Hi followers ;)

Monday, April 27, 2020

Kuih Bakar / Kuih Bingka Pandan Tanpa Bijan

Salam kawan-kawan,

Bulan puasa ni berbuka mesti nak ada benda manis untuk side dish. Entri harini kuih bakar pandan tanpa bijan. Kuih muih ala-ala musim pkp ni bahan tak perfect. Dalam banyak-banyak resipi ini paling mudah dan gerenti jadi. hehe.


Kuih Bakar / Kuih Bingka Pandan Tanpa Bijan



Bahan-bahan:

1) 1 cawan  gula
2) 1 cawan air kisaran pandan (Ummi guna air+esen pandan warna hijau)
3) 2 cawan tepung gandum
4) 1 1/4 cawan santan (ummi guna santan kotak setengah cawan+air utk buat cair)
5) 2 sudu makan mentega
6) 3 biji telur.
7) 1/2 sudu teh garam


Cara-cara:
1) Masukkan semua bahan dalam blender dan blend bagi sebati
2) Letak 2 sudu minyak ratakan dalam loyang dan masukkan dalam oven panaskan oven 180 darjah
3) Bila minyak da panas, masukkan bancuhan blend tadi dalam loyang dan bakar dalam oven hingga atas nampak garing (Ummi letak 1 jam), 180 darjah api atas bawah, duk tengah.
4) Angkat dan sejukkan. Boleh di hidangkan bila sejuk

Zoom sikit
Kredit resipi to: Rasa

Sekian terima kasih.

Terima kasih kerana membaca.

16 comments:

  1. Masa pose nie, semua makanan nampak sedap hehehe. Nnti nak cubalah. Nampak mudah cara buatnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan shima.. tp musim pkp ni, nak cari barang tu yg renyah tu.heheh..tahun ni nak buat kuih pn xsemagt

      Delete
  2. Semalam mak buat kuih bingka labu. Memang sedap. Bingka macam-macam rasa boleh buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapny bingka labu,ummi pernh makan tapi xpernah buat laigi.. bingka ni kuih yg sedap mengenyangkn dan mudah..

      Delete
  3. Nampak sedap boleh cuba. Salam perkenalan. Jemput join https://shalmilanadya.blogspot.com/2020/04/segmen-bloglist-2020-by-cik-miela.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan cik miela.. nt ummi join..terima kasih cik miela jemput..

      Delete
  4. sedapnya....terima kasih info resepi ini...

    nak tanya ini, alang-alang kat sini, sudi tak bertukar link (blogslit) dengan blog saya. Kalau awak sudi beritahu ye, dengan comment kat link ini....

    https://www.oohsenyum.com/2017/03/bantu-blogger-yang-memerlukan-2020.html

    saya tunggu tau

    Sesiapa yang baca comment ini pun boleh lah bertukar link dengan blog oohsenyum....comment je kat link atas tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..okay inshhaallah nanti ummi blogwalking ya.. ;)

      Delete
  5. Sedapnya ke ini ya ampon, Suka rasa pandan pula saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada daun pandan lagi bagus fed.. ummi guna esen je.. hehe

      Delete
  6. Oh, senang je rupanya nak buat kuih bakar ni. Selama ni ingat susah nak buat sebab rasa sedap. Okay, masuk list terus..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je zarini. yg penting bingka ni nak kne ada santan. buat bingka tepung gandum pn sedap ;)

      Delete
  7. sedapnya..suka makan kuih2 manis masa moreh..

    ReplyDelete
  8. Sedap dan nampak mudah untuk dibuat..

    ReplyDelete
  9. Sedap kuih bingka pandan. Tanpa bijan pun sedap rasanya kan.

    ReplyDelete