Hi followers ;)

Thursday, November 12, 2020

Pengalaman Sakit Gigi 2 dan Tips

 Salam semua,

Apa khabar? Pagi-pagi baca thread ni.


Orang Malaysia ni memang kreatif kalau bab-bab buat kelakar ye. hehe.. Buang yang keruh ambil yang jernih.

Harini entri ummi nak cerita tentang pengalaman ummi sakit gigi. Tapi sebenarnya sakit gigi yang sama masa ummi pernah cerita di Pengalaman Sakit Gigi. Punca kejadian tidak lah Ummi tahu.

Satu hari tu ummi tengah makan breakfast tiba-tiba rasa macam ngilu yang kuat dekat bahagian tampalan yang pernah ummi cerita sebelum ni. Rasa macam kne renjatan eletrik.. Ummi syak tampalan tu ta tercabut.. Lepas tu rasa lah dengan lidah. Tapi tak rasa pulak tampal tu da cabut. Dalam tengahari makin kuat sampai kne makan panadol baru lega. Malam dah naik sakit kepala makan juga panadol baru boleh tido..Sakit gigi ni kalau da sakit sampai rasa semua gigi sakit...sakit gigi memang dahsyat. Ummi tahan sakit 2 hari sebab kebetulan kejadian hari Jumaat, dan memang bercadang nak ke klinik kerajaan sebab biasa ke sana sahaja.

Pagi ahad ummi ke Klinik Kesihatan UTC, Sebelum masuk ade nurse da siap tunggu depan bukak meja. So senang nak tanya..malangnya memandangkan selangor ni PKPB, Klinik kesihatan dekat UTC hanya ambil appoinment sahaja. So kena buat online appoinment dulu untuk dapatkan tarikh kedatangan. Ummi baru tahu masa tu sistem da berubah. Dan hanya sesetengah klinik gigi sahaja yang buat tampalan.. Macam di UTC tu hanya boleh cabut gigi. Kalau nak tahu prosedur appoinment ada talian nya. Ummi pn tak sure nombor berapa.

Lalu ummi pn bergerak lah ke klinik swasta Klinik Pergigian Zahida Seksyen 8 Shah Alam. Dekat sangat dengan rumah. Xpayah pakai helmet bawak motor ke sana. Klinik tu atas kedai. Tapi environmen cantik dan luas. Kalau ke sana memang selesa. 

Masa dapat rawatan kene soal siasat dengan dentist dulu:

Dentist: datang kenapa ya?

Ummi: saya sakit gigi tapi xsure gigi yang mana...sebab gigi sebaris tu ade juga yang berlubang. (masa ni mmg rasa satu gusi sakit

Dentist: bagi saya cek. (di pun cek sambil ketuk-ketuk gigi yang suspek menjadi punca sakit, ada dua gigi yang ummi syak punca sakit. lepas ketuk dia tanya sakit tak. Sampai gigi yang ummi pernah tampal sebelum ni bila di ketuk rasa sakit .ok jumpe dah gigi mana sakit.haha)

Dentist: (die pun cek tampalan gigi yang tadi die ketuk ummi rasa sakit) haa saya da jumpa dah ade sikit lubang dekat gigi tampal tu. Sebab tu jadi sakit. Berapa hari dah sakit gigi? Tampal mana? bila tampal.

Ummi: da 2 hari sakit, saya tampal di klinik xxxx. Tampal ujung tahun lepas.

Dentist: oh baru lagi.. Tapi saya tengok lubang nya agak besar. Bagi saya xray dulu. Nak tengok dalam mana lubang gigi.

(Ummi ingt xray besar tp kecik je dan cepat je. Die letak alat dekat mulut. Masa nak capture xray semua orang klua dari bilik gigi tu. Lepas xray doktor pun masuk dan tunjuk lah gambar xray gigi)

Dentist tu bagitau gigi ummi mmg dah teruk ada dua options 1) cabut 2) rawatan akar. Tapi rawatan akar kena dua tiga kali datang untuk prosedur dan bayaran lebih 1k.

Ummi: takpelah doktor, saya nak cabut jelah.

Dentist: Ok boleh.. Awak ada pengalaman cabut gigi?

Ummi: ada masa form 3. (ok masa tu tak rasa sakit langsung lepas cabut gigi)

Dentist: ...

Lepas tu die inject ubat kebas. Tips untuk rasa tak sakit masa dentist inject adalah rileks kan badan. Dentist and nurse suruh rileks je masa tu. Masa inject ubat kebas dekat gusi,memang takde rasa sakit.

(lepas inject)

Dentist: dah rasa kebas tak?

Ummi: Tak tau la doktor (sebab ny xde rasa kebas.slalu kalau kita kebas kaki macam rasa ulat2 kan. Ni rasa biasa je)

Dentist: xpe. (die pun cucuk jarum dekat gusi dua tiga kali) sy cucuk ni sakit x. 

Ummi: tak sakit (ajaib memang xrasa dia cucuk)

Lepas tu trus operasi cabut gigi.

Okay settle cabut gigi, dapat kapas dan ubat tahan sakit. Ummi pn pulang dengan gembira. dengan harapan esok bebas sakit gusi. 

Tapi malangnya ummi sakit hampir 2 minggu baru boleh guna gigi bahagian kena cabut tu untuk gigit makanan. Allahu memang trauma rasa cabut gigi.

Bawah ni ada TIPS untuk yang rasa sakit lepas cabut gigi:

Since sesetengah orang lepas cabut boleh rileks. Tapi ummi tidak... Tips ni berdasarkan pengalaman ummi.

Sebelum ke dentist makan lah kenyang-kenyang. Sebab lepas cabut gigi sekurang2 nya 4 jam xboleh makan. Sebab nya, lepas cabut gusi kita akan berdarah. Dan kita perlukan masa untuk bagi darah tu beku dengan tahan guna kapas. Kalau kita makan/kumur lepas cabut, nt darah susah nak beku dalam lubang gusj sb mulut duk aktif bekerja nt bila darah tak beku tu yg jadi potensi kepada dry soket... Peluang sisa makanan juga tinggi untuk terselit celah2 gusi yang berlubang tu. Elakkan benda2 ni kalau x mmg azab dan melambatkan penyembuhan gigi. Sakit wei. Jangan tinggal gosok gigi ya. Gosok gigi perlahan2 dekat gigi yang berdekatan tempat cabut.

Lepas darah benti akan ada darah beku dekat celah2 lubang. Jangan cungkil sebab darah tu bantu untuk gusi pulih. Dan bntu elakkan sisa makanan masuk dalam. Ummi satu hari juga darah masih klua sikit2. Sebab lidah ni bergerak2 lepas tu ummi makan nasi huaa. Biji nasi tu dah terlanggar kawasan luka. Tapi kalau darah klua banyak sampai penuh kapas better ke klinik.

Elakkan minum guna straw atau kumur untuk buang darah. Nurse pesan sebelum balik, kalau ada darah telan je. Bila lagi nak telan darah sendiri kan. hehe.

Esoknya darah dah takde. Tapi gusi masih nyut2. Antara sebab nyut2 gusi ummi baca adalah sebab bakteria. Ada sisa terlekat dekat gusi yg kne cabut gigi tu. so TIPS nya ummi lepas makan memang kumur ngn air garam (jgn kumur kuat2) kurang nyut2 kalau xreda memang makan panadol dan tuam ais. 3 hari pertama ummi makan bubur je. Sebab xnak tergigit dekat gusi cedera tu. Pastu elakkan makan guna gusi yang cedera tu dalam masa 2 minggu. Minuman manis, panas pedas kalau boleh elakkan untuk minggu pertama . Sebab macam rasa xselesa. Seminggu pertama gusi sakit. Minggu kedua, gusi rasa ngilu2 dan ada daging tumbuh dekat gusi untuk tutup lubang. Masa ni da ok.. tak sakit dah. Alhamdulillah.

Untuk yang sakit gigi bacalah tips2 dari doktor/rakan  dalam online ni untuk bantu cegah sakit .Tips online mmg amat membantu. Dan kalau rasa tak tahan, jumpa dentist balik. Tengok apa dentist boleh nasihat.

Sekian tu je pengalaman ummi. Cabut gigi between form 3 and at this age. Memang lain. Masa form 3 tidak lah rasa azab sangat. Sebab sehari lepas cabut da xsakit.hhuhuhuh

Kalau ade nak kongsi tips kita share2.

Terima kasih sudi singgah.

Sekian.


20 comments:

  1. Wah lama juga hendak hilangkan sakit lepas cabut gigi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lame na.. hehe.. ummi pn xtau la kenapa lama..maybe ada gusi terkoyak ke xtau.sebab masa die nak cabut tu jenuh jugak tergoyang2 kepala...

      Delete
  2. sakit gigi memang seksa oi... semua benda tak boleh buat bila dia berdenyut... selalu kalau cabut gigi kan cepat je baik kak, agaknya faktor usia kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul dana.. selalu cepat kn..mungkin ummi da tua..haha..gitulah menaha sakit 2minggu

      Delete
  3. seriau nya cabut gigi ni..kumur air garam mmg boleh kurangkan sakit gigi..selalunya doktor bagi painkiller..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat nohas painkilller panadol tu lah.. hhuhuh.. mmg lega lepas kumur air garam.. sblm tido pn kumur jugak..

      Delete
  4. huaaa.sakitnyaa.... takot betul nak cabut gigi ni hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg takot nak cabut gigi atie..tp klu da sakit mmg rs nak g jugak cabut..hahaha

      Delete
  5. Klinik gigi klinik paling takut nak pergi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg takut kalau xsakit gigi fizah.kalau da sakit mmg rs nak cepat2 jumpe doktor..hahaha..buang gigi tu

      Delete
  6. Lama sungguh pengalaman masa form 3 tu..hihi

    Last akak cabut gigi, beberapa tahun lalu. Lepas cabut, doc pesan amik minuman/makanan berais supaya kebas. So...lepas tu terus beli eskrim, makan. Boleh la buat hilang lapar sekali kan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula f3 mmg lame..wahh kejap jela kak ujie sakit ye.. ummi xtaula kenapa lama sangat sakit.nk g klinik balik da malas da..

      Delete
  7. Cabut gigi x sakit, tampal yg sakit 😭😭😭 X ingat bila last sakit gg

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tampal gigi renyah lame sgt kena gerudi kat lubang tu.. pastu di kikis2 haha..kan.. tapi kalau cabut da xtumbuh.. sejak peritiwa ni mmg ummi jaga gigi..

      Delete
  8. tak suka juga ke dentist..takut huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kan zaman sekolah dlu nampak kad hijau nurse bawak pggl nama da seram.doa jgn lah nama ak..hahaha

      Delete
  9. Eina sangatlah fobia dengan dentist, sebab ada pengalaman tak best masa sekolah rendah dulu. Sampai sekarang memang sangatlah takut jumpa doktor gigi. Haha. Pernah rasa pengalaman cabut gigi masa dah besar. Dah blk rumah, darah non stop, tak sudah2 kumur. Last2 duk kemam ais. Alhamdulillah, sakit pun berkurang. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe yeke.. adoi ummi pn da fobia nak cabut gigi ni.. ummi pn lame darah nak stop..mula da stop..tp mkn nasi.nasi terkena dekat luabgn tu berdarah balik..jenuh tahan dengan kpas balik bagi die benti...

      Delete