Hi followers ;)

Friday, April 10, 2020

Mask dan Menang GA by Mamapipie : Rezeki tak di sangka

Salam kawan-kawan,

Harini dah masuk minggu ke-5 kita menjalani tempoh PKP. Walaupun dalam tempoh PKP, namun Ummi tetap bertanya khabar orang-orang di kampung. Sampai satu hari, adik Ummi (kerja kaunter duit) watsapp Ummi mengadu susah nak cari mask di kampung . Walaupun di kampung Ummi tidak ada kes lagi. Tapi kampung lain dalam kawasan sudah ada 1 kes. Memandangkan adik Ummi berdepan dengan pembeli, jadi perlu pakai mask untuk protection.

Jadi Ummi pon belikan mask di shoppee untuk family di kampung. Sesungguhnya masa nak beli mask memang lama Ummi godek-godek shoppee. Sebabnya banyak kes penipuan dalam pembelian mask kan. Mask nipis lah, apa lah. Ummi godek-godek akhirnya dapat lah mask yang Ummi rasa berkualiti dan feedback customer pun okay. Tambahan pulak ready stock. Memang sampai pun awal di kampung. Bila mask da jadi keperluan, Ummi pejam mata je. Asalkan abah dan adik Ummi bila keluar pakai mask.


Menang GA by Mamapipie
 
Sebelum ni Ummi ada join giveaway 3 in 1 by Mamapipie. Ummi dalam bab dapat cabutan bertuah memang selalu tak dapat. haha. Tapi Alhamdulillah lepas 2-3 hari Ummi beli mask di shoppee, mama umumkan pemenang GA 3 in 1, Ummi memang tak sangka dapat hadiah wang tunai dari Mama sebanyak RM100 sama macam harga mask Ummi hantar balik kampung. Terima kasih mama. Ummi doakan murah rezeki mama dan penaja-penaja. Tahniah juga kepada pemenang yang lain ;)

 
Sekian.

Terima kasih kerana membaca.


10 comments:

  1. Rezeki tak disangka.
    Dah bertuah, lepas ni mungkin Ummi semangat nak masuk peraduan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...berbakti kpd ibubapa Allah balas dgn cepatnya..tahniah menang GA..

    ReplyDelete
  3. tahniah ye. semoga dimurahkan rezeki :)

    ReplyDelete
  4. Ooo dh Tau dah duit kemenangan beli APA hihii.. tahniah again umi

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mama ;). xsangka ada rezeki dan again semoga rezeki mama dan penaja murah

      Delete