Hi followers ;)

Friday, October 16, 2020

NICE sharing from NEELOFA

Salam semua,

Apa khabar semua. Sempena PKPB di daerah Selangor KL, harap semuanya duduk di rumah jaga SOP ;). Selain berita covid yang melanda kita, kita juga di landa cerita Neelofa sudah berniqab. Mungkin ada sesetengah orang memandang benda ni adalah biasa. Namun bagi ummi, dalam diri Neelofa ni ada satu kekuatan dan hidayah yang Allah anugerah kan kepada beliau. Bukan sesutu yang mudah. Sebab ummi perasan Neelofa ni berubah secara beransur-ansur. Start dengan pakai tudung, lepas tu menjaga pakaian, pakai handsock dan pakai stokin. Ummi sendiri pun kadang-kadang sesak-sesak stokin tak jumpa trus kluar rumah tak pakai stokin .hehe.My bad. semoga Ummi boleh istiqamah.

Selain tu sebelum Neelofa ni berniqab dia berilmu dulu. Setahu Ummi dia ada bisnes join venture dengan orang yang baik-baik boleh kata alim bab agama sebab orang tu pernah jadi boss ummi 10 tahun lalu..Sekarang dah jadi Dato dan Datin dah. Dan Neelofa juga gemar join majlis-majlis agama. Ok taknak cerita lebih- lebih sebab Ummi takdalah tahu mendalam sangat. Sebab dah tak contact bos lama Ummi. Semoga kita mampu sampai ketahap menjaga pakaian dan makanan untuk menjaga akhlak iman dan taqwa terhadap Allah S.W.T..

Bawah ni sharing:

C&p : Eykenn aziz

NICE sharing from NEELOFA :

✅ Setiap hari bangun awal sikit sebelum Subuh untuk buat solat-solat sunat. Lepas Subuh dia akan stay lebih kurang 2 jam untuk mengaji, baca kitab dan dengar ceramah online
✅ Neelofa ada buat eksperimen dekat diri sendiri, kenapa selama ni dia buat solat tahajud sampai menangis-nangis tapi tak terkabul doa, rupanya ada dua sebab yakni pemakanan dan pakaian dia
✅ Pakaian dia kata agak susah nak follow guideline sebab terlibat dalam bidang industri fashion tapi slowly dia ubah, labuhkan tudung dan pakai stokin. Ramai orang lupa nak jaga aurat kaki, walhal Allah sedang murka. Sebab tu rezeki sempit, masih buat dosa setiap hari
✅ Makanan pulak, makan dekat tempat yang betul-betul diyakini halal bukan syubhah. Kadang restoran ada tulis pork free tapi belum tentu halal, so jangan makan dekat situ
✅ Sentiasa utamakan akhirat, slow-slow tinggalkan hiburan. Ada yang tanya dekat neelofa, dia tak takut ke one day peminat lari, dia tak femes lagi, dia kata dia tak menyesal sebab semua Allah yang control, kalau dia terpaksa tinggalkan industry dia sanggup sebab dia tahu kalau dia cari Allah, dunia akan ikut dia


Sekian terima kasih sahabat kerana sudi singgah.

Semoga bermanfaat.

15 comments:

  1. Yang bagusnya Lofa ni suka share info islamic yang bermanfaat. Inspired orang lain untuk menjadi lebih baik. Happy dengan perubahan dia.

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang baik dan bermanfaat :D

    ReplyDelete
  3. Alhmdllh itulah yg perlu dilakukan seseorg yg brpengaruh

    ReplyDelete
  4. Bagus juga semak mengapa doa tidak makbul.
    Saya kena jaga aurat betul-betul.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..semoga kita jg istiqomah menjaga yg halal & haram utk diri & keluarga..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Hidayah itu milik Allah. Beruntung dia Allah berikan hidayah begini.

    ReplyDelete
  7. semoga saya ada kekuatan untuk jadi macam dia

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. Memang suka tgk lofa. ada follow tele dia

    ReplyDelete
  9. Respek.neelofa walaupun dia muda lagi

    ReplyDelete
  10. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*co
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    ReplyDelete