Hi followers ;)

Saturday, January 25, 2020

Lubang Saluran Air Rumah Tersumbat

Salam sahabat-sahabat,

Saluran air keluar tersumbat

Ummi nak cerita minggu lepas lubang saluran air di dapur Ummi clogged. 

Saluran Air

Misi untuk unclogged saluran air 

Pada mulanya air bertakung dan slowly turun bawah, so Ummi tak boleh guna singki kerap nanti air melimpah keluar. Kena tunggu air turun barulah boleh membasuh. 

Setiap kali sebelum guna singki Ummi letak air panas. Tapi hasil takde perubahan. Masih tersipu-sipu malu air nak turun.

Guna pelocok biasa pun tak jalan.

Ummi cuba letak soda bikarbonat + cuka pon sama. Nan hado kemajuan.

Ummi cuba jolok dengan batang panjang pn tak boleh.

Sekali dia dari tersipu-sipu malu air nak turun. Terus totally tersumbat. Terapung lah air tu dekat luar. Mujur tak banjir dapur Ummi. So tak guna singki dah. Husband Ummi cuba korek guna besi panjang yang biasa orang guna untuk pembentungan tu tapi ni manual kecik je. takda gambar. Cara ni pun tak berkesan.


Misi untuk unclogged berjaya

Balik dari kerja semalam husband ajak pergi eco untuk beli pelocok. Eco tu kedai rm2.10 tu. Bangunan warna merah. Jenuhlah ummi search kat mana kedainya. Katanya orang cakap pelocoknya mujarab. Dalam kedai pulak pusing-pusing tak jumpa-jumpa. Tanya pembantu kedai tu rupanya pelocok tu dalam kotak lagi. Stok kat luar dah habis. Akhirnya balik dengan girang dapat pelocok eco RM2,10 dengan mengharap pelocok ni menjadi. Kalau tips ni tak menjadi jalan terakhir memang kena tanggung bayaran panggil tukang paip pulak.
pelocok e
Eco
Alhamdulillah memang menjadi. Pelocok ni kalau tekan kat lantai memang melekat kuat. Masalah saluran air tersumbat selesai dengan bantuan pelocok eco. Husband Ummi pam 3 4 kali jugak baru air laju turun. If ada yang tersumbat lubang saluran air boleh try guna pelocok ni. hehehe

Sekian pengalaman dari Ummi. Terima kasih kerana sudi membaca :)


26 comments:

  1. hai,,saya pon dh masuk awk dlm bloglist saya..heheh mekaseh daun keladi!


    ReplyDelete
  2. Baru tahu ada pelocok yang berkesan untuk saluran air tersumbat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha a Na.. pelocok eco tu kalau tekap kat lantai mmg melekat ..ehehhe

      Delete
  3. produk dari kedai eco jgk yg menjadi..hihi

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. hehe.yela.polcok atau pengepam .tak taula kalau waklat ada nama lain..hjeheh

      Delete
  5. Syukur dah dibersihkan..
    saya follow yang ke 45 ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..jkalau xbersih susah ati jugak ni etuza..susah nak memasak cuci pinggan semua.heheh

      Delete
  6. seram kalo bab air bertakung ni ...tapi power lah produk eko jugak menjadi hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula wani.. xsangka jugak..tp ni bukan ummi je kabor ok.. ramai kawan husband suggest ini.heheh

      Delete
  7. kat rumah akak ini lah problem ni sekarang. mmg nak kena suruh bujang buatkan nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cepat2 buat kak azian.. nanti susah kak nak memasak..heheh

      Delete
  8. orang panggil eco tu kak heheheh... dana ingatkan apa lah 2co tu tadi tau, lenkali akak try dia punya bahan utk singki tersumbat pun ada.... bagus jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masyaallah dana..hahaj.. akak salah tgk ingt tulisan die 2co..udah. betulkn..tq dana atas teguran.. oo simgki tersumbat pn bgs eh..tq dana utk info ;)

      Delete
  9. syukur, dah ok..mmg tak best kalau air bertakung, nak buat kerja pun tertangguh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..tula nohas.. susah hati dibuat nye bila opis ade kerosakan camni..hihih

      Delete
  10. owhh yang ni dipanggil pelocok la ya...kat rumah saya panggil pam jer...

    ReplyDelete
  11. pernah jugak alami lubang air tersumbat, siap pakai asid bagai.. tp pelocok mmg penting ada kt rumah.. settle masalah

    ReplyDelete
  12. Biasa memang guna pelocok je baru berhasil. Siap² ada satu kat rumah senang nak guna bila perlu

    ReplyDelete
  13. Gguna kaedah pelocok jug menjadi ye

    ReplyDelete
  14. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete
  15. watch kissasian online and english subbed. Watch the best kiss asian from the comfort of your living room. kissasian is free and legal.

    ReplyDelete