingkat jadi kawasan luas dan di luar ada playground. So boleh main pagi-pagi sebelum masuk kelas. So far Ummi tengok setiap sudut ceria dan ciri-ciri keselamatan lengkap. Tadika ni juga tadika berdaftar.

5) Silibus

beg Dzuliman

Silibus di sini islamik dan 3 bulan pertama, cikgu-cikgu akan bentuk sikap dulu dan timbulkan rasa seronok nak ke sekolah. Kelebihan tadika ni ada tambahan aktiviti seperti taekwando, berenang, memanah, art dan gimnastik. Ummi teringin nak masukkan kelas renang. Hopefully berjaya dan selamat berjaya Faiz.

6) Guru-guru

So far ok walaupun nampak muda. Ummi hantar trial 2 hari. Hari kedua pandai berzikir dalam kereta. Tapi ada masalah kejutan. Masa hantar menangis. Aduhai anak. tapi masa ambil happy pulak. ummi is confused now. Huhuh. Kita tengoklah macam mana bila dah masuk kelas betul-betul. Ummi target sebulan Faiz nak betul-betul biasakan diri.

Kalau kawan-kawan ummi ada pengalaman hantar anak ke tadika kongsi dengan Ummi ye..

Sekian






Frozen 2


Hari mereleasekan keletihan sebab dah masuk end of year. Ummi pergi tengok wayang di depan office.

Cerita Frozen 2. Sambungan Frozen. Elsa dan Anna muda remaja. Ramai sangat budak-budak dekat wayang. Siap ada cikgu tadika dengan anak-anak seklai. Cute sangat, kecik-kecik lagi dah dapat tengok wayang. 

Suara misteri
Frozen 2, banyak lagu-lagu macam Frozen 1, dalam cerita ni, Elsa dapat dengar suara misteri memanggil manggil dia untuk ke suatu tempat. Anna dan orang lain tidak mendengar suara itu.

Makin hari, suara itu makin mengganggu sampai satu masa Elsa pun jadi emosi dan mencabar suara tu. Kerana Elsa mencabar, menyebabkan keadaan negara Arendella tidak selamat untuk di duduki seperti ada kuasa sumpahan, menyebabkan semua rakyat lari ke tempat selamat.

Dari situ , Elsa menceritakan tentang suara misteri itu dekat Anna (adik dia). Elsa, Anna, Kristof, Sven dan Olaf pergi mengembara untuk mencari suara tu. Sebab mereka berpendapat dengan mencari suara tu, sumpahan terhadap negara mereka akan hilang. 

Komedi dari watak Olaf tip top
Sepanjang pengembaraan, banyak di mainkan lagu-lagu. Ada aksi komedi yang buat Ummi ketawa sampai bergetar kerusi wayang. Watak Olaf memang sangat sangat lucu ok. Watak yang menceriakan keadaan. Sampai watak Olaf nak mati pun Ummi boleh gelak, sebab dia kelakar, nak mati pun kelakar. Hadoi..

Animasi yang kemas dan cantik
Ummi terpegun dengan kecantikan animasi yang diorang buat. Dengan pergerakan semua. Baju Elsa cantik-cantik belaka. 

Lagu-lagu cerita Frozen 2 boleh tengok dalam youtube. 

Sekian.






Sunday, December 15, 2019

Salt dough for playschool


Salam semua kawan-kawan Ummi..

Simple entri dari Ummi ;)..

Hari ini tengah belek-belek gambar lama terjumpa aktiviti salt dough Ummi pernah buat dengan Faiz masa umur die 3 tahun macam tu.

Bahan-bahan:

1) 1 cawan garam (bantu keraskan doh semasa pengeringan)
2) 2 cawan tepung
3) 3/4 cawan air (ikot keadaan)

Cara: gaulkan semua bahan sebati.

Ni kejadian, lepas sebatikan, Faiz uli panjang-panjang

Ummi bentukkan dengan bentuk yang mudah. Lepas bentukkan, Ummi keringkan dengan cara bakar/jemur bawah matahari terik. 
 

Bakar dalam oven dengan suhu xingat dah ummi. hehe.. guna suhu bakar biskut

Keringkan bawah cahaya matahari. Yang ni ambil masa lama sikit untuk keras

Lepas kering, boleh cat kan guna warna air
Ummi hiaskan dekat kotak buat macam akuarium.
Sekian.. 

Sunday, December 1, 2019

Ejen Ali : Misi NEO

Salam kawan-kawan Ummi,

Ejen Ali

Semalam Ahad bawa Faiz pergi wayang tengok Ejen Ali .Belanja famili pengasuh Faiz sebab tahun ni last Faiz duduk dengan pengasuh. Tahun depan dah nak naik tadika.

Ada kawan-kawan Ummi yang dah tengok ke? Agak-agak berapa rating boleh bagi.. hehe. Ummi bagi 5 bintang. Sentiasa support indutry Malaysia. Husband Ummi kata kutipan Ejen Ali lagi tinggi dari Upin Ipin.. Wow betul.

Upin Ipin ni bagi Ummi, Ummi suka jalan cerita yang kreatif sambung-sambung dari satu cerita ke cerita yang lain bentuk satu konklusi. Ejen Ali pulak, aksi yang tangkas, kemas dan penceritaan jugak best. Jalan cerita Ejen Ali ni kelakar ada, tangkap meleleh air mata ada dan semangat waja.

Dedua kartun animasi ni memang di tahap yang membanggakan Malaysia. Nak buat movie grafik ni bertahun-tahun baru boleh produksi terbitkan dekat wayang.

Dalam siri kali ni ketulusan Ejen Ali dalam membantu orang lain teserlah. Sikap baik dia menurun dari mak dia. Eh tak pernah tengok mak Ejen Ali kan..ade dalam cerita. hehhe. 

Ayuhlah kita.. 


Ejen Aiman, Ejen Ali dan Ejen faiz