Hi followers ;)

Monday, April 27, 2020

Kek Batik Tanpa Telur

Salam kawan-kawan,

Entri hari ini adalah berkenaan dengan resipi. Iaitu resipi kek batik tanpa telur. Resipi ini ummi dapat sejak 7 tahun lalu. Ada sorang kawan tempat kerja lama Ummi kongsikan resipi ini. Sampai sekarang kalau buat kek batik Ummi guna resipi ini. Sebab senang dan bahan tak perlu banyak. Anak pun suka.


Kek Batik Tanpa Telur


Bahan-bahan:
1) 1 bungkus biskut marrie (kalau rasa nak lebihkan coklat boleh kurangkan 3/4 bungkus biskut)
2) 1/2 cawan butter/marjerin
3) 1/2 cawan milo
4) 1/2 cawan koko
5) 1 cawan susu pekat (resipi asal kawan Ummi 1 tin, tapi Ummi adjust 1 cawan sebab terlalu manis)
6) 1/4 cawan air masak (kalau suka biskut lembut, ummi add dalam resipi asal sebab ummi suka bagi biskut tu lembut sikit)


Cara-cara:
1) Patah -patahkan biskut marrie kepada 4 bahagian jangan terlalu kecil. Letak tepi.
2) Panaskan butter dalam kuali, lepas cair butter masukkan milo, koko dan susu pekat. Masa ni anda boleh rasa nak manis lagi ke da cukup manis.
3) Kacau-kacau bagi rata kalau agak-agak macam pekat sangat masukkan air masak. Kacau lagi.
4) Masukkan biskut marrie bila agak-agak bancuhan dah sebati dan pekat.
5) Gaul sampai biskut sebati dengan bancuhan.
6) Sementara adunan masih panas tempa dalam bekas dan ratakan. Boleh potong bila sejuk

zoom sikit

Setakat ini sahaja.

Terima kasih kerana membaca ;)

11 comments:

  1. Memang nak cari kek batik tanpa telur.
    Salam Ramadan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ramadan Na ;). try la resipi ni.. kalau ade telur ummi xpernah cube lagi.. tp kalau ada telur rasa lemak2 sikit

      Delete
  2. Feveret anak saya ni. Dah habis makan, dia pi cari pulak dalam peti nak tambah lagi..sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap zarini..samalh ngn anak sy.. da abis mntak buat lagi.mslhny die sorang je makan.hahah

      Delete
  3. popular kek batik ni kan, ramai yg buat time PKP ni..

    ReplyDelete
  4. Mudah nak buat tapi susah nak jumpa biskut marrie.. Ramai yang membuatnya di musim PKP nie.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Sedap! Suka juga buat tanpa telur.

    ReplyDelete
  6. napa kita buat selalu jadi keras.. huhu

    ReplyDelete
  7. baru tahu ada yang buat kek batik guna telur. saya buat tanpa telur hehe

    ReplyDelete