Hi followers ;)

Friday, October 25, 2019

6 aktiviti melibatkan ibu bapa semasa Hari Sukan Tadika


Pengalaman ni Ummi dapat masa kerja di salah satu tadika di Shah Alam.  Aktiviti ni melibatkan ibu bapa. Objektifnya adalah untuk meraikan dan menggembirakan ibu bapa yang turut hadir di Hari sukan.


1) kupas bawang putih/bawang merah. (ayah)
Sesi ni untuk ayah2 sebab nak tengok jugak ayah2 ni pantas ke tak di dapur.  Kalau mak2 kita da biasa tengokkan. Mula2 ayah akan lari. Lepas 3 meter kena pakai kain pelekat. Lepas 3 meter lagi ada port untuk kupas bawang putih. So tengoklah bapak2 mengupas bawang putih/bawang merah. Masa ni mmg kelakar.sebab macam2 gaya bapak2 buat. Ada terkangkang, ada bersila. Keputusan di buat berdasarkan bilangan bawang yang berjaya di kupas.



2) Anak solek mak. (anak dan mak)
Anak di kehendaki menyolek mak. Dan keputusan di buat untuk solekan yang paling cantik. Ada juri dan borang untuk permarkahan.

3) Belangkas. (ayah dan mak)
Mak dan ayah kena ikat sebelah kaki masing2 so jalan guna 3 kaki. dan belon di letakkan di tengah2. Kena kepit guna badan, tangan tidak di benarkan pegang belon.  Berjalan sampai garisan penamat. So pandai2 lah jaga belon. Siapa cepat dia menang.

  4) Mengenal ibu masing2 ( anak dan mak)
Anak di tutup mata dan berjalan mencari mak masing2. Anak boleh menyentuh wajah mak untuk memastikan betul2 mak dia.

   5) Makan2. (ayah dan mak)
Mak dan ayah di beri sebekas buah tak di kupas. So sape paling cepat habiskan dia juara.

6) Kupas epal (ayah/mak)
Pengupas kulit epal secara memusing untuk pastikan kulit tak putus dan panjang. Masa selama 1 minit. Kulit epal yang paling panjang di kira pemenang.

20 comments:

  1. Teringat dulu kena masukkan benang dlm jarum.. jarum punya ler besar tapi tak juga menang sbb benang dia berbulu2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan sam... Menarik jugak masukkan benang dalam jaruum..kalau ade bulu tu yang payah tu

      Delete
  2. tak dapat saya bayangkan betapa menariknya aktiviti tersebut..

    penuh dengan hilai ketawa dan keriangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye en hanafi mmg happening.. yg pling meriah masa ayah kupas bawang...hehe

      Delete
  3. Sempat merasa masa tadika dulu.. Tapi saya takkan join kalau ada acara belon. Fobia betul dengan belon.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau acara belon ..tiup sampai pecah ummi pn xnak..hehe.. mcm berdebar nk tgu belon tu nk pecah

      Delete
  4. akak membayangkan..sambil tersenyum sendiri.
    mesti kelakar dan meriah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. kan kak hiburan untuk parent..semangat parent nak masuk.. dapat hadiah plak tu..

      Delete
  5. menarik semua aktiviti yang di lakukan tu, mesti meriah gamat gelak ketawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul hidana... memang meriah.. siap sorak2 lagi heheh

      Delete
  6. mesti anak2 tergelak2 tengok gelagat dan keletah ibu bapa masing-masing. seronok kan bila ada aktiviti macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sheayang.. masa ni lah mak ayah nak tunjuk sporting ngn anak2 kan.. hehe.. bila lagi..

      Delete
  7. somedays, i'll experience this too

    ReplyDelete
    Replies
    1. soon ray.. dont forget to register as much as what ever game planned by kindergarden for parents ok.. hehe ..

      Delete
  8. family bonding walau semua aktiviti mcm simple tapi anak2 mesti suka..

    ReplyDelete
  9. masa ni lah nak main game dgn anak2 kan wani.. harap setiap tadika pn ada aktiviti macam ni..mesti best ;)

    ReplyDelete
  10. Aktiviti yang best dan penuh keseronokan.. Dapat eratkan hubungan kekeluargaan antara ibu bapa & anak.. Juga dapat eratkan hubungan guru dan anak2

    ReplyDelete
  11. Jemput follow saya...
    https://85mutiarabeauty.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you ana..Sukan memang best dan mengeeratkan silaturrahim.. ;)

      Delete
  12. Seronok bila ada aktiviti macam ni seisi keluarga.

    ReplyDelete